Thursday, February 12, 2009

Sembang pagi: PEMELUT POLITIK PERAK MEMENINGKAN RAKYAT




Tanpa memperhitungkan siapa yang benar dan siapa yang salah dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Perak, secara mudahnya, ketika ini penulis merasakan apa yang menjadi tanda rakyat biasa ialah mana satu kerajaan yang hendak diiktiraf. Begitu juga kalau dalam satu keluarga dan bapa adalah ketua keluarganya, mana satu anak akan mengikut perintahnya.
Mengikut laporan Bernama dalam portal Mstar Online pagi ini, memetik Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan beberapa exconya dilarang masuk kompleks SUK pejabat pentadbiran MB dan pada masa sama beliau masih tinggal di kediaman rasmi MB dengan kawalan sepatutnnya sebagai penjawat kerajaan nombor satu dalam negeri. Beliau juga bertegas akan terus tinggal di situ dan mengadakan mesyuarat Exco serta menjadikan kediaman itu sebagai tempat bertemu rakyat yang memerlukan khidmatnnya.
Bagi jawapan kerajaan negeri di bawah pakatan lain, terutama Kelantan yang diterajui Pas tidak mengiktiraf kerajaan baru di bawah BN dan sebarang urusan rasmi G-G dengan negeri Perak akan menggunakan kerajaan lama Pakatan di bawah pimpinan Nizar.
Sekarang persoalan undang-undang dan perlembagaan negeri perlu memainkan peranan untuk mengesahkan isu ini supaya ia tidak terus menghantui rakyat terbanyak. Suatu pengisytiharan umum harus dibuat sama ada oleh Sultan atau Yang Dipertuan Agong dalam menentukan mana satu kerajaan yang sah mengikut perlembagaan yang patut dipatuhi oleh rakyat. Selagi ia tidak dilakukan selama itulah rakyat akan tertanya-tanya dan pening untuk memikirkannya.
Jangan biarkan kekalutan dalam politik di Perak itu menjejaskan pemikiran rakyat sehingga ia boleh menjejaskan tumpuan mereka untuk hidup dalam keadaan aman, tenteram dan sejahtera dalam negara tercinta.Wallahu A’lam.

2 comments:

Isma Ae Mohamad said...

Salam, saya memohon maaf atas e-mail tidak puas hati saya tempoh hari. Bila membaca semula saya rasa betapa kerasnya saya.
Jika saya berada dikedudukan tuan kesilapan itu pasti juga akan berlaku. Saya mohon maaf. Mungkin saya masih muda, berdarah panas lagi yang membuatkan saya menghantar email sedemikian. MAAF

Anonymous said...

Salam kembali khas buat Sdr Isma Ae. Penulis terima permohonan maaf sdr itu demi agama dan perpaduan Islam. Sdr boleh mengetahui apa yang tersirat di sebalik tersurat dalam coretan terdahulu di posting penulis bertarikh 28 Jan 2009 bertajuk: Siapa makan cili: Kelemahan pengurusan, syarikat akan tempang"