Monday, July 27, 2009

NIK AZIZ DENDANGKAN LAGU “MADAH BERHELAH"?



SEBAIK mendengar kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghulurkan tangan berbaik-baik dengan Umno dengan melupakan sengketa dalam pilihan kecil Manik Urai 14 Julai lalu, menunjukkan beliau sedia bekerjasama dengan Kerajaan Barisan (BN) yang ditunjangi Umno, hati penulis terdetik bahawa kenyataan beliau itu berbentuk politik dan disifatkan sebagai “madah berhelah”.
Walaupun Menteri Besar Kelantan itu tidak menafikan kenyataannya sebelum ini tetapi menggambarkan beliau tidak ikhlas dalam perjuangan politiknya, iaitu mahukan pembangunan, tetapi tidak mahu kepada orang yang boleh membawa pembangunan kepada Kerajaan Kelantan.
Kenyataan Nik Aziz itu samalah pendapat orang Islam yang mempersoalkan hukum orang Islam yang makan telur penyu, tetapi tetapi tidak memakan ibunya, kerana haram di sisi agama.
Persoalannya apakah “mazhab” yang digunakan Nik Aziz dalam perjuangan politiknya sama ada ingin untuk menegakkan syariat Islam sebenarnya atau mempolitikkan agama Islam untuk kepentingan Pas?
Ini kerana, kenyataan awal Nik Aziz ketika bercakap kepada pemberita di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu beliau beria-ia menyatakan ingin menghulurkan salam perdamaian dengan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dan sanggup melupakan sengketa politik, terutama selepas demam pilihan raya kecil Manik Urai, yang memberi kemenangan tipis kepada Pas demi kepentingan rakyat dan persaudaraan Islam.
Nik Aziz mungkin terlalu teruja mengeluarkan kenyatan itu kerana menyambut baik kesediaan Kerajaan Pusat menerusi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed untuk menganjurkan Fiesta Kelantan 2009 untuk menarik pelancong ke negeri Pantai Timur itu.
Majlis pra-pelancaran program itu diadakan di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Majlis itu yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 28 Oktober dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai penganjur utama.
Tetapi apabila kenyataan itu disambut secara positif oleh pemimpin-pemimpin Umno dan BN, termasuk oleh Timbalan Presiden Umno, merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Nik Aziz menukar pengakuannya bahawa beliau atau kerajaan negeri hanya mahukan kerjasama dan salam perdamaian dengan Kerajaan Pusat, bukannya parti Umno atau BN. Malah menganggapkan kerjasama dengan Umno tidak pernah ditimbulkan.
Nik Aziz membuat kenyataan menjelaskan maksud sebenar beliau ingin berbaik-baik dan menghulurkan salam perdaiaman dengan Umno itu pada sidang media ketika melawat pemeran veterinar sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan di Padang Perdana, sebentar tadi.
Walaupun ada kalangan pemimpin yang meragui keikhlasan kenyataan Nik Aziz itu sebelum ini, tetapi oleh kerana mereka ternanti-nanti dengan hasrat dan niat baik pemimpin Pas seperti itu, selepas cadangan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presidenya, Datuk Seri Hadi Awang, dibatalkan, kenyataan Nik Aziz itu dianggap oleh sesetengah pemerhati politik seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
Yang menjadi mangsa cemuhan ialah media kerana didakwa sesetengah pihak yang tidak mendengar sendiri kenyataan itu dikatakan cuba memunipulasikan kenyataan itu untuk kepentingan Umno atau BN.
Jutsru itu, ada pemerhati berpendapat Nik Aziz cuba mendendangkan lagu “madah berhelah” bagi meraih populariti dalam mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan pelbagai pihak, terutama pemimpin dan pemerhati politik yang peka dengan pergolakan dan polimik yang berlaku dalam dua parti yang dianggap musuh tradisi politik sejak turun temurun iaitu Umno dan Pas.
Ini kerana kenyataan Nik Aziz yang ingin menghulurkan salam berbaik-baik dengan Umno itu sebagai salam perdamaian sengketa bersyarat.
Dengan lain perkataan, nampak sangatlah pemimpin Pas pandai bermain kata-kata dan mencari helah apabila mereka merasakan ia boleh menguntungkan pihak lain, terutama Umno atau BN sambil mengulang sejarah lama di mana Pas pernah “ditendang” oleh BN ketika mereka bersama sebagai anggota parti komponen itu.