Friday, January 30, 2009

Sembang Petang: JANGAN BONGKAK, ANGKUH DENGAN KUASA YANG ADA



“Mereka (Dewan Pemuda PAs) boleh bantah tapi keputusan akhir di tangan kementerian, " kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Afdal ketika mempertahankan keputusan kerajaan meluluskan lessen pertunjukan hiburan konsert Rihanna Live In Kuala Lumpur yang mendapat tentangan hebat Pemuda Pas Wilayah Persekutuan.
Konsert itu danjurkan sebuah syarikat telekomunikasi dijadual diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 13 Februari ini. Kenyataan Shafie itu dilihat seperti angkuh dengan kuasa yang ada padanya walaupun tindakan kedua-dua pihak, kerajaan dan sayap kiri parti politik Pas itu boleh dipertimbangkan lagi.
Sebagai orang awam, penulis tidakl nampak kewajaran konsert itu hendak diadakan juga walaupun ia dibantah oleh ahli politik yang tidak sealiran parti
Apakah penolakan kerajaan terhadap bantahan itu semata-mata atas dasar politik, kerana mereka yang membantah itu adalah ahli pemuda Pas atau atas dasar kepentingan kerajaan, khususnnya kementerian terbabit untuk mendaulatkan kesenian walaupun ia bukan budaya tempatan. Itu yang perlu dijelaskan oleh pihak berkenaan jika tidak mahu isu itu dipolitikkan oleh pihgak tertentu yang melihat percanggahan pendapat antara kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Penulis juga tidak begitu arif tentang latar belakang konsert yang hendak diadakan itu, yang iannya bukan lahir di negara ini, tetapi didatangkan khas dari negara Amerika yang bersekongkol dengan gerakan Yahudi yang memang bertujuan untuk merosakkan nilai-nilai budaya tempatan kerana hambatan budaya kuning yang diamalkan oleh negara yang berkiblatkan anti Islam itu.
Kerajaan sewajarnya menggunakan pendekatan yang terbaik untuk menerima atau menolak konsert itu dengan tidak memperlihatkan keangkuhan dengan kuasa yang ada padannya, kelak kenyataan itu menikam mereka sendiri.
Ini kerana amalan riak, sombong dan ankuh adalah amalan mazmumah yang ditegah oleh agama. Kenapa kita tidak menggunakan pendekatan melalui amalan-amalan mahmudah, yang boleh diterima semua pihak, sama ada di kalangan penyokong politik pemereintah atau pembangkang.
Tidak ada manusia yang akan menolak kebaikan dan tiada manusia yang mahu kepada keburukan walau apa anutan agama dan adat dan keturunan serta warna kulitnya. Jika tidak, sudah tentu tidak ada negara bukan Islam turut megadakan undang-undang mencgah jenayah, undang-undang membanteras rasuah, jika mereka tidak mahu kepada keamanan, kedamaian dan keharmonian manusia sejagat.TAMAT






Wednesday, January 28, 2009

Siapa makan cili: KEGAGALAN PENGRUSAN, SYARIKAT AKAN TEMPANG



SEORANG sahabat berulang kali bertanyakan bilakah penulis akan memulakan bisnes dalam bidang penerbitan akhbar selepas dia mendapat tahu penulis berjaya memiliki permit penerbitan sendiri selepas diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ogos tahun lalu.
Penulis hanya mampu menjawab sedang mencari pelabur yang berminat menanam modal dalam syarikat yang bakal ditubuhkan.
Tetapi dalam hati penulis terdetik, bahawa bukan modal sahaja yang menjadi persoalan sebelum memulakan operasi sesuatu penerbitan akhbar, termasuk pengurusan dan pentadbirannya mesti diberi perhatian.
Ini kerana, kebolehan dan kecekapan dalam bidang editorial sahaja tidak lengkap tanpa kebolehan dan pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Ini kerana kita perlu memiliki sikap profesional, dan tidak berniat melakukan sesuatu untuk sehari dua, tetapi untuk masa depan kalau boleh hingga ke anak cucu.
Ini kerana, banyak terjumpa syarikat penerbitan yang tunggang terbalik kerana kegagalan dalam pengurusan dan pentadbiran, walaupun mempunyai modal yang cukup dan cekap dalam bidang kepengarangan.
Penulis tidak mahu, penerbitan yang bakal berkubur di tengah jalan kerana kegagalan yang dimaksudkan itu. Penulis tidak mahu penerbitan akhbar mingguan yang bakal beroperasi ini menjadi akhbar dwi bulanan atau dwi tahunan atau akhbar tahunan kerana kegagalan dalam pengurusan.
Jika ini berlaku, selain reputasi penerbit dan peneraju syarikat terjejas, ia juga menyebabkan kercayaan orang ramai terhadap kita akan terhakis di samping nasib kakitangan atau pekerja tidak terbela dan terabai.
Apa tidaknnya, jika gaji kakitangan tidak mampu dibayar bukan saja pada tarikh yang sepatutnnya, malah terus tertunggak beberapa bulan menyebabkan ada kakitangan yang turun tangga dengan tangan kosong dan penuh kehampaan. Ibu bapa pekerja, terutama bekas graduan akan mengutuk dari belakang. Inilah bahayanya jika majikan tidak professional dalam mengendalikan syarikat, termasuk syarikat penerbitan yang saya bercadang hendak wujudkan.
Dan inilah juga salah satu punca menyebabkan saya lambat memulakan operasi penerbitan akhbar yang bakal menemui pembaca dan pencandu bahan berita ehwal semasa dan politik yang menjadi asas penerbitan itu, selain masalah modal dan kewangan.
TAMAT

Tuesday, January 27, 2009

SINAR HARIAN BUAT HAL LAGI




KETIKA memandu ke pejabat pagi Jumaat lalu, penulis dihubungi Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan dukacita kerana laporan berita muka depan Sinar Harian Edisi Timur menyiarkan tajuk “MB setuju serban ganti topi”, yang disifatkan sebagai terbalik dan diterbalikkan oleh pihak akhbar berkenaan. Sepatutnya tajuk itu berbunyi: MB setuju topi ganti serban”.
Pantas hati penulis terdetik, sekali lagi Sinar Harian buat hal dengan Menteri Besar selepas melakar sejarah dipulau dan tidak dibenarkan membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) beberapa tahun lalu kerana kesilapan menyiarkan laporan kejadian lebih awal daripada insiden sebenar dalam persidangan DUN itu.
Kesilapan kali ini tidaklah sebesar dalu, hanya melibatkan tajuk utama saja, sedangkan isi laporan berita di bawah tajuk itu betul sebagaimana dinyatakan Nik Aziz yang mengulas mengenai pemakaian serban dan topi keledar itu.
Ulasan yang diberikan secara sukarela itu berikutan penulis ingin mendapatkan follow-up berita selepas seorang pelajar sekolah pondok dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari oleh Majistret apabila didapati bersalah kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal dua tahun lalu.
Bagaimanapun, pelajar terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara kerana berpegang kepada prinsipnya yang tidak mengaku salah atas pertuduhan itu.
Penulis tidak mahu mengulas kerelevanan hukuman yang dijatuhi majistret Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra terhadap prosiding perbicaraan kerana dikhuatiri boleh menghina mahkamah.
Yang anihnya, berita yang disiarkan Sinar Harian yang dipetik dari laporan Bernama itu betul, tetapi disalah-ertikan kerana tajuknya terbalik atau diterbalikkan.
Penulis tidak tahu mengapa boleh terjadi demikian, kerana kalau dilihat pada tajuk quotation Nik Aziz di bawah tajuk besarnya jelas bahawa beliau mahu topi keledar yang dianggap selamat dipakai penunggang motosikal itu diganti dengan serban bagi mereka yang ingin memakainya jika ia (serban) boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.
Menurutnnya, topi keledar yang tidak diikat kemas dan tidak betul juga boleh mengundang maut tetapi sarban yang diikat kemas dan mengikut kaedah pemakaian yang betul, lebih selamat kerana ia lebih lembut dan mampu mencegah keceraan apabila berlaku hentakan kuat dalam kemalangan.
Oleh kerana penulis seorang yang mendapat follow-up eksklusif itu, maka beliau menghubungi penulis untuk mendapat penjelasan kenapa berita itu boleh mengelirukan.
Penulis tertanya-tanya apakah motif berita itu diterbalikkan tajuknya atau pihak jabatan pengarang akhbar terbabit terlepas pandang atau tersalah memahami. Sebagai Pengarang akhbar yang agak besar, perkara itu tidak mungkin berlaku, tetapi semuannya tidak mustahil kerana penulis teringat kepada suatu ayat yang selalu dibaca yang bermaksud: “tiada upaya bagi manusia melainkan dengan kekuasaan Allah semata-mata segala kejadian yang berlaku itu”.
Apapun, nampaknya Nik Aziz yang juga Mursyiduyl Am Pas itu memahami apa yang sebenarnya berlaku, kerana tajuk berita itu dibuat oleh Pengarang akhbar berkenaan, bukannya oleh Bernama, kerana Bernama menyiarkan tajuk yang tepat sebagaimana disiarkan dalam portel mStar Online pada hari sama iaitu “Nik Aziz setuju topi keledar diganti serban”.
Sehubungan isu itu, penulis juga teringat bagaimana akhbar Berita Harian sebelum itu pernah melakukan kesilapan menyiarkan tajuk muka depan menyebabkan wartawannya dihalau daripada membuat liputan persidangan (Belanjawan) DUN.
Akhbar itu menyiarkan tajuk “Sultan Murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan” sedangkan dalam berita di bawahnya tidak menyebut perkataan derhaka itu. Isu itu terhenti di situ apabila kedua pihak memahami punca sebenar berlaku (lihat posting terdahulu dalam blog ini).
Berhubung isu topi keledar dengan serban itu, mungkin Menteri Besar itu berpuas hati apabila penulis membetulkan semula kenyataannya melalui penjelasan pendek yang disiarkan beberapa akhbar, termasuk Utusan Malaysia sehari selepas itu atas permintaannya.
Sayugia diingatkan janganlah hendaknya pisang berbuah sampai tiga kali, kerana dalam kenyataan Nik Aziz kepada penulis, jangan sampai beliau hilang pertimbangan dan meminta pembaca jangan membeli akhbar yang berniat jahat dan memutarbelitkan berita kerana ada agenda yang tersembunyi dalam menyiarkan laporannya.
TAMAT

Tuesday, January 20, 2009

Santai sesudah subuh: BERAPA KERAT SANGGUP PEGANG PRINSIP SEPERTI AHMAD NASIR?



SELEPAS selesai tugas wajib penulis membuka laman web Bernama yang menyiarkan berita terkini seorang pelajar pondok sanggup menjalani hukuman penjara atas kesalahan tidak memakai topi kledar ketika menunggang motosikal kerana berpegang kepada prinsip.
Ahmad Nasir Darus, 28, pelajar dari Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, memilih untuk menjalani hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret, walaupun beliau diberi pilihan membayar denda RM90 kerana didapati bersalah atas pertuduhan itu.
Itulah sifat cekal seorang anak muda yang berpegang kepada prinsip hidup yang tidak kental pada ugutan dan cabaran yang sukar ada pada orang lain. Penulis bukan mahu mempersoalkan keputusan hakim menjatuhkan hukuman ke atas pesalah jalan raya itu kerana dikhuatiri boleh menghina mahkamah, Cuma kita teringatkan bahawa kebanyakan daripada kita pantang diugut, dicabar walaupun terkena percikan semburan air FRU, terus cair. Jiwa istiqamah ini patut ada pada setiap umat Islam yang benar-benar berjuang kerana Allah.
Mungkin ada alasan yang hendak dipertahankan remaja terbabit menyebabkan dia tidak mengaku salah di mahkamah kerana tidak memakai topi keledar sewaktu memandu yang digantikan dengan memakai serban. Tetapi oleh kerana undang-undang mengcualikan peraturan penggunaan topi keledar hanya bagi pak lebai haji dan sikh, maka mahu tak mahu peraturan itu terpakai. Bagaimanapun, pihak berkuasa yang diwakali anggota polis, mempunyai budi bicara sebelum mengambil tindakan terhadap seseorang pesalah berasakkan kepada logik akal kerana hamba Allah itu dalam keadaan ingin menunaikan ibadah kepada Allah, bukannya golongan mat rempit yang mengambil kesempatan lumba haram waktu umat Islam solat Jumaat misalnya.Mungkin kerana itulah, remaja itu tidak mengaku salah dan menggunakan khidmat peguam untuk mempertahankan hujahnya, tetapi undang-undang tidak memihak kepadanya.
Mengikut laporan berita itu, sewaktu Ahmad Nasir dibawa ke kenderaan polis untuk dihantar ke penjara, kira-kira 100 pelajar pondok itu melaungkan "Allahuakbar" beberapa kali dan disusuli bacaan doa.
Dia telah disaman kerana menunggang motosikal pada 6.30 petang 20 Sept 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar, dan sewaktu dihadapkan ke mahkamah pada 4 Nov 2007, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Pertuduhan yang dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta sama, memperuntukkan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Moral stori daripada laporan ini penulis tertanya-tanya diri sendiri berapa kerat manusia yang sanggup berpegang kepada prinsip seperti Ahmad Nasir itu yang sanggup menjalani hukuman penjara dua hari walaupun dia diberi pilihan membayar denda hanya RM90?
Dalam perkembangan terbaru, Berita Harian melaporkan, Polis akan meminta Pejabat Peguam Negara menentukan sama ada pelajar sekolah agama yang berserban ketika menunggang motosikal boleh dikecualikan daripada dikenakan tindakan lalu lintas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata demikian diminta mengulas mengenai kes seorang pelajar sekolah agama itu yang disaman polis September lalu, terhadap kesalahan tidak memakai topi keledar kerana berserban.

Sunday, January 18, 2009

GURINDAM NIK AZIZ SUDAH MENGENA


Beri Rasuah salah, Tak Beri Rasuah Kalah, Akhirnnya Jadi serba Salah, Oleh itu Jom Pakat Undi Pas” “Bagi Kain Pakai, Bagi Gula Kacau, Bagi Lembu Jual, Bila Mengundi Keluar, Pangkah Bulan”.

SEBAIK menerima keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu malam tadi, penulis teringat tajuk yang penulis lontarkan dalam Mingguan Konsep dua minggu lalu “Antara Gurindam Nik Aziz dan Igauan Pak Lah” kini menjadi kenyataan di mana kemenangan memihak kepada Pas.
Hakikat ini harus diterima oleh semua pihak, walaupun dipercayai masih ada yang tidak dapat menerima keputusan itu. Mojoriti yang diperolehi calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endot sebanyak 2,631 undi itu mengejutkan banyak pihak, walaupun ada sesetengah penyokong Pas meramalka lebih daripada itu. Bagi yang beriman, akan menyebut Alhamdulillah.
Dalam pilihan raya itu calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endot memperoleh 32,883 undi berbanding calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi, manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekali gus hilang wang pertaruhan.
Soal sebab musabbah atau faktor kemenangan Pas dan mjoroti besar yang diperolehinya tidak berbangkit, tetapi yang pastinya kemenangan Pas itu memberi impak yang besar kepada masa depan parti itu dan pimpinannya serta masa depan parti gabungan Pakatan Rakyat (PKR).
Banyak petanda yang menyebabkan penulis menduga kemengan memihak kepada Pas dalam pilihan raya itu, terutama di saat-saat akhir menjelang hari pengundian. Banyak isu yang menunjukkan kelemahan BN dan meningkatkan imej Pas, termasuk isu pribadi yang mengaitkan calon BN sendiri, Datuk Wan Mohd Farid Wan Salleh.
Apa yang penulis baca dan dengar pada saat akhir beliau menafikan memberi wang kepada dua wartawan sebuah lamanweb di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu sebelum hari pembuangan undi.
Penulis tidak mempersoalan benar atau tidak dakwaan yang dilemparlan kepada Wan Farid itu, tetapi itu memperlihatkan bahawa ada unsure-unsur tidak sihat berlaku dalam masa kempen pilihan raya. Sebagai pemerhati, umum mengakui bahawa pemimpin Umno memang bersifat pemurah, memiliki sifat-sirat PR yang tinggi, bukan sahaja kepada pengundi malah kepada pihak luar, terutama wartawan yang semangnnya memberi jasa membuat laporan berita setiap hari.
Pengalaman penulis dalam bidang kewartawan 30 tahun lalu banyak mengajar bagaimana seorang pemimpin melayan pengundi, termasuk para wartawan yang memang bekerja menyampaikan maklumat dan laporan untuk tatapan umum. Malah pernah seorang rakan penulis menolak pemberian seorang pemimpin politik yang cuba menghulurkan satu sampul surat dipercayai mengandungi wang (mungkin RM1,000 hingga RM5,000) kepada sekumpulan selepas sarapan pagi ketika kempen dalam pilihan raya kecil di dua Musang. Rakan penulis, yang merupakan orang kanan dalam sebuah akhbar arus perdana itu menolak dengan kata-kata “Terima kasih sahaja… Kami masing-masing dah ada peruntukan makan dan dibayar elaun oleh majikan,”.
Sebagai golongan professional, itulah jawapan yang sepatutnya ada pada setiap wartawan jika tidak mahu digelar sebagai penulis upahan, atau wartawan nasi bungkus, yang mudah menerima sogokan dari seseorang yang berkepentingan ketika menjalankan tugas. Kita mahu wartawan yang bersikap seperti Al-Zeidi yang sanggup membaling kasut ke Presiden Amerika, JW Bush ketika sidang akhbar sempena lawatan perpisahannya di Iraq baru-baru ini kerana dendam terhadap sikap pemimpin nombor satu dunia yang disifatkan angkuh, sombong dan tidak berperi kemanusiaan dalam isu yang menyentuh umat Islam.
Isu hudud yang cuba dimomokkan oleh BN nampaknya tidak dapat mempengaruhi pengundi, walaupun Pengerusi DAP sendiri membuat kenyataan terakhir mengugut untuk keluar Pakatan Rakyat (PR) yang bersekongkol dengan Parti Keadilan (PKR) dan Pas, walaupun media arus perdana kucar ganyah mencari pemimpin tertinggi Pas untuk mendapat komen berhubung kenyataan Karpal itu dengan nawaitu untuk memecahbelahkan PR.
Faktor lain yang mendorong rasa penulis yang memberi kesan negatif kepada calon BN itu ialah tentang sikapnya yang dikatakan kurang mesra rakyat dengan pengundi di kawasan sendiri.
Selain itu, strategi Pas dalam kempen pilihan kecil itu lebih berkesan daripada Umno atau BN yang banyak melancarkan perang saraf daripada menaburkan janji manis dengan melulukskan peruntukan jutaan ringgit. Ini kerana pengundi sudah matang dalam membuat pemilihan dan media arus perdana sudah tidak mampu lagi menjadi alat untuk menerik pengundi menyokong sesuatu parti walaupun pelbagai taktik cuba diperkenalkan. Malah, penulis memerhatikan, akhbar arus perdana, termasuk Harian Metro sendiri yang digelar oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai akhbar “exsiden” kerana banyak menyiarkan berita nahas jalan raya sebelum ini, kini dilihat seperti buletin BN.
Berita sekumpulan enam pemimpin dan ahli Umno dari Bahagian Kubang Kerian yang keluar parti dan berhasrat menyertai Pas dua hari sebelum pilihan raya juga sedikit sebanyak memberi impak kepada kempen Pas untuk menarik sokongan rakyat kawasan itu menyokongnya. Walaupun isu lompat parti itu berpunca daripada masalah dalaman Umno, tetapi ia menaikkan imej Pas dan dianggap sebagai bonus kepada parti itu di saat-saat akhir kempen pilihan raya kecil itu.
Keputusan pilihan raya kecil itu juga memperlihatkan bahawa rakyat Terengganu, seperti mana Kelantan menolak isu pembangunan yang diuwar-uwarkan oleh BN melalui Menteri-menteri Kabinetnya, termasuk Perdana Menteri, Pak Lah dan timbalannya, Najib sendiri dengan meluluskan pelbagai peruntukan untuk kesejahteraan rakyat.
Melihat kepada senario itu, teringat penulis terhadap tajuk artikel yang dipaparkan melalui akhbar Mingguan Konsep Bilangan 16 keluaran 9-15 Januari yang berbunyi “Antara Gurindam Nik Aziz dan Igauan Pak Lah”.
Antara petikan dalam artikel itu yang menyebut kata-kata Nik Aziz sebagai gurindam ialah: “Beri Rasuah Salah, Tak Beri Rasuah Kalah, Akhirnnya Jadi serba Salah, Oleh itu Jom Pakat Undi Pas” dan “Bagi Kain Pakai, Bagi Gula Kacau, Bagi Lembu Jual, Bila Mengundi Keluar, Pangkah Bulan”.
Kedua-dua rangkap yang dianggap gurindam ini amat bermakna dan menusuk hati penyokong Pas yang sedia ada dan mengusik hati mereka yang tidak fanatik kepada mana-mana parti politik.
Lalu penulis menyifatkan gurindam Nik Aziz itu sudah mengena pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini. TAMAT

Friday, January 16, 2009

Santai Pagi: LAWAK BERIMAN


SELEPAS solat subuh tadi, iman di surau tempat penulis berjemaah menyampaikan kuliah yang memperihalkan seseorang yang ingin bermusafir sunat turun dari rumah pada awal pagi Khamis.Inilah rutin mingguan di surau yang tereletak kira-kira 100 meter dari rumah penulis.
Sedang imam menyampaikah kuliahnya tiba-tiba seorang ahli jemaah mencelah, sambil bertanya: “Betullah kata orang, seseorang yang bangun tidur lewat payah mendapat rezeki, ye tok imam? malah orang tua-tua dulu pernah bagi contoh, orang yang bangun lewat bukan saja tak dapat makan nasi berlauk pagi, malah tahi yang kita berakpun habis dimakan ayam! (ahli jemaah itu merujuk kepada kebanyakan masyarakat kampung zaman dahulu membuang air tidak menggunakan tandas, tetapi di luar rumah).
Semua ahli jemaah lain tergelak dengan pertanyaan spontan ahli jemaah yang suka mengemukakan soalan setiap kali kuliah diadakan di surau itu.
Penulis teringat kata-kata ahli jemaah itu memang menepati dengan falsafah Inggeris yang pernah penulis dengar yang bermaksud lebih kurang begini: “Burung yang keluar pagi itu mudah mendapat rezeki”.
Memang benar, mereka yang bangun lewat dari tidur bukan saja terlepas mengerjakan solat subuh, malah terlepas segala peluang yang sepatutnnya mereka dapat.
Seorang ahli jemaah lain menyampuk: “Betullah…Kalau bangun lewat buah bacang yang gugur depan tangga kitapun dikebas orang,” katanya disambut deraian ketawa oleh jemaah lain.
Berpandukan kepada contoh itu, ternyatakan betapa besar hikmah mereka yang bangun awal pagi. Islam itu adalah agama yang syumul, menunjukkan hidayah kepada umatnya ke jalan yang baik menerusi panduan-panduan yang penuh berhikmah.
Lantas terdetik di hati penulis untuk menterjemahkan coretan pagi kali ini sebagai Santai Pagi: “Lawak Beriman”.TAMAT

Thursday, January 15, 2009

BONUS BESAR KEPADA PAS


PENGISYTIHARAN enam bekas pemimpin Umno di peringkat bahagian dan cawangan Umno keluar dari parti itu dan menyatakan hasrat untuk menyertai Pas, di Kota Bharu semalam, memberi suatu kejutan besar kepada perkembangan kempen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu yang akan tiba ke kemuncaknnya tengah malam Jumaat ini.
Hari Sabtu adalah hari pembuangan undi dan 80,229 pemilih berdaftar dalam kawasan itu akan menjadi hakim untuk memilih siapa yang akan menjadi wakil mereka di peringkat Parlimen.
Soal berubah atau tidak pendirian pengundi dalam menyokong mana-mana parti yang bertanding, sama ada BN atau Pas tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada sikap pengundi itu sendiri.
Namun ia ternyata sebagai bonus moral kepada Pas dalam usaha menarik perhatian rakyat terhadap suasana politik ketika kedua-dua parti gergasi itu berada di gelanggang pertarungan.
Keenam-enam ahli Umno yang bertindak demikian semalam, seorang daripadannya ialah bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kubang Kerian dan diikuti beberapa ketua cawangan Umno dan ahli biasa dalam bahagian itu.
Tanpa memperhitungkan keikhlasan mereka berhasrat menyertai Pas, keenam-enam orang itu ternyata akan memberi tamparan hebat kepada Umno yang kini sedang meraih sokongan yang kuat dari pengundi di Kuala Terengganu bagi menentukan kedudukannya dalam pilihan raya yang akan menentukan untung nasib masa depan mereka.
Penulis sendiri yang berada pada sidang akhbar itu berasa sangsi apabila mendengar jawapan awal sebab-sebab mereka keluar Umno dan ingin menyertai Pas yang antara lain kerana tidak hati dengan sikap Badan Perhubungan Umno yang didakwanya tidak mengindahkan arahan pucuk pimpinan parti dalam menyelesaikan krisis dalam mesyuarat agung perwakilan bahagian Kubang Kerian.
Kalau inilah alasannya, penulis berasa alangkah rapuhnya kesetiaan seorang pejuang parti terhadap perjuangannya dan sekali gus meragukan kesetiaan mereka kepada parti yang bakal disertainya itu, iaitu Pas.
Dari reaksi jawapannya kepada soalan wartawan, mereka tidakpun menyatakan hasratnya ingin menyertai Pas kerana tertarik dengan corak perjuangan parti itu yang berslogankan Membangun Bersama Islam dan bersandarkan kepada al-Quran dan hadis sebagai rujukan dan asas perjuangannya.
Bagaimanapun, daripada reaksi pemimpin Pas, termasuk Naib Presidennya sendiri, Datuk Husam, kehadiran muka baru dalam Pas itu amat menterujakan mereka kerana ia memberi impak kepada parti, khasnya ketika kempen pilihan raya kecil di Kuala Terengganu sedang rancak berjalan.
Malah, Husam dalam ucapan alu-aluannya memberitahu, keenam-enam mereka yang akan menyertai Pas itu akan digunakan untuk berkempen membantu calon Pas dalam pilihan raya kecil itu dan ini sedikit sebanyak dapat memancing pengundi supaya turut menyokong Pas.
Keterujaan Husam dapat dilihat apabila beliau kelihatan persis angkuh apabila tidak melayan pertanyaan wartawan yang ingin mendapat penjelasan sama ada Pas bercadang untuk memberi penerangan kepada bukan Islam mengenai pelaksanaan hukum hudud boleh menjejaskan bukan Islam jika kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih teraju pemerintahan negara dengan kata-kata lebih kurang begini: “Kita selesai yang ini (lompat parti) dulu.
Wartawan terbabit sebenarnya ingin mendapat jawapanya sebagai follow up kepada kenyataan beberapa pemimpin parti bukan Islam dari BN dan Pakatan sendiri sama ada pelaksanaan hukum hudud itu akan turut melibatkan bukan Islam.
Ini kerana Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Ye dalam kenyataannya mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas sama ada hasrat untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini boleh menjejaskan bukan Islam di negara ini.
Dr Ng mendakwa, Pas enggan menyatakan sama ada hukum itu meliputi semua kaum.
Sementara Karpal dalam kenyataan selepas itu berkata parti itu sanggup bekerjasama dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekiranya PAS dan PKR tidak meneruskan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.
"Dalam politik telah dikatakan bahawa tiada musuh atau rakan yang kekal, tetapi prinsip yang kekal perlu dimiliki oleh setiap parti politik," hujjahnya.
Malah sebelum ini Karpal dikatakan pernah menyebut kononnya Pas kena langkah mayatnya dahulu sebelum Pas melaksanakan syariat Islam itu di negara ini jika parti itu mahu bekerjasama dengan DAP.
Hati penulis terdetik apabila Husam dilihat menunjukkan keegoannya apabila memotong percakapan seorang wartawan Harakah dengan keenam-enam bekas ahli Umno yang ingin menyertai Pas itu dengan kata-kata lebih kurang begini: “Kita kini dalam sesi temuramah berdasarkan moral story Umno lompat parti, bukannya sesi kaji selidik yang lebih menjurus kepada suatu penyiasatan”.
Penulis berpendapat, sepatutnya sesi temuramah dengan mereka yang keluar parti patut dilakukan tanpa bersama pemimpin, kerana ini akan menyekat kebebasan pihak yang ingin menyatakan kebenaran sesuatu tindakan yang dilakukan, terutama dalam kes lompat parti kerana ia sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan.
Persoalan itu itu mungkin timbul berikutan ada di antara wartawan yang lebih mengetahui kumpulan terbabit adalah orang kuat Naib Ketua Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohamad Ghani yang tewas dalam pemilihan itu menentang penyandang Ketua Bahagian itu.
TAMAT


Monday, January 12, 2009

Analisis: PAS PERLU PERJELAS PENDIRIAN




KENYATAAN dua pemimpin politik bukan Islam, Karpal Singh dan Datuk Ng Yen Yen mengenai hukum hudud memperlihatkan Pas kini dalam keadaan tertekan. Mereka perlu bertegas dalam menyatakan pendiriannya supaya ia tidak menimbulkan keraguan dan kekeliruan bukan sahaja kepada pemimpin parti lawan, tetapi dalam pakatan sendiri.
Dalam kenyataan terbaru, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu sanggup bekerjasama dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekiranya PAS dan PKR tidak meneruskan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Manakala Naib Presiden MCA, sebelum itu mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas sama ada hasrat untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini boleh menjejaskan bukan Islam di negara ini.
Dalam blok saya yang diposting dua hari lalu, meminta Pas memberi penjelasan sejelas-jelasnnya kepada pemimpin-pemimpin politik dan semua rakyat mengenai hasratnya untuk melaksanakan hukum hudud jika dapat mengambil alih teraju pemerintahan negara ini.
Ini untuk mengelakkan kekeliruan yang timbul di kalangan mereka yang kurang arif mengenai dasar Pas berhubung isu itu.
Ini kerana rakan politiknya, DAP dilihat bermati-matian tidak mahu hukum hudud dilaksanakan di negara ini, malah pernah pemimpin DAP itu mencabar bahawa langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu juga laksana hukum itu.
Setakat ini, kita tidak mendengar penegasan Pas dalam persoalan yang ditimbulkan oleh DAP itu. Sama ada Pas mati akal untuk menjawab atau sengaja menggantung persoalan itu untuk menjaga kepentingan politik tidak dapat diketahui dengan jelas, kerana tidak ada pihak yang cuba mengambil tanggungjawab itu. Sebagai parti Islam dan bertunjangkan al-Quran dan hadis, Pas sepatutnnya tidak melepaskan tanggungjawab menjelaskan persoalan itu kepada rakyat, sama ada orang Islam atau bukan Islam dan berkatakan yang hak dan benar dan tidak menyembunyikan sesuatu yang tidak patut disembunyikan. Ambillah barang seketika maksud al-Quran yang menjadi prinsip hidup penulis, iaitu berkata benarlah (kamu) walaupun ianya pahit. Mengapa kita sanggup membiarkan isu itu berlarutan dan boleh mengelirukan banyak pihak.
TAMAT

Sunday, January 11, 2009


HUDUD: CABARAN NG YEN YEN MENGIYAKAN
LONTARAN BLOG SAYA


KENYATAAN, Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, yang mencabar Pas supaya menyatakan pendirian sama ada hasrat untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini boleh menjejaskan bukan Islam di negara ini, menggamik penulis untuk turut melontarkan pandangan mengikut kaca mata sendiri dan bukan sebagai ahli politik yang ada berkepentingan.
Kegamitan itu berpunca dengan lontaran idea penulis dalam posting minggu lalu, bahawa kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak melibatkan bukan Islam jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negara ini sebagai cuba menjawab bagi pihak Pas, atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Penjelasan Anwar di majlis ceramah perdana sempena pelancaran kempen selepas hari penamaan calon 6 Januari lalu memperlihatkan kenyataan itu tidak diterima dan masih diragui MCA.
Anwar dalam ceramah itu menjelaskan bahawa jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini sebaik Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan tidak melibatkan orang bukan Islam.
Walaupun Anwar sudah menjelaskan pendirian PR dalam isu hokum hudud itu, namun Naib Presiden MCA, itu masih mengajukan persoalan mengapa Pas enggan menyatakan sama ada hukum itu meliputi semua kaum.
Dalam ceramahnya ketika berkempen calon BN di kawasan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, semalam, Eng juga membidas parti pembangkang yang lain seperti DAP dan PKR kerana tidak menyatakan dengan jelas pendirian masing-masing berhubung isu itu.
“Sama ada (anda) setuju atau pun tidak. Ini adalah perkara yang paling asas (terutama ketika bercakap mengenai isu penting),” katanya kepada pemberita.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, kegagalan PAS menyatakan pendirian mereka dengan jelas bagaimana mereka akan melaksanakan hukum Hudud itu telah menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat bukan Islam.
Dalam hal ini, penulis berpendapat pemimpin tertinggi Pas perlu memperjelaskan dengan jelas sama isu yang ditimbulkan oleh pemimpin MCA itu, yang mungkin ia menimbulkan persoalan mewakili kebanyakan masyarakat bukan Islam yang tinggal di negara yang didiami masyarakat majmuk ini.
Ini selaras dengan hasrat Nik Aziz sendiri yang mahu menarik perhatian masyarakat bukan Islam mengetahui mengenai undang-undang syariah yang membabitkan hukum huduk yang menjadi momokan pemimpin politik, terutama MCA dan rakan sekutunya dalam BN.
Ketidakjelasan isu ini mengundang sesetengah pemimpin Umno berpendapat langkah Pas yang memperkenalkan hukum hudud itu ketika mula mentadbir negeri Kelantan sejak 1990 sebagai retorik politik parti itu semata-mata untuk memancing undi dalam pilihan raya.
Justeru itu, ia semakin hebat diperkatakan apabila, Pas dan Umno masing-masing menyalahkan antara satu sama lain, apabila undang-undang syariah Islam itu tidak dapat dilaksanakan di negeri itu, walaupun pelbagai kempen dan pelancaran hari hudud diadakan di Kelantan setiap tahun.
Malah, ia semakin hangat diperkatakan apabila isu itu cuba dibangkitkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa di majlis forum Wacana Tranformasi Politik Malaysia di Balai Islam, Kota Bharu 20 Disember lalu.
Sehingga kini isu itu menjadi tergantung, dan wacana berbaur debat perdana itu tidak dapat memberi kata putus siapa yang menang dan siapa yang kalah, tetapi yang jelas ia memberi impak yang besar kepada perkembangan politik tanah air yang sihat, terutama ketika menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang ini.
Nik Aziz atau Presiden Pas, Datuk Sri Abdul Hadi sendiri patut mengadakan program atau seminar khusus bagi menjelaskan isu itu bagi membolehkan masyarakat mengetahui dengan jelas apa sebenarnya sasaran hukum hudud itu dilaksanakan, sama ada hanya diterima pakai untuk orang Islam atau meliputi semua kaum dan agama.TAMAT







Wednesday, January 7, 2009

Analisis: KENAPA ANWAR BERCAKAP BAGI PIHAK NIK AZIZ?


MEMBACA laporan portal mStar online pagi ini terpacak anak mata penulis melihat tajuk “Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam”.
Tanpa dipengaruhi emosi politik kepartian, penulis melihat kenyataan Ketua Umum parti Pakatan Rakyat itu seolah-olah bercakap bagi pihak Pas atau Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mula memperkenalkan syariat Islam itu sejak mula menerajui Kelantan pada 1990.
Secara spontan, mungkin ramai yang tertanya-tanya sejak bila Anwar menjadi ulama yang berautoriti bercakap mengenai agama Islam.
Mungkin ada juga beranggapan tindakan Anwar itu sebagai cuba menenangkan rakan-rakan politiknya dalam Pakatan yang terdiri daripada bukan Islam, terutama DAP yang sebelum ini terang-terangan menentang syariat Islam yang hendak dilaksanakan di negara ini jika parti Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negara.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperkatakan isu itu ketika berucap pada ceramah Perdana di Kuala Terengganu malam tadi, sempena pelancaran kempen bagi pihak parti Pakatan Rakyak, sempena hari penamaan calon semalam..
Malah, ia pertama kali dinyatakan Anwar sejak isu hudud dibangkitkan selepas Wacana Tranfomasi Politik Malaysia yang disertai Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, di Kota Bharu, baru-baru ini.
Isu itu menimbulkan kontroversi sehingga dijadikan modal kempen politik bagi parti-parti yang berkepentingan dan bertanding dalam pilihan raya kecil itu pada 17 Januari ini, malah ia turut diperkatakan oleh pemimpin bukan Islam, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri.
Sesetengah pendapat umum menyatakan, jika orang bukan Islam bercakap mengenai Islam, malah lebih tahu atau lebih daripada orang Islam, ia merupakan dalil-dalil dunia hampir kiamat.
Penulis teringat, ada penceramah di masjid atau surau menyebut, antara tanda-tanda hampir kiamat ialah lelaki menjadi perempuan, orang jahil menjadi alim, orang kaya menjadi miskin atau sebaliknya.
Berbalik kenyataan Anwar berhubung isu hudud itu, mungkin beliau mempunyai agenda tersendiri dalam mematahkan hujah parti lawan yang memomok dan menakut-nakutkan orang bukan Islam akan turut dikenakan hukum hudud jika syariat Islam itu dilaksanakan di negara ini seandainya parti Pakatan Rakyat memerintah negara.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu juga mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat
"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan,” kata Anwar dalam ceramah perdana itu menjelaskan pandangannya berehubung isu itu.
Jadi kenyataan Anwar itu ada kerelevanannya bagi mempertahankan hujah Pas untuk melaksanakan syariat Islam yang dituntut oleh agama dan membuktikan bahawa hukum bukannya milik mana-mana parti politik, termasuk Pas atau Umno, malah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam yang menjadi khalifah di muka bumi Allah ini untuk melaksanakannya.
Jadi, tidak timbul kenyataan Anwar itu sebagai bercakap bagi pihak Pas atau Nik Aziz, tetapi kenyataan peribadi yang bersandarkan kepada dasar dan polisi parti di bawah Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh parti-parti bersekutunnya, Pas, PKR dan DAP.TAMAT

Tuesday, January 6, 2009

CALON AKIM BUAT HAL







RAMAI yang tertanya-tanya kenapa calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), menarik diri di saat akhir daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 17 Januari ini.
Malah, calon itu, Harun Mohamad, 63, yang turut hadir di pusat penamaan calon di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, sebaliknya menyatakan sokongan kepada Pas.
Persoalannya, apakah motif sebenar di sebalik tindakannya itu atau sengaja mencari publisiti murah ketika ramai tertumpu ke P036 itu, ketika demam kempen pilihan raya kecil itu bermula selepas proses penamaan calon selesai.
“Pagi ini saya mendapat ilham (untuk tidak bertanding). Lagipun, saya tidak berapa sihat sekarang.
“Saya memberi laluan kepada calon Pas untuk menghadapi Umno,” selamba jawabnya ketika ditemui pemberita di luar pusat penamaan calon.
Kejutan ini masih belum terjawab oleh sesiapa kecuali oleh empunya diri yang terlibat sendiri sebab-sebab kenapa perkara itu boleh berlaku.
Bagaimanapun, beliau awal-awal lagi menafikan yang beliau dipujuk oleh mana-mana parti politik termasuk Pas untuk tidak bertanding.
Beliau turut menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno supaya menyokong calon Pas atas alasan bahawa dasar Akim dan Pas adalah selaras untuk menjaga kepentingan umat Islam.
Harun yang juga Naib Presiden Akim, sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya umum 1974 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.
Tindakan beliau tentunya mendapat reaksi yang mengejutkan banyak pihak dan mungkin akan menghadapi tindakan disiplin oleh partinya.
Presiden Akim Hanafi Hamat, berkata Harun juga telah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu.
“Malah, dia telah mengecewakan apabila menyokong Pas,” kata Hanafi.
Persoalan yang masih bermain di minda pemerhati politik ialah sama ada penarikan diri secara mengejutkan itu mempunyai muslihat tertentu walaupun tidak dipengaruhi unsur-unsur luaran dan liar, seperti ugutan, ancaman, rasuah atau apa yang disebut `politik cari makan’, tiada siapa yang tahu, kecuali Tuhan dan beliau sendiri.
Jika perlu, pihak bertanggungjawab boleh menyiasat mengikut bidang kuasa yang ada pada mereka, jika ada unsur-unsur berkenaan bagi melihat ketelusan pilihan raya kecil dari segi peraturan selaras dengan penubuhan beberapa suruhanjaya di saat-saat akhir pentadbiran Pak Lah, termasuk Suruhanjaya Anti Rasuah (SAR).
Pada pilihan raya kecil itu, tiga calon disahkan bertanding iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN); Mohd Abdul Wahid Endot (Pas) dan Azaharudin Mamat (Bebas) dan akan dihakimi oleh 80,229 pengundi dalam kawasan Parlimen itu untuk menentukan nasib mereka.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat kawasan itu, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, ketika menghadiri program di Institut Aminuddin Baki, Genting Hisgland pada 28 November lalu.
TAMAT


Monday, January 5, 2009

JANGAN JADIKAN KEMPEN PRK KT `TARAGEDI BATU BURUK KEDUA’




KEMPEN pilihan raya akan bermula esok sebaik semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada pengurus pilihan raya.
Umum mengetahui apabila gendang kempen pilihan raya dipalu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas episod penamaan calon selesai, maka hulubalang-hulubalang parti yang bertanding akan `bercawat kote’ mengibar dan menggantung bendera,sepanduk dan poster dengan pelbagai slogan mempamerkan calon masing-masing supaya pengundi memilihnya.
Suasana seperti itu memang terdapat di mana-mana kawasan yang terlibat dalam suasana pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Yang pastinnya pilihan raya kecil lebih menarik kerana ramai penyokong parti masing-masing boleh memberi perhatian pada satu kawasan saja berbanding pilihan raya umum.
Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini, seramai 80,229 pengundi kawasan itu akan menjadi hakim dan penentu siapakah wakil mereka yang akan dipilih. Manakala calon-calon terbabit akan menunggu dengan penuh debar keputusan yang akan ditentukan oleh pengundi di kawasan terbabit. Ibarat pesalah, calon-calon akan menanti dengan penuh debar dan sejuta keresahan hukuman yang bakal dijatuhkan ke atasnya walaupun semuannya sudah tersurat dalam "qadha’ dan qadr" Tuhan.
Tugas pengundi yang bijak pula akan menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya dan mereka diberi kebebasan mutlak sebagai pemilih berdaftar tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak walaupun pelbagai kemersikan dan kelunakan suara kempen masih terngiang-ngiang di telinganya.
Mungkin bagi pengundi yang bacul dan tidak tahu menilai haknya akan membuat pemilihan berdasarkan kelunakan suara kempen-kempen kotor yang dipasak ke telinga mereka di saat-saat akhir menjelang hari membuang undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Razali Ismail, ketika bermain badminton di Institut Amiuddin Baki, Genting Highland pada November lalu.
Allahyarham memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) selepas mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusoff, dengan majoriti undi 628.
Pemerhati politik menyifatkan pilihan raya kali ini adalah penentuan maruah dan ujian kedua-dua parti gergasi iaitu BN dan Pas dalam menghadapi suasana politik semasa yang terbuka dan terdedah dengan pelbagai isu dan kererah.
Bagi BN, ujian paling besar ialah di saat mereka menghadapi kemelut dalaman yang hebat berikutan krisis kepercayaan pucuk kepimpinan Umno, yang menyebabkan wujudnya apa yang dinamakan pelan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak pada Mac depan.
Malah, ketika ini juga kempen pemilihan pucuk Umno sedang rancak berjalan yang menyaksikan pertarungan sengit di semua peringkat, termasuk sayap kanan dan kiri parti iaitu Pemuda dan Wanita.
Justeru, wujudnnya suara-suara amaran daripada pucuk pimpinan Umno supaya calon yang bertanding di semua peringkat tidak menjadikan kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu sebagai `flatform’ untuk mereka berkempen dalam pemilihan parti.
Bagi Pas pula, pilihan raya itu sebagai ujian bagi menentukan keutuhan parti itu yang disebut-sebut semakin kuat setelah mampu merangkul lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan mengekalkan pentadbiran di Kelantan selama 18 tahun di bawah kerajaan berslogankan `Membangun Bersama Islam’.
Parti-parti lain yang bakal turut bertanding tidak diambil kira kerana ia diibaratkan `semut mayat’ yang terjatuh dalam cangkir kopi yang boleh dibuang begitu saja, tanpa menjejaskan kesucian kopi itu untuk dminum.
Apa yang diharapkan kempen yang akan berjalan selama 11 hari bermula esok tidak akan dicemari oleh insiden-insiden yang tidak diingini, agar tidak terjadi apa yang disifatkan sebagai `tragedi Batu Buruk kedua’ dan penyokong parti terbabit menggunakan kematangan berfikir mereka dalam berekempen supaya tidak menjejaskan ketenteraman awam, kerana ini bukanlah suatu yang baru bagi mereka. Kematangan berfikir dan bertindak akan menjadi faktor penghalang dari kejadian yang tidak diingini berlaku.
TAMAT





Sunday, January 4, 2009

Siapa Makan Cili: KERANA KESEDARAN ATAU KEKECEWAAN?


SEJAK kebelakangan ini ramai pemimpin politik di peringkat akar umbi lebih cenderung berpaling tadah daripada parti asal kepada parti baru, terutama di saat menjelang pilihan raya.
Sendrom menukar parti di saat demam kempen pilihan raya , terutama pilihan raya kecil ini memberi bonus kepada mereka untuk mendapat liputan meluas oleh media massa, sama ada media cetak atau media elektronik berbanding dengan suasana biasa.
Ini sudah menjadi lumrah, di mana media lebih berminat memaparkan berita-berita yang menggemparkan untuk menarik minat pembaca atau penonton, sama ada seseorang penonton atau pembaca itu percaya atau tidak dengan keikhlasan seseorang yang berpaling tadah itu atau tidak ia bukan persoalan pokok. Yang penting berita itu akan mendapat tempat untuk disiarkan.
Kebanyakan pembaca atau penonton yang berfikiran matang, tidak akan menerima bulat-bulat laporan berita seperti itu, kerana mereka biasannya akan mempersoalkan keikhlasan seseorang pemimpin yang bertindak demikian. Ini kerana ada di antara mereka yang keluar parti dan menyertai parti lain kerana kecewa tidak mendapat tempat dalam parti yang mereka sertai sebelum itu atau gagal mendapat sesuatu yang diidamkan setelah berjuang sekian lama dalam parti berkenaan.
Ini adalah fenomena biasa dalam politik tanah air sekarang, di mana ramai pemimpin yang tiada nilai-nilai istiqamah dalam diri dan semangat perjuangan tulen dalam parti.
Terbaru, Bekas Kerua Umno Bahagian Petaling Jaya, Kapten (B) Zahar Hashim menyertai Pas bersama 13 AJKnya dan 28 ketua cawangan dalam bahagian itu, baru-baru ini.
Perkembangan terbaru itu mengembirakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lantas memberi komen bahawa tindakan pemimpin Umno itu menunjukkan terbukanya pintu hati mereka kesan daripada pergolakan dalaman Umno, seperti amalan rasuah, cantas mencantas, gantung menggantung keahlian dan sebagainya.
Persoalannya, apakah penyertaan pemimpin berkeliber dalam parti itu menunjukkan mereka benar-benar ikhlas untuk berjuang bersama dalam jemaah yang dipimpin parti Islam yang berpegang kepada prinsip dan dasar-dasar Islam?
Sebagai pemimpin politik yang berpengalaman, Nik Aziz seharusnnya tidak mudah percaya dengan keikhlasan seseorang bekas pemimpin parti lawan yang menyertai partinya . kerana bukan sedikit pemimpin parti yang pernah menentang perjuangan Pas dan menyertai parti itu, kemudian berpaling tadah kepada parti asal mereka atau disebut dalam bahasa kasar sebagai `murtad’, walaupun mereka sedar orang yang murtad ini besar dosanya, malah dalam Islam boleh dihukum bunuh.

Saturday, January 3, 2009

KENYATAAN CALON BN GAGAL SEJUKKAN HATI PENGUNDI



“Jangan salahkan kerajaan harga barang tak turun”, tersembur tajuk laporan berita dalam akhbar yang memetik kenyataan calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Penulis yang terbaca laporan menerusi portal Utusan semalam berfikir seorang diri, bahawa kenyataan itu tentunnya tidak akan menyejuk dan meredakan hati pengundi yang bakal menentukan siapa wakil mereka dalam pilihan raya kecil itu pada 17 Januari nanti.
Kenyataan Wan Farid itu memperlihatkan seolah-olah kerajaan lepas tangan dalam menangani isu kenaikan harga barang itu.
Hati penulis terdetik dengan kenyataan itu kerana sebelum ini pernah melontarkan pendapat dan pandangan pribadi menyarankan pihak kerajaan mencari pendekatan bagaimana kaedah untuk menggalakkan peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak di pasaran runcit sekarang ini, apabila kerajaan menurunkan bahan bakar itu ke tahap minimum enam kali berturut-turut.
Memanglah soal kenaikan harga barang kerajaan tidak boleh dipersalahkan kerajaan, kerana ia terletak di atas bahu dan tanggungjawab peniaga sendiri. Kerajaan hanya boleh mengawal harga barangan di bawah akta kawalan semata-mata di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Malah, usaha menambah-masukkan beberapa jenis barangan di bawah barangan kawalan, sebagai salah satu langkah positif kerajaan ke arah itu. Sepatutnnya, pihak kerajaan menekankan kenyataan yang berbau positif seperti itu, yang diharap mampu mereda dan menyejukkan hati pengundi menjelang pilihan kecil Parlimen itu.
Wan Ahmad Farid tidak sepatutnnya meletakkan kepercayaan kepada peniaga lambat laun akan menurunkan harga ekoran penurunan harga minyak di pasaran global sekarang, kerana peniaga yang sentiasa mengejar keuntungan tidak akan berbuat demikian kerana ketika inilah durian runtuh bagi mereka.
Yang menjadi mangsa dan bebanan yang berterusan ialah pengguna yang terdiri golongan berpendapatan rendah. Kalangan menteri dan VIP tidak merasakan bebanan ini kerana kebanyakan mereka tidak pernah menjenjeng raga atau menolak troli dalam pasar besar untuk membeli barangan keperluan dapur dan sebagainnya, malah, mereka hanya mengharapkan kepada orang gaji atau bebet. Itulah bezanya antara golongan marhain dengan golongan atasan. Ia hanya dapat dirasai jika golongan atasan terbabit sentiasa turun padang dan kena pakai kasut bot masuk pasar ikan dalam pasar besar sama ada untuk membeli dan meninjau sendiri situasi yang berlaku seperti mana dalam program realiti yang ditayangkan di kaca tv.
Kita mahu melihat pemimpin-pemimpin negara mencontohi Khalafah Saidina Omar dalam menangani masalah rakyat, kerana baginda merupakan satu-satu idola kepemimpinan Islam terpuji dan teruji serta tidak bertindak di atas kertas dan mendengar laporan pengikut-pengikut atau kaki-kaki ampu bawahan semata-mata.
Bilakah pemimpin-pemimpin kita akan menukar cirri-ciri kepimpinan dan tokoh pemimpin Islam berkeliber itu? Ini kerana rakyat sudah dapat menilai sendiri ketelusan seseorang pemimpin atau wakilnya yang dipilih dalam satu-satu pilihan raya dan tidak lagi mudah terpedaya dengan janji-janji manis sewaktu berkempen. Mereka tidak mudah termakan budi dengan hanya mengangkat tangan dan mempamirkan lima jari jemari tangannya ketika bertemu rakyat kerana mungkin kelima-lima jari itu hanya sebagai simbol untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka diberi tempoh lima tahun untuk menjadi wakil mereka sebelum menjelangnya lima tahun lagi pilihan raya akan diadakan.
Wakil-wakil rakyat harus insaf, lambaian lima jari tangan itu sebagai simbol ucapan bye-bye atau jumpa lagi untuk tempoh lima tahun pada pilihan raya akan datang.
TAMAT

Friday, January 2, 2009

APA RELEVANNYA SUBJEK HUDUD DIPERKENAL DI SEKOLAH?

PENULIS teruja untuk membicarakan topik mengenai apakah kewajarannya subjek hukum hudud diperkenalkan di sekolah.
Walaupun penulis tidak hadir sewaktu idea itu dilontarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika berucap di majlis sambutan tahun baru di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, malam kelmarin, namun ia amat mencuit hati untuk dibincangkan.
Penulis hanya mengetahui isu itu apabila melayari internet dan membuka portal Berita Harian, selepas solat Subuh terjemaah di surau berhampiran rumah.
Keterujaan penulis kerana isu hudud kini mendapat tempat dalam perbincangan umum, khasnya pemerhati politik, terutama selepas iannya dibangkitkan dalam Wacana Tranformasi Politik Malaysia disertai ahli panel, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno, Mohd Khairy Jamaluddin.
Lebih-lebih lagi apabila iannya dikaitkan pula dengan deman kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terenggaanu yang bakal diadakan pada 17 Januari depan.
Penulis melihat lontaran idea Nik Aziz itu menepati kehendak semasa di mana ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya isu yang cuba dibangkitkan oleh pemimpin politik dan yang menjadi dasar kepimpinan kerajaan Pas Kelantan itu.
Sekurang-kurangnnya masyarakat umum boleh mengetahui apakah isu itu sengaja ditimbulkan oleh parti yang memperjuangkan Islam itu sengaja menimbulkan isu itu sebagai retorik semata-mata, atau sesuatu yang menjadi tanggungjawab umat Islam untuk melaksanakan syariat Islam itu.
Ia tentunnya akan dapat merungkai permasalahan yang timbul di kalangan mereka yang kurang arif mengenai mana yang hak dan mana yang batil dalam penghujahan isu itu.
Penulis berpendapat, jika kita percaya bahawa hukum hudud ini bukanlah hak Pas dan hak mana-mana parti politik, tetapi hak Islam dan umatnya sebagai khalifah yang menjaga muka bumi ini, tidak ada sebab kita tidak boleh menerima lontaran idea itu, tanpa dipengaruhi fahaman politik dan sentiment kepartian. Tidak ada sebab cadangan itu tidak boleh dipertimbangkan oleh pihak berwajib dan berkenaan.
Nik Aziz beralasan disebabkan hudud adalah perkara besar serta memerlukan masa untuk membolehkan semua pihak memahaminya, adalah wajar ia diperkenalkan pada peringkat sekolah.
Beliau berpendapat, soal hudud adalah besar, memakan masa lama. Kalau mengambil masa setahun dua tidak apa.
“Ibarat tanam ubi keledek, tiga bukan boleh makan, tapi tanam kelapa makan masa 10 tahun,” katanya.
Justeru, penulis memahami, adalah wajar subjek itu diajar di peringkat awal lagi supaya pelajar, yang bakal menjadi pemimpin pelapis negara dapat memahami kewajipan yang patut mereka laksanakan apabila mereka memimpin negara kelak.
Dalam soal ini, kita tidak boleh menganggapkan alas an itu untuk kepentingan politik mana-mana parti, ini kerana seperti penulis sebut awal tadi bahawa kita boleh menerima lontaran idea itu tanpa dipengaruhi fahaman politik dan sentimen kepartian.
Ketika ini ramai masyarakat Islam yang keliru sama ada hukum hudud wajar dilaksanakan di negara ini, walaupun umat Islam yakin ia adalah syariat Islam dan hukum Allah yang wajib dilaksanakan oleh khalifahNya yang mentadbir muka bumi Ini.
Oleh kerana sistem negara kita mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya, maka kerajaan yang dipilih oleh rakyat bertanggungjawab melaksanakannya sebagai menunaikan amanah Allah dan rakyat.
Penulis berpendapat, soal kerajaan tidak cukup persediaan dari segi prasarana seperti yang disebutkan oleh pensyarah undang-undang UIAM, Dr Mohd Aziz Bari, adalah soal kedua, soal pokoknya hasrat dan usaha ke arah meralisasikanya perlu diberi penekanan. Soalnya apabila ada hasrat, maka adalah usaha dan apabila adanya usaha, maka adalah kejayaannya. Dan sewajarnya kita tidak boleh mengetepikan segala hasrat dan usaha ke arah itu jika umat Islam sendiri mengakui bahawa Islam itu lebih tinggi dari segala ketinggian.
Kita juga tidak harus memandang remeh kenyataan Nik Aziz yang menyatakan soal hudud tidak perlu dibersarkan kerana ia adalah isu lama, malah Kelantan sudah meluluskan kertas cadangan mengenainya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.
Nik Aziz tidak menolak kemungkinan sedikit masa lagi masyarakat umum boleh menerima hudud, sebagaimana dahulu masyarakat tidak boleh menerima politik Islam dan katanya, insyaAllah masanya akan tiba.
TAMAT

Thursday, January 1, 2009

SANTAI:Harga diri seorang wartawan:ANTARA SEBELAH KASUT DENGAN SEBUNGKUS NASI

Di sebuah restoran yang terletak di sudut sebatang jalan utama sebuah bandar, seorang lelaki berbaju jeket hitam sedang berbual-bual dengan seorang rakannya sambil menghirup kopi pracampuran Tok Guru.
Senggang dua meja kosong kelihatan pula seorang lelaki separuh abad dan berbadan gempal menyandang sebuah beg sedang mengambil tempat duduk. Sebelum itu lelaki berkenaan ke hulu ke hilir seperti seorang kurang siuman yang tidak diketahui arah tujunya.
Sebenarnya, mereka adalah daripada dua kategori makhluk insan yang berbeza. Yang berjeket hitam dan sedang menghirup kopi itu adalah golongan makhluk manusia yang bergelar ahli korporat, manakala seorang lelaki menyandang sebuah beg hitam adalah manusia yang beregelar wartawan veteran.Kedua-dua mempunyai fungsi berlainan, walaupun makluk yang sama, daripada sebaik-baik kejadian Tuhan.
“ Eh kamu ada idea tolong aku dalam pemilihan nanti?” tanya lelaki berjeket hitam memulakan perbualannya bersama teman di sebelahnya.
“Oh, itu beres…senang aje.,” jawab teman sambil menyedut rokok dan menghembuskan asap berkepol-kepol.
“Kita panggil wartawan, buat write-up tentang diri kita dan tonjolkan kebaikan yang kita lakukan, biar dia orang letak muka depan. Orang akan kenal kita, habis cerita…”
“Habis, mana aku ada duit nak bayar mahal-mahal kepada akhbar, yang aku tahu kalau semuka penuh aku dengar mahu RM3,000 atau RM12,000 jika colour,” jawab lelaki berjeket hitam tadi.
“Encik minta derma. Kami nak siapkan sebuah maahadtahfiz yang terbengkalai di kampung kami,”kata seorang remaja berbadan kurus dan berpakaian ala tabligh sambil menghulurkan sekeping kertas yang dibalut plastik mencelah perbualan kedua-dua lelaki yang sedang menghirup kopi pracampuran Tok Guru itu.
Tanpa berlengah dan usul periksa, lelaki berjeket hitam itu terus menyeluk saku jeketnya sambil menghulurkan sekeping not kertas RM10 kepada remaja kurus itu. Dia enggan menerima resit yang cuba diberikan remaja berkenaan.
“Mana sampai RM3,000 hingga RM12,000, tak adelah…Panggil ramai-ramai wartawan dan bagi nasi Sumatera sebungkus seorang. Besok keluar besar-besaran dalam paper. Kita dapat publisiti, dia orang dapat makan, cukup masa orang sokong kita…habis cerita,” mudah jawapan diberikan rakannya sambil menenyeh-nenyeh puntung rokok ke dalam extery di atas meja.
Itulah perfspektif yang diberikan oleh segelintir insan yang bergelar ahli korporat yang ingin menceburkan diri dalam politik terhadap tugas dan peranan wartawan. Mereka menilai seorang wartawan hanya dengan sebungkus nasi Sumatera.
Jauh dari sudut hati lelaki yang menyandang beg hitam berisi komputer riba itu membayangkan betapa hinanya seorang wartawan apabila mereka dianggap begitu.
Mereka tidak tahu seseorang wartawan juga mempunyai perasaan dan hati serta memiliki nilai seni sensitiviti yang tinggi, lebih tinggi dari punca gunung Himalaya atau lebih mahal dari nilai segunung intan.
Mungkin kedua-dua lelaki itu tidak perasan yang wartawan juga mempunyai maruah dan harga diri yang tidak ternilai. Ia kerja profesional, bukan calang-calang tugas.
Sebagaimana manusia biasa wartawan juga mempunyai perasaan, ada sensitiviti tersendiri, mereka juga perlu makan, pakai dan berumah tangga. Mereka juga boleh memberontak jika tidak kena caranya.
Kalau tidak, masakan boleh terjadi sebagaimana peristiwa wartawan Iraq Murtadha Al-Zeidi sanggup membaling kasut ke arah Presiden J W Bush sewaktu pemimpin Amerika itu membuat lawatan perpisahan di Baghdad.
Tindakan wartawan dari kaum Syiah itu mengajar pemimpin dunia bahawa manusia yang digelar wartawan mempunyai perasaan, marah, dendam dan kesumat sehingga sanggup bertindak di luar etika kewartawanannya. Semangat ketuanan Iraqinnya membara tebal di sanubari anak muda itu yang pernah ditahan oleh tentera militan Amerika sewaktu Perang Iraq.
Penahanan Al-Zeidi ekoran insiden itu mendapat reaksi positif di kalangan rakyat Iraq yang anti Amerika, malah mendapat publisiti meluas sebagai wira bangsa sehingga sanggup bertindak melampaui semangat ketuanan bangsa Iraqi dengan mengetepikan sempadan keprofesionalismenya.
Ertinya, sebelah kasut Al-Zeidi tidak sama nilainya dengan sebungkus nasi Sumatera yang hendak disogokkan kepada wartawan Malaysia untuk mendapat tempat dalam politik oleh segelintir ahli korporat yang ingin mendapat tempat dalam politik kepartian yang sempit.
TAMAT