Tuesday, January 20, 2009

Santai sesudah subuh: BERAPA KERAT SANGGUP PEGANG PRINSIP SEPERTI AHMAD NASIR?



SELEPAS selesai tugas wajib penulis membuka laman web Bernama yang menyiarkan berita terkini seorang pelajar pondok sanggup menjalani hukuman penjara atas kesalahan tidak memakai topi kledar ketika menunggang motosikal kerana berpegang kepada prinsip.
Ahmad Nasir Darus, 28, pelajar dari Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, memilih untuk menjalani hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret, walaupun beliau diberi pilihan membayar denda RM90 kerana didapati bersalah atas pertuduhan itu.
Itulah sifat cekal seorang anak muda yang berpegang kepada prinsip hidup yang tidak kental pada ugutan dan cabaran yang sukar ada pada orang lain. Penulis bukan mahu mempersoalkan keputusan hakim menjatuhkan hukuman ke atas pesalah jalan raya itu kerana dikhuatiri boleh menghina mahkamah, Cuma kita teringatkan bahawa kebanyakan daripada kita pantang diugut, dicabar walaupun terkena percikan semburan air FRU, terus cair. Jiwa istiqamah ini patut ada pada setiap umat Islam yang benar-benar berjuang kerana Allah.
Mungkin ada alasan yang hendak dipertahankan remaja terbabit menyebabkan dia tidak mengaku salah di mahkamah kerana tidak memakai topi keledar sewaktu memandu yang digantikan dengan memakai serban. Tetapi oleh kerana undang-undang mengcualikan peraturan penggunaan topi keledar hanya bagi pak lebai haji dan sikh, maka mahu tak mahu peraturan itu terpakai. Bagaimanapun, pihak berkuasa yang diwakali anggota polis, mempunyai budi bicara sebelum mengambil tindakan terhadap seseorang pesalah berasakkan kepada logik akal kerana hamba Allah itu dalam keadaan ingin menunaikan ibadah kepada Allah, bukannya golongan mat rempit yang mengambil kesempatan lumba haram waktu umat Islam solat Jumaat misalnya.Mungkin kerana itulah, remaja itu tidak mengaku salah dan menggunakan khidmat peguam untuk mempertahankan hujahnya, tetapi undang-undang tidak memihak kepadanya.
Mengikut laporan berita itu, sewaktu Ahmad Nasir dibawa ke kenderaan polis untuk dihantar ke penjara, kira-kira 100 pelajar pondok itu melaungkan "Allahuakbar" beberapa kali dan disusuli bacaan doa.
Dia telah disaman kerana menunggang motosikal pada 6.30 petang 20 Sept 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar, dan sewaktu dihadapkan ke mahkamah pada 4 Nov 2007, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Pertuduhan yang dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta sama, memperuntukkan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Moral stori daripada laporan ini penulis tertanya-tanya diri sendiri berapa kerat manusia yang sanggup berpegang kepada prinsip seperti Ahmad Nasir itu yang sanggup menjalani hukuman penjara dua hari walaupun dia diberi pilihan membayar denda hanya RM90?
Dalam perkembangan terbaru, Berita Harian melaporkan, Polis akan meminta Pejabat Peguam Negara menentukan sama ada pelajar sekolah agama yang berserban ketika menunggang motosikal boleh dikecualikan daripada dikenakan tindakan lalu lintas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata demikian diminta mengulas mengenai kes seorang pelajar sekolah agama itu yang disaman polis September lalu, terhadap kesalahan tidak memakai topi keledar kerana berserban.

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..bile terbaca apa yg ditulis dlm blog ini terdetik rasa bersyukur kerana masih ada lgi remaja yg semangat n keteguhannya tidak dapat dipatahkan krna mmpertahankan sunnah seperti ahmad nasir ini,cume apa yg pelik bin ajaibnya adalah terdapat warga sikh yg remaja yg juge memekai serban tpi knapa tidak diambil tindakan seperti ahmad nasir itu? jika pihak polis mahu benar2 melaksanakan undang2..

amir mushiy ismail said...

itu la orang kita...bila ada kematian/halau hantu cari budak-budak pondok baca yassin. sebab tak letak al-quran dan as-sunnah lah yang jadi macam nie...masalahnya semua berdiam diri..baik pembangkang atau pemimpin..isu nie sekejap saja...tak ada follow up ke??