Sunday, November 30, 2008

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU UJI SEMANGAT UMNO DAN KEKUATAN PAS




WALAUPUN gendang belum dipalu oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) sebagai tanda pengisytiharan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, namun suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam tempoh 60 hari berkuatkuasa semalam (29 November 2008) kedua-dua parti, Umno dan Pas akan berentap sekali lagi dalam satu pilihan raya.
Ini berikutan kematian Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Razali Ismail selepas terjatuh ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IMB), Genting Highland, semalam.
Yang jelas pilihan raya itu akan menguji semangat Umno dan kekuatan Pas selepas mereka menghadapi pertarungan sengit pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) Mac lalu.
Penulis sengaja memberi contoh kedua-dua parti itu saja, iaitu Umno dan Pas, kerana jika adapun calon parti lain yang bertanding, ia dianggap tidak semeriah kedua-dua “musuh tradisi” itu.
Apa tidaknnya, pilihan raya itu akan menyaksikan sama ada Umno atau BN masih dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu, manakala Pas pula mampu membolosi kubu pertahanan itu.
Kenyataan itu ada asasnya kerana ketika ini Umno sedang menghadapi kemelut dalaman parti yang hebat di saat-saat tempoh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak menjelang Mac depan dan pada masa sama perhimpunan agung parti.
Manakala Pas pula dilihat akan mengukur kekuatannya selepas pilihan raya umum lalu, berikutan mengalami kekalahan tipis di tangan BN.
Penulis tidak mengambil kira kedudukan pengundi kawasan itu bagi membuat ramalan tentang peluang kemenangan parti yang bertanding kerana ia perlu kepada penelitian terperinci.
Apapun yang jelas, pada PRU lalu calon BN, Allahyarham Razali memperoleh 628 majoriti undi mengalahkan pencabar terdekatnya, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu. Pada pilihahan raya itu, Allahyarham Razali mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad mendapat 31,934 undi, dan calon bebas pula 685 undi.
Tanpa mempersoalkan siapa calon, pilihan raya kecil kali ini menjadi lebih sengit, terutama apabila melihat inilah pilihan raya lecil pertama selepas pilihan raya umum lalu, walaupun ada beberapa wakil rakyat meninggal dunia sebelum itu.
Ini kerana Pas hanya memerlukan lebih 600 undi saja lagi bagi membolehkannya merebut kawasan itu, manakala BN atau Umno pula dilihat hanya memerlukan mengawal jumlah pengundi yang sama untuk mempertahankan kawasan itu daripada dirampas Pas.
Persoalannya, mampukah kedua-dua parti berkenaan merialisasikan hasrat dan cita-cita masing-masing dalam menghadapi pertarungan sengit dan mencabar ini?
Perhitungan atas kertas tidak mampu mempengaruhi mana-mana pihak dalam menjawab persoalan itu tanpa berasaskan kepada perhitungan amali atau tindakan secara nyata dan jelas.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussain dalam kenyataan awalnya semalam meletakkan keyakinan kepada rakyat dalam menentukan pemilihan pada pilihan raya kecil nanti.
Beliau yakin rakyat di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dapat mengenang jasa dan pengorbanannya (Razali).
“Kita kena cari calon yang sama caliber dan dapat mengekalkan kerusi itu kepada calon BN,” katanya yang mengetahui berita kematian timbalannya itu kira-kira 15 minit selepas Razali disahkan meninggal dunia.
Hishamuddin tidak menyentuh banyak mengenai calon yang bakal diletakkan di kawasan itu dan mungkin menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan selepas Majlis Tertinggi Umno bermesyuarat nanti.
Pihak Pas juga mungkin belum dapat menentukan lagi siapa bakal calon yang akan bertanding di kawasan itu, sama ada mengekalkan calon lama, Mohamad Sabu yang tewas di tanhgan Razali pada pilihan raya umum lalu atau meletakkan muka baru. Ini bergantung keputusan mesyuarat peringkat tertinggi parti dalam tempoh terdekat ini.
Mungkin tidak pelik bagi parti pembangkang itu untuk membuat keputusan, memandangkan presidenya sendiri berasal dari Terengganu dan menjadi Pesuruhjaya Pas Terengganu, tentunya lebih ariff mengenai situasi dan keadaan sebenar citarasa rakyat negeri itu dalam memilih calon.
Dalam hal ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kira soal semangat kenegerian dalam menentukan calon, kerana parti itu lebih mengutamakan penyatuan dan pengukuhan dalam parti daripada faktor lain yang tidak menguntungkan parti.
Yang penting mereka akan memastikan mampu membolosi kubu BN yang disandangnya dalam pilihan raya umum lalu dan sekali gus menentukan kekuatannya.
Bagi Umno atau BN pula akan sedaya mungkin mempertahankan kekuatannya sama ada mampu mengekalkan kedudukan dalam saat mereka menghadapi pelbagai masalah dalaman menjelang perhimpunan agung parti Mac depan sekali gus mempertahankan imejnya kepada masyarakat umum.
Justeru, tidak keterlaluan jika pilihan raya kecil kali ini dianggap sebagai kayu pengukur untuk menentukan maruah parti yang bertanding. TAMAT







Friday, November 28, 2008

SAH PAS BERGANTUNG PADA NIK AZIZ?

PAS Kelantan di ambang kemelut baru apabila pemimpin nombor satunya, Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat, dikatakan sedia berundur jika anggota Dewan Undangan Negeri daripada Pas mengarahkan berbuat demikian.
“Kalau mereka suruh hari ini, hari ini juga saya boleh berhenti,” katanya ketika diajukan soalan. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan berhenti selagi parti menghendakinya.
Kenyataan itu terhembur keluar dari mulutnya apabila akhbar mingguan menyiarkan tajuk muka depan bahawa ada kalangan tertentu dalam parti itu mahu beliau berundur kerana masalah kesihatan yang dialaminya.
Sama ada laporan akhbar itu benar-benar terbit daripada kenyataan ahli Pas sendiri atau sengaja diada-adakan provokasi untuk menjatuhkan pemimpin itu, penulis tidak jelas, kecuali nama ahli terbabit (yang mahu beliau berundur) disiarkan dalam laporan berita yang dianggap eksklusif itu.
Menurut laporan terbaru Bernama kesan pengunduran Menteri Besar itu yang menerajui Kelantan sejak 1990, juga akan mempengaruhi sentiment penyokong tradisi Pas di Kelantan dan menggugat kedudukan parti itu.
Sebenarnya isu supaya Nik Aziz berundur daripada politik dan kerajaan ini bukanlah baru, malah ia sudah berulang kali disebut oleh pemimpin-pemimpin Umno, pantang orang tua itu masuk hospital, sama ada untuk berehat atas nasihat doktor atau mendapat rawatan kerana menghidap cirit birit. Cuma mutakhir ini, pemimpin Umno tidak mengeluarkan kenyataan apabila Nik Aziz dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor.
Ini mungkin disebabkan pemimpin Umno sendiri sedang menghadapi masalah dalaman parti berikutan kemelut yang melanda mereka kesan pilihan raya umum ke-12 sehingga menimbulkan krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Lanjutan daripada krisis itu pula menyebabkan Pak Lah merangka pelan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Mac depan.
Persoalannya, kenapa isu pengunduran itu baru sekarang digeletek ke pinggang Nik Aziz, ketika mana keadaan di ambang perlihan kuasa dan dua negara sahabat Asean, Thailand dan India sedang dalam ledakan pergolakan yang hebat.
Apakah ia sengaja ditimbulkan untuk mengalih pandangan dan perhatian umum terhadap politik dalaman Umno atau sengaja ingin mewujudkan kemelut baru dalam Pas sendiri yang dilihat semakin kukuh dengan bantuan parti-parti dalam Pakatan Rakyat?
Ketika menemubual Nik Aziz dalam wawancara eksklusif dengannya sebelum ini, beliau pernah menyatakan kepada penulis bahawa beliau tidak mungkin boleh menongkat langit atau menerajui kerajaan negeri selama-lamanya, tanpa diserahkan kepada penggantinnya.
Ketika disoal siapa bakal penggantinnya, Nik Aziz tidak pernah menyatakan atau membayangkan sesiapa yang bakal menggantikannya, Cuma memberi contoh ketika zaman kepimpinan Datuk Asri (Presiden Pas) ramai yang tertanya-tanya siapa yang bakal mengambil alih tempatnya jika Asri tidak lagi memimpin parti itu, sama ada melepaskan jawatan kerana uzur. Ramai yang tidak nampak.
Tetapi, menurutnya, apabila keadaan menjadi kenyataan, Asri sudah tiada lagi dalam kepimpinan Pas, parti itu tetap subur malah semakin segar, terutama di Kelantan sehingga beberapa kali rebah bangun dalam pilihan raya di bawah kepimpinannya.
Soal nama calon yang disebut-sebut sebagai penggantinnya, seperti Ahli Exco Kanan, Datuk Husam Musa, Nik Mohd Amar Abdullah dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yakub, hanya sebagai sepekulasi semata-mata.
Nama-nama itu disebut-sebut sebagai test market dan strategi pihak musuh politiknya untuk melihat siapa yang melenting di kalangan mereka jika nama mereka dikaitkan dengan jawatan nombor satu dalam kerajaan Kelantan itu.
Tetapi seperti yang kita maklum, orang Pas tidak mudah melenting walaupun tidak dapat dinafikan dalam hati ada menyimpan rasa tersembunyi, tetapi mereka tidak cepat mengeluarkan kenyataan media yang boleh mengeruhkan keadaan.
Malah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub sendiri ketika ditemubual penulis dalam wawancara eksklusif dahulu, awal-awal lagi menyebut beliau tidak mengidam untuk menjawat jawatan Menteri Besar menggantikan Nik Aziz. Katanya, itu bukan menjadi agenda pentingnya, cuma apa yang penting beliau ingin berkhidmat kepada parti yang menjadi wadah perjuangan pemimpin-pemimpin sepertinya dalam Pas.
“Saya tidak pernah mimpi nak jadi MB,” kata Ahmad secara terus terang ketika diajukan soalan itu.
Setakat ini penulis belum sempat untuk menemuramah Husam dan Nik Amar untuk mendapat komen berhubung nama mereka disebut-sebut sebagai pemimpin pelapis yang akan mengganti tempat Nik Aziz jika beliau bersara daripada jawatan itu.
Nik Aziz ketika diasak pertanyaan bakal penggantinnya bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin-pemimpin muda sekarang mempunyai karisma yang tinggi sebagai pemimpin. Menurutnya, kebanyakan pemimpin muda sekarang ini mempunyai ilmu dan menjadi pemimpin yang berkaliber jika digarapkan dalam wadah perjuangan mengikut tuntutan Islam. “Tidak ada sebab mereka tidak boleh jadi pemimpin”.
Bagi penulis, Nik Aziz bukan calang-calang pemimpin politik. Walaupun dia bercakap di atas politik Pas, tetapi ramai kalangan pendengar yang mengikuti ceramahnya tidak menganggapkan hujah yang dikeluarkan itu sebagai orang politik tetapi sebagai ulama dan Tok Guru. Dia jarang menghentam secara terus terang pemimpin parti lawan, walaupun pemimpin berkenaan pernah mencacinya dalam majlis-majlis ceramah. Namun sindiran tajam membuatkan pendengar mudah memahami dan mengakurkan kenyataannya. Itulah kelebihan yang ada pada pemimpin yang digelar ulama itu.
Mungkin disebabkan factor itulah, ramai yang beranggapan kekuatan Pas terletak pada kepimpinan Nik Aziz, yang memang terkenal sebagai pemimpin yang bersifat suka merendah diri dan tidak berprotokol walaupun berada di puncak kehormatan sebagai ketua kerajaan dan parti. Pernah beliau sendiri mengangkat dulang untuk menghidangkan air minuman berserta jagung rebus ketika penulis berkunjung ke rumahnya bersama seorang rakan setugas ketika berkhidmat sebagai wartawan sebuah akhbar arus perdana.
Seorang penyokong Pas dari Sarawak, sengaja datang ke Kota Bharu bersama keluarga kerana ingin mengenali rumah Menteri Besar Kelantan yang difahamkan seperti rumah orang kampung biasa dan sengaja tidak tinggal di kediaman rasminya di JKR 10.
“Tak dapat naik rumah dan jumpa dengannya pun saya sudah berpuas hati melihat keadaan rumah Tok Guru ini,” kata pelawat dari Sarawak itu kepada saya walaupun tidak sempat menemui Nik Aziz selepas menunaikan solat Asar berjemaah yang diimamkannya.
Pada masa sama juga kebetulan penulis turut berkunjung ke rumahnya sambil membawa mockup akhbar yang akan diterbitkan untuk ditunjukkan kepadanya selain untuk mendapat restu niat saya meneruskan perjuangan dalam dunia persuratkhabaran ini. Saya sendiri menghormati beliau sebagai Tok Guru dan bukan sebagai pemimpin politik, sebab itu banyak bahan ceramah politik yang saya ikuti, saya jadikan pegangan dan amalan saya.



Saturday, November 22, 2008


Sembang tengah malam: CADANGAN SYED HAMID PENULIS BLOG WUJUD KOD ETIKA ADA KEWAJARANNYA

MEMBACA laporan dalam portal Bernama mala ini, saya sebagai penulis yang baru berjinak dengan penulisan laman blog berasa teruja untuk turut melontar pendapat berhubung cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mencadangkan supaya penulis blog mempunyai kod etika sendiri, bagi memastikan penulis blog bertanggungjawab dengan apa yang ditulisanya.
Berdasarkan kenyataan itu, wujud kewajaran yang tidak boleh dipersoalkan umum, kerana tanpa adanya kod etika dalam apa profesyen sekalipun, sama ada secara sedar atau tidak, seseorang itu boleh trrgelincir dari apa yang dikatakan peraturan dan undang-undang negara.
Umum mengetahui blog adalah suatu kaedah baru dalam penyebaran maklumat maya secara percuma. Walaupun ia merupakan suatu catatan si penulisnya, mengikut takrif yang diberikan oleh bekas Ketua Pengarang NSTP, Datuk A Kadir Jasin, ia mempunyai risiko yang tinggi jika disalahgunakan, terutama ketika mana teknologi maklumat menguasai masyarakat berilmu dalam era dunia tanpa sempadan ini.
Juga hasil perbualan saya dengan seorang tokoh veteran politik dan ahli koporat terkenal yang telah bersara, Datuk Hassan Harun, ramai rakyat negara ini mendapat maklumat daripada bahan-bahan melalui internet, termasuk penulisan blog yang dihidangkan secara percuma. Malah, peratusan pengaruh masyarakat pembaca melalui kemudahan teknologi moden kini semakin tinggi dan meluas, berbanding sebelum ini. Perkembangan ini amat menggalakkan ketika mana kerajaan melahirkan masyarakat berilmu dan celik IT.
Beliau menarik perhatian, masyarakat pembaca lebih pantas menerima maklumat daripada sumber-sumber `soft copy'’ (bahan bacaan elektronik) berbanding `hard copy’ (bahan bercetak) terutama di kalangan masyarakat kini sudah mampu memiliki komputer sendiri dan tidak ramai yang bergantung kepada `ciber cafe’, terutama pelajar di peringkat menengah atas (universiti). Ini kerana peralatan canggih itu kini tidak lagi dianggap bahan mewah, malah dianggap bahan perlu yang wajib ada pada setiap pelajar di peringkat itu. Ini selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi menggalakkan pelajar menggunakan alat itu sebagai alat pembelajaran mereka. Lantaran itu, tidak hairanlah kerajaan menghabiskan wang berbelion ringgit untuk menyediakan komputer riba kepada guru di sekolah sebagai alat pembelajaran di sekolah. Malah, guru yang tidak mahir dalam penggunaan alat itu diarah belajar untuk mendalami ilmu itu.
Hassan menambah, sebagai bukti keberkesanan IT kepada industri pembacaan ini, kekalahan BN dalam pilihan raya ke-12 baru-baru ini, adalah kesan penyaluran maklumat yang luas melalui interet, terutama dengan banyaknya wujud laman-laman blog oleh penulis lama dan baru, sama ada yang terkenal atau tidak terkenal sehingga perkembangannya tidak terkawal.
Bagaimanapun, kita difahamkan ada di kalangan laman blog yang mengandungi bahan-bahan penulisan yang tidak bertanggungjawab dalam sesuatu isu, yang boleh mengelirukan pembaca.
Mungkin atas dasar itulah, Syed Hamid sekaku menteri bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan negara membuat cadangan supaya penulis blog juga mempunyai kod etika tersendiri, supaya bertanggungjawab terhadap tulisannya, sebagaimana kod etika di bidang kewartawan.
Kita bimbang wujudnya ramai penulis blog yang tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam, kerana wujudnnya penyebaran maklumat palsu dan sesuatu niat yang tidak baik untuk kepentingan peribadi pihak tertentu, seperti membabitkan isu pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaaribuu.
Saya berpendapat, satu makanisma perlu diwujud dan dicari bagi mencari kaedah dan kata sepakat antara pihak kerajaan, khasnya KDN dengan penulis-penulis blog yang ada di seluruh negara.
Dengan lain perkataan, kenyataan Syed Hamid itu perlu diambil perhatian oleh semua pihak dan tidak harus menganggap satu telahan biasa untuk mencari publisiti murahan.
TAMAT


Sembang Pagi: “SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT”











MEMANG seperti dijangka. Apa sangatlah yang boleh diperkatakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam menangani isu pertandingan Ketua Pergerakan Wanita Umno antara penyangdangnya, Tan Sri Rafidah Aziz dengan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
“Kalau nak bertanding…tandinglah dengan cara baik”, jangan guna politik wang dan biarlah ahli Umno yang menentukan, itulah sepotong ayat Pak Lah yang dipetik dari laporan portal Berita Harian pagi tadi.
Sebagai orang tua yang mahu menyelesaikan sesuatu isu dalam rumah tangga, Pak Lah kena ambil sikap berkecuali dan berlembut dengan anak-anak buahnya. Dia mesti mengambil jalan tengah walaupun dalam hati kecilnya tetap mempunyai rasa lebih kasih sayang antara dua anaknya itu atau ada sesuatu strategi politik.
Mengunjungi laman web Berita Harian dan Utusan Malaysia Online, selepas Subuh tadi, kedua-dua portal itu memaparkan tajuk yang hampir sama, iaitu Pak Lah menasihatkan pergerakan Wanita supaya jika ingin bertanding merebut jawatan dalam parti hendaklah cara yang baik.
Melihat kenyataan itu, penulis teringat amalan kebiasaan orang tua kita apabila anaknya bergaduh dalam perebutan harta. Mereka akan menasihatkan kedua-dua pihak anaknya yang bertelagah supaya selesaikan dengan cara baik. Walaupun dalam keadaan terketar-ketar kerana orang tua itupun dalam keadaan uzur lantaran usia yang meningkat dan sedang sakit, orang tua tetap mengeluarkan nasihat.
Soal dengar atau tidak nasihat itu terpulang kepada kedua-dua anak terbabit. Tugas orang tua tetap memberi nasihat selagi dia boleh bercakap dan tidak nazak.
Demikianlah juga dengan Pak Lah, walaupun beliau dalam kemelut menghadapi saat-saat tempoh pelan peralihan kuasa dan seribu satu macam persoalan menggelodak dalam kepalannya, namun beliau tetap menasihati anak buahnya dalam Umno.
Sebenarnya masa sudah terlambat untuk sesiapa sahaja menasihatkan kedua-dua pemimpin utama dalam pergerakan itu untuk mengelakkan daripada bertanding merebut jawatan tertinggi dalam sayap kiri parti itu.
Sekarang, kedua-dua pihak sudah membuat keputsan muktamd, tiada siapa yang dapat menghalangnya selagi perlembagaan parti membenarkan, sebab itu Pak Lah hanya mampu berkata-kata: “Kalau nak bertanding…tandinglah dengan cara baik, jangan guna politik wang dan biarlah ahli Umno yang menentukan..”.
Malah, Datuk Seri Najib sendiri sebelum ini pernah menasihatkan pergerakan itu supaya menyelealaikan masalah itu dengan cara baik, mengikut peraturan dan dibenarkan oleh perlembagaan parti.
Melihat dari jauh kenyataan Pak Lah ketika berada dalam lawatan luar negara di Uzbekistan, seolah-olah melihat sesuatu yang mampu ditangani apabila beliau pulang ke tanah air nanti untuk menyelesaikan kemelut pergerakan itu.
BeIiau berjanji akan menemui kedua-dua pemimpin itu sebalinya dari lawatan berkenaan. Bagaimanapun, sebelum Pak Lah menjejakkan kakinya ke tanah air, Shahrizat sudahpun membuat pengumuman dan keputusan untuk mencabar ketuannya, Rafidah dan Rfidah pula menyahut cabaran Shahrizat.
Urutan peristiwa perjalanan mood politik Wanita Umno memperlihatkan suatu kecenderungan baru apabila banyak bahagian masih mencalonkan nama Shahrizat sebagai calon Ketua, sedangkan pergerakan itu sudah membuat keputusan jawatan itu tidak akan dipertandingkan kerana mereka sudah bersetuju dengan pelan peralihan kuasa yang ditetapkan.
Ini bermakna, pergerakan itu mengingkari keputusan yang dibuatnya sendiri dan melanggar apa yang dikatakan “perjanjian meja bulat”.
Dalam perjanjian itu, Rafidah akan menyerahkan jawatannya sebagai Ketua kepada Shahrizat pada Jun tahun depan, iaitu tiga bulan selepas pemilihan parti Mac depan. Mungkin ada kalangan pemimpin pergerakan yang tidak bersetuju dengan pelan itu, malah ada yang tidak hadir dalam mesyuarat itu sebagai tindakan membantah keputusan berkenaan, terutama Datuk Kamalia Ibrahim, satu-satunya calon Naib Ketua Wanita yang menang tanpa bertanding jawatan itu.
Mungkin ramai yang beranggapan kelebihan yang diperolehi Kamalia inilah yang mengundang perubahan fikiran yang mendadak buat Shahrizat untuk bertanding jawatan Ketua dan menentang Rafidah dengan mengepikan segala keputusan mesyuarat sebelum ini.
Inilah yang dikatakan politik, boleh berubah bila-bila masa. “Nama lagi politik….” Inilah ayat yang biasa didengari daripada masyarakat umum apabila berbicara soal kerenah politik, termasuk politik dalaman parti.
Ini sekali gus mengingatkan saya terhadap lagu yang didendangkan penyanyi era 80-an Shidi, iaitu “Sayang Semuanya Sudah Terlambat”.
TAMAT




Thursday, November 20, 2008

Sembang petang:TEKA TEKI RAFIDAH DAN SHAHRIZAT TERJAWAB






TEKA teki yang menyelubungi dua pemimpin wanita yang menjadi sayap kiri Umno, iaitu Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil, terjawab apabila orangkuat nombor dua wanita itu mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menentang ketuannya pada pemilihan parti Mac ini.
Pengumuman yang dibuat melalui kenyataan tiga pernggan kepada media petang ini menamatkan spekulasi sama ada Wanita Umno akan megekalkan keputusan persetujuan dalam pelan peralihan kuasa Jun tahun depan.
Keputusan yang dibuat Shahrizat itu barangkali menepati kehendak ahli di peringkat akar umbi yang mahu perubahan pucuk pimpinan sayap kiri Umno itu selaras dengan perubahan pucuk pimpinan Umno induk, berikutan pelan peralihan kuasa daripada Datuk Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Najib, Mac ini.
Ini juga kesan daripada sikap Rafidah yang tidak mengindahkan cadangan Shahrizat supaya Wanita Umno mempercepatkan pelan perlihan kuasa dari Jun kepada Mac depan selaras dengan jadual perhimpunan agung parti.
Senario ini memperlihatkan bahawa pemimpin parti politik tidak boleh dipercayai, walaupun keputusan sudah dibuat dalam mesyuarat meja bulat, tetapi ia boleh berubah bila-bila masa.
Dengan keputusan itu juga bermakna akan member laluan kepada satu-satunya saingan Shahrizat bagi jawatan Naib Ketua, iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.
Kamilia sebelum ini telah berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno.
Penulis berpendapat, kerusi Wanita Umno akan menjadi panas, dan mungkin ia sepanas kerusi sayap kanan Umno, iaitu Pemuda yang menyaksikan pertandingan sengit antara Datuk Mukhriz Mahathir dengan penyandang Ketua, Khairy Jamaluddin.
Kita juga tertanya-tanya, bolehlah kemelut Wanita ini mencapai kata sepakat dan diselesaikan sebelum pemilihan nanti dan siapakah yang mampu menjadi orang tengah untuk menyelesaikannya,.
Presiden Umno, Datuk Abdullah Ahmad sendiri ketika berada di Uzbekistan kerana lawatan rasmi berkata, beliau akan menemui pimpinan wanita bagi membantu menyelesaikan kemelut pergerakan itu.
Bagaimanpun, sebelum Pak Lah menjejakkan kakinya di tanah air, Shahrizat sudahpun membuat keputusan bahawa beliau tetap menentang Rafidah pada pemilihan parti Mac ini.
TAMAT

Sembang pagi: KENAPA TIMBALAN,NAIB PRESIDEN SAJA DISIASAT?






“Assalamualaikum Haji,….baca tak tajuk muka depan Berita Harian hari ini?..”, pagi-pagi lagi rakan lama menganggu saya menerusi telefon mudah alih ketika saya sedang khusyuk melayari internet selepas solat Subuh di surau sebelah rumah sebenar tadi.
Seperti biasa, selepas subuh saya sentiasa melayari internet untuk melihat tajuk-tajuk utama akhbar dan laporan terkini Bernama melalui portal masing-masing sebelum mandi dan solat dhuha.Trend inilah menyebabkan saya tidak begitu berminat untuk mendapatkan akhbar percuma yang dihadiahkan majikan seumur hidup selepas bersara 2004 lalu.
Memanglah secara kebetulan, ketika rakan lama itu menelefon, skrin komputer riba saya memaparkan tajuk depan utama portal Berita Harian ialah: “Calon timbalan, naib presiden disiasat”. Di bawah tajuk itu terdapat tajuk kecil “Lembaga disiplin Umno mula kumpul bukti”.
Selepas 186 bahagian selesai mengadakan mesyuarat 9 November lalu, perebutan jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan tiga pejuru membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mendapat 92 pencalonan, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (48) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (45).
Lapan calon pula layak bertanding Naib Presiden, iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang memperoleh 148 pencalonan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (103), Datuk Shafie Afdal (82), Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin (79), Datuk Seri Hamid Albar (32), Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (27), Tan Sri Isa Samad (26) dan Datuk Seri Dr Rais Yatim (26).
Dalam hati saya terdetik, barangkali inilah yang hendak diberitahu oleh rakan lama saya itu, mungkin niatnya sama dengan apa yang terdetik dalam hati saya.
Laporan Berita Harian itu memetik suatu sumber yang memberi maklumat bersandarkan kepada kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Tengku Ahmad Rithauddeen yang menyatakan pihaknya sedang mengumpul bukti menyiasat aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan calon yang bertanding, termasuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada Mac depan.
Calon terbabit sudah dikenal pasti dan Lembaga Disiplin kini sedang mengumpul maklumat serta bukti berkaitan aduan berkenaan.
Dalam hati saya terdetik lagi, sama ada calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden saja yang disyaki terbabit dalam kes itu. Bagaimana dengan calon nombor satu Presiden? Apakah calon Presiden bebas dari sebarang siasatan atau aduan kerana menang tanpa bertanding dalam pemiulihan nanti. Apakah beliau mempunyai imuniti kerana satu-satunya calon Presiden, kerana terbukti bersih dari segala aduan salah laku parti kerana sudah dipilih sebulat suara oleh perwakilan dalam mesyuarat bahagian sebelum ini. Hanya Bahagian Gua Musang, terkecuali yang mencalonkan ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah yang kini terkontang-kontang berputih mata seorang diri.
Tengku Razaleigh tidak layak bertanding kerana tidak cukup kouta yang disyaratkan Perlembagaan Umno di mana calon Presiden sekurang-kurangnnya mendapat 58 pencalonan dari Bahagian.
Pada saya, suwajarnya, semua pihak yang bertanding dalam pemilihan Umno mesti disiasat kerana berdasarkan kenyataan daripada beberapa pemimpin Umno sendiri, termasuk calon Naib Presiden, seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim yang membayangkan amalan rasuah dan politik wang menjadi-jadi dalam politik Umno, malah sudah menjadi barah yang sukar diubati.
Malah rata-rata pemimpin Umno, termasuk calon yang bertanding sendiri menyuarakan tentang kebimbangan mereka terhadap politik wang dalam pemilihan kali ini.
Lebih melucukan lagi apabila Dr Rais dalam kenyataan pernah mencadangkan supaya jawatan tertinggi dalam parti dipertandingkan secara tender terbuka. Ini bermakna siapa yang ada wang boleh bertanding dan memegang jawatan dalam parti.
Kenyataan Dr Rais itu mendapat reaksi yang berbeza di kalangan pemimpin politik lain, termasuk bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kasim sendiri yang dikatakan menawarkan RM1 tender kepada Dr Rais sebagai membalas kenyataan yang dianggap sinis itu.
Sama ada serius atau suatu gurauan kenyataan Menteri Luar yang bertanding jawatan Naib Presiden Umno itu adalah suatu hakikat yang diakui oleh ahli Umno bahawa penyakit politik wang dan penyalahgunaan kuasa dalam parti itu sekarang semakin parah dan ibarat barah yang sukar diubati.
Kesan daripada itulah menyebabkan timbul kriris keyakinan terhadap pemimpin, terutama Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri sehingga memaksanya merangka pelan peralihan kuasa dan melepaskan jawatan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib yang bebas daripada siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa itu.
Perkembangan terbaru yang dipetik daripada portal Berita Harian petang ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam enggan mengulas laporan mengenai tindakan Lembaga Disiplin Umno mula menyiasat aduan rasuah calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno.


TAMAT

Wednesday, November 19, 2008

"ANTARA AIR MATA NIK AZIZ DAN KERIS HANG TUAH"




SEORANG pemerhati politik dari luar Kelantan berpendapat, air mata Nik Aziz lebih bisa daripada mata keris yang dihunus oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Hussein, ketika Perhimpunan Pemuda yang menimbulkan kontroversi.
Beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya ke-12 yang menyaksikan Umno mengalami kekalahan teruk sehingga menimbulkan krisis keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah ada yang berpendapat, anak Kelantan di perantauan yang pulang untuk mengundi dalam pilihan raya itu yang menaiki bas rombongan yang ditaja Umno berpaling tadah menyokong Pas apabila melihat poster gambar Nik Aziz berdoa dengan linangan air mata.
Pemerhati politik itu berpendapat demikian berpandukan kepada poster kempen pilihan raya umum itu yang menunjukkan linangan air mata Nik Aziz ketika berdoa di majlis munajat yang menghimpunan ribuan rakyat Kelantan, terutama penyokong Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya 8 Mac lalu.
Mereka juga berpendapat poster itu jugalah sebagai penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat sehingga mampu merangkul lima negeri dan mengekalkan Pas di Kelantan.
Negeri-negeri itu, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Walaupun sudah azam yang tersemat di sanubari parti pembangkang untuk mengubah tampuk pemerintahan negara pada pilihan raya itu, namun di kalangan penyokong dan pemimpin parti pemerintah tidak terfikir kelima-lima negeri yang menjadi kubu tradisi BN boleh jatuh ke tangan pembangkang.
Walaupun penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh menerima, tetapi itulah hakikatnya apa yang berlaku dalam senario politik politik ketika ini, yang menuntut parti yang menjadi tulang belakang kerajaan yang merintah hari ini bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan yang ada pada mereka.
Bukan masannya lagi untuk mereka mempersenddakan amalan-amalan yang ada kaitan dengan agama, termasuk bermunajat seperti itu, kerana usaha itu boleh mendekatkan umat manusia kepada Allah.
Sebagai orang Islam kita kena percaya kepada ketentuan Allah yang menghendaki sesuatu di atas kejadiannya. Tiada kuasa yang boleh dilakukan selain atas kehendak dan iradahNya.
Penulis teringat sewaktu menadah kitab dengan pendakwah bebas, Dr Abdullah Yasin, di Ibu Negara baru-baru ini, bahawa iradah atau kemahuan itu ada dua, iaitu iradah kawniyyah (kemahuan kejadian) dan iradah syariyyah (ketentuan Allah). Kemahuan kejadian bergantung kepada kemahuan manusia yang berpandukan hidayah Allah, manakala iradah Syariyyah (ketentuan Tuhan) bergantung sepenuhnya kepada kekuasaan Allah yang tiada siapapun yang boleh menghalangNya.
Justeru, keputusan pilihan raya itu dan kesannya kepada senario politik Umno sekarang menyebabkan Datuk Seri Abdullah terpaksa merangka pelan peralihan kuasa jelas sebagai bukti dakwaan pemerhati politik dari luar Kelantan itu yang menterjemah kedudukan politik negara ketika ini sedikit sebanyak berpunca poster Nik Aziz yang sedang berdoa sambil menitiskan air mata dengan gambar Datuk Seri Hishamuddin menghunuskan keris Umno yang menimbulkan kontroversi itu.
TAMAT.

DISKAUN PLUS UNTUK MEMENANGI HATI PEMANDU?

SELEPAS kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak, semalam, Plus Expressways Bhd (PLUS) mengambil langkah menawarkan diskaun 10 peratus kepada pemandu kenderaan yang menggunakan perkhidmatan lebuh raya itu.
Mungkin banyak persoalan timbul di sebalik tindakan pihak PLUS itu, sama ada menyokong usaha kerajaan ke arah meringankan beban rakyat selaras dengan penurunan harga bahan api itu atau sengaja mencari publisiti di saat rakyat sedang menyaksikan perubahan-perubahan drastik di era peralihan kuasa Perdana Menteri, daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak. Mungkin ada yang tersirat di sebalik apa yang tersurat itu, tiada siapa yang tahu kecuali pihak berkenaan.
Tetapi daripada reaksi yang ditunjukkan oleh beberapa pemandu di kawasan Utara, seperti yang dilaporkan akhbar menunjukkan ada suara-suara sumbang tidak puas hati dengan pengumanan yang diharap boleh mengembirakan pengguna lebuh raya itu.
Mereka seolah-olah mempertikaikan keikhlasan hati PLUS yang mengendalikan perkhidmatan konsasi lebuh raya itu, kerana memperlihatkan tidak memberi manfaat menyeluruh kepada pemandu kenderaan kerana kadar diskaun itu hanya dihadkan pada masa-masa tertentu iaitu dari jam 12 malam kepada 7 pagi sahaja.
Malah seorang pemandu berpendapat, langkah PLUS itu boleh mengundang kemalangan jalan raya, kerana kebanyakan daripada orang ramai yangselalu menggunakan lebuh jalan raya pada waktu itu sedang tidur.
Seorang pengguna jalan raya berpendapat, kalau PLUS bercadang hendak menurunkan kadar tol lebuh raya untuk meringankan beban pengguna turun terus tanpa menghadkan tempoh masa tertentu. Mereka menyifatkan langkah yang diambil pihak berkenaan itu agak pelik.
PLUS semalam, mengumumkan semua pengguna kenderaan ringan yang melalui lebuh raya PLUS antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati 10 peratus diskaun tol.
Diskaun itu merupakan salah satu insentif yang diperkenalkan melalui Program Insentif Perjalanan PLUS bermula 1 Januari tahun depan hingga 31 Disember 2010.
Sepatutnya PlUS memberikan tawaran diskaun tersebut pada waktu bekerja kerana ramai menggunakan lebuh raya pada masa tersebut untuk berulang-alik dari tempat kerja.
''Tawaran PLUS ini hanya akan menyusahkan pengguna kerana mungkin ada pengguna sanggup pulang lewat atau pergi kerja lebih awal semata-mata ingin berjimat " kata seorang pengguna.
Memanglah, jika PLUS benar-benar ingin menyokong usaha kerajaan dalam usaha meringankan beban kerajaan kesan kenaikan harga minyak dan barangan, pengendali konsasi lebuh raya itu perlu mengambil sesuatu tindakan yang menyenangkan hati rakyat, khasnya pengguna. Bukan dilihat hanya sebagai mencari publisiti ketika kerajaan meuwar-uwarkan supaya peniaga turut menurunkan harga barangan, selaras dengan penurunan harga minyak di pasaran global.
Justeru itu, ada pihak yang menganggap langkah PLUS itu tidak praktikal, malah ia dilihat lebih menyusahkan rakyat dan pengguna.
Ini kerana, untuk menjimatkan perbelanjaan mereka terpaksa memandu kenderaan selepas tengah malam untuk mengurangkan beban kos bayaran tol lebuh raya. Dengan lain perkataan langkah yang diambil pihak berkenan itu tidak memberi kesan.
TAMAT





Tuesday, November 18, 2008

SERIUS: PENURUNAN HARGA MINYAK UJI KESETIAAN PENIAGA





BUAT kali kelima harga minyak telah turun pada paras biasa mulai hari ini (17 November) selepas mengalami lonjakan kenaikan yang begitu mendadak kesan kenaikan harga bahan bakar itu di peringkat global.
Ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Dan tanpa di pengaruhi oleh sentiment politik kepartian dan emosi, ia harus disyukuri oleh semua pihak.
Yang pastinnya dari segi politik apa yang berlaku ini dilihat sebagai `bonus’ kepada Datuk Seri Najib Razak yang bakal mengambil alih kuasa daripada Datuk Seri Abdullah yang dijadualkan Mac depan, memberi kesejukan hati kepada rakyat, khasnya pengguna, khasnya pemilik kenderaan .
Namun ia sekaligus menimbulkan rasa sedikit terkilan kepada Pak Lah ianya tidak berlaku dalam masa kekalutan krisis keyakinan kepemimpinan yang sedang memuncak, yang menyebabkan beliau terpaksa merangka pelan peralihan.
Walaupun krisis keyakinan itu bukan berpunca dari faktor minyak semata-mata, namun sedikit sebanyak khalayak menganggap kerajaan di bawah kepemimpinan Pak Lahlah yang hanya memegang teraju nombor satu negara dalam tempoh sepenggal mencatat kenaikan harga minyak paling tinggi, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah era pemerintahan Tun Dr Mahathir lebih 20 tahun.
Inilah yang disebut-sebut nasib malang Pak Lah alami bertimpa-timpa sebagai ujian Allah, sejak di saat-saat awal pengalihan kuasa dari Tun Dr Mahathir, di mana beliau kehilangan isteri, Datin Seri Hindon Mahmood yang pulang kerahmatullah, hinggalah di saat akhir beliau menyerah kuasa kepada Najib.
Najib mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel berkuatkuasa hari ini, dalam sidang media di Putrajaya di mana ketika itu, Abdullah di Uzbekistan.
Harga bahan bakar itu diturunkan dari RM2.05 sen kepada RM1.90 seliter berkuasa hari ini dan ini adalah penurunan kali kelima dengan pelarasan terakhir 1 November lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.Manakala harga diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.
Harga bahan bakar itu telah dinaikkan sebanyak 78 sen sejak Jun lalu. Penurunan sebelum ini dibuat pada 23 Ogos, 24 September, 15 Oktober dan 1 November.
Ketika membuat kenyataan kepada wartawan Malaysia di Uzbekistan, Pak Lah mahu peniaga mengurangkan harga barangan dan pengguna boleh menikmati harga petrol diesel yang lebih murah di negara ini.
Masalahnya, Perdana Menteri berkata, ialah kebanyakan harga barang belum dikurangkan walaupun harga minyak di negara ini telah turun lima kali dengan yang terakhir bermula esok (hari ini).
“Apabila harga minyak turun, harga barang tidak turun. Ini yang saya tidak suka dengar,” kata Abdullah yang kini masuk hari kedua lawatan rasmi empat hari ke negara itu memberitahu wartawan Melaysia, semalam.
Benarlah seperti kata Abdullah, bahawa peniaga membuat keuntungan besar yang membebankan rakyat, manakala Kerajaan memenuhi janjinya dengan mengurangkan harga petrol di pam berikutan trend penurunan harga minyak global.
Bagi penulis, peniaga yang suka mengambil kesempatan yang tidak munasabah dalam situasi ini harus menginsafi dan bermuhasabah diri dengan kenyataan pemimpin berhubung perkara itu, tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.
Sebaliknya mereka harus mengambil kira soal ibadah, kerana perniagaan juga adalah suatu ibadah di sisi Islam dan mereka harus faham ibadah bukan sahaja mengerjakan rukun Islam yang lima, terutama solat, puasa, naik haji dan mengeluarkan zakat semata-mata, malah meliputi luas daripada itu.
Di manalah letaknya kesedaran mereka terhadap tanggungjawab sosial kepada masyarakat pengguna yang memiliki kuasa beli, manakala mereka pula memiliki kuasa jual , yang diibaratkan seperti aur dengan tebing saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Agama melarang amalan tamak dalam mengejar kehidupan, demi untuk mendapat keberkatan rezeki yang diperolehi hasil perniagaan.
Di sinilah masanya untuk peniaga bermuhasabah diri yang menjadikan suasana kenaikan dan penurunan harga minyak sebagai ujian Allah terhadap makhlukNya yang beriman.TAMAT

Sunday, November 16, 2008

Sembang-sembang: BAHANA APABILA SISTEM BROADBAND CELCOM BUAT HAL…

SEJAK dua hari lalu saya seperti kucing jatuh anak yang baru dilahirkan apabila tidak dapat melayari internet menerusi komputer riba menggunakan sistem pengaksesan tanpa wayer atau broadbank Celcom yang menghadapi masalah networknya.
Banyak idea yang hendak dimuatkan untuk berkongsi matlumat dengan pengunjung dalam laman blog saya terbantut akibat gangguan itu. Pendek kata kalau seorang peniaga, saya telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit kerana masalah itu.
Walaupun ada sistem pengaksesan internet menggunakan perkhidmatan wi-fi percuma di sesetangah lokasi di Kota Bharu, tidak mungkin saya terpaksa menumpang di lokasi itu setiap kali ingin menulis atau melontarkan idea menerusi laman blog saya.
Ada dua faktor yang menyebabkan saya sakit hati terhadap Celcom akibat masalah itu; pertama tidak boleh menggunakan perkhidmatannya dengan lancar walaupun sewa bulanannya terpaksa dibayar mengikut pakej yang disediakan; kedua, menjejaskan hubungan saya dengan dunia luar, kerana internetlah satu-satunya alat perhubungan saya dengan rakan-rakan yang berada di luar kawasan.
Di sini timbul krisis kepercayaan saya sebagai pencandu internet terhadap perkhidmatan broadband Celcom ini dan jika masalah ini berterusan ia boleh menyebabkan pelanggannya berpaling tadah kepada perkhidmatan lain yang lebih efisyen, yang dikendalikan syarikat telekomunikasi lain, seperti TM, MAXIS dan sebagainya. Tidak tahulah pendapat orang lain, itu pandangan pribadi saya yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan terbaik daripada pengendali perkhidmatan broadband itu. Bagaimanapun, jika masalah ini berterusan, saya tidak menolak kemungkinan ia boleh berlaku.
Sudah beberapa kali saya cuba menghubungi pusat perkhidmatan careline bertanyakan masalah itu. Hari pertama pihak berkenaan menjawab masalah itu dijangka dapat dipulihkan jam 3 petang. Selepas jam 3 saya menghubungi lagi sekali setelah iannya belum dipulihkan pihak berkenaan menjawab jam 6 petang hari yang sama dijangka dapat dipulihkan. Selapas dijanjikan, saya terus mencuba beberapa kali, namun perkhidmatan masih haprak. Kali ketiga saya bertanya pihak berkenaan yang menjawab ia dijangka pulih jam 10 malam itu, tetapi setelah mencuba jam 12 tengah malam ia masih belum boleh digunakan. Habis-habis saya hanya mampu mendengar jawapan daripada suara jawapan otomatik dari perkhidmatan careline (1111) melalui telefon celular sama ada perkhidmatan broadband Celcom itu dapat berfungsi atau tidak. Saya mula berasa bosan untuk menghubungi careline, tidak sanggup bercakap secara terus dengan operator perkhidmatan pelanggan yang begitu sopan melayan panggilan. Saya sudah berasa bosan melayan kerenah berokrasi sebelum mereka menjawab pertanyaan dengan meminta disahkan maklumat pemanggil, seperti nama, nombor telefon dan sebagainya. Dalam jawapan suara otomatik itu menyebut kemungkinan percakapan pemanggil akan dirakamkan untuk tujuan peningkatan perkhidmatan. Tetapi saya terfikir, sampai bila mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan jika panggilan yang dibuat beberapa kali namun menerima jawapan yang sama. Mungkin bukan saya seorang yang menghubungi pihak berkenaan dan menerima nasib yang sama.
Harap pihak berkenaan dapat memperbaiki perhidmatan itu secara sungguh-sungguh, bukan sekadar menjawab lepas batuk di tangga sahaja. Ini kerana, untuk memberi perkhidmatan yang baik bukan pada kata-kata dan janji manis pada slogan dan cogan kata sahaja, tetapi tidak pada pelaksanaannya.
TAMAT

Saturday, November 15, 2008

Sembang petang: TUHAN BERI PILIHAN

Sewaktu mengakses internet di Taman Thema Air, Taman Indera Kota Bharu, pagi tadi saya sempat bersembang dengan pemilik warung atau lebih canggih disebut ‘cafee’ di situ mengenai kerajaan negeri buat bancian pemilik gerai yang berniaga di sekitar taman tema air itu dalam usaha menyediakan kemudahan penggunaan internet menerusi sistem jalur lebar atau broadbank wi-fi.
Sebenarnya, pada masa ini perkhidmatan Wi-Fi sudah ada di berapa lokasi atau kedai makan segera, termasuk di taman itu sendiri, tetapi langkah kerajaan itu untuk memperluaskan lagi skop penggunaannya.
Saya pantas mengalu-alukan langkah kerajaan negeri itu sambil memberi rangsangan supaya beliau turut sama menyokong usaha kerajaan negeri itu, kerana ia memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini, terutama warga Kota Bharu yang menggunakan perkhidmatan internet tanpa wayer terutama melalui komputer riba atau laptop.
“Baguslah, patut Pak Man beri sokongan ke arah usaha baik itu,” saya mencelah apabila peniaga warung cendol pulut tapai (CPT) itu menceritakan perkara itu sambil saya mengakses line internet melalui laptop yang menjadi teman hidup utama saya selepas isteri.
Cerita Pak Man itu mengingatkan saya kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains Teknologi Negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan, pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini bahawa kerajaan negeri akan menjadikan Bandar Kota Bharu sebagai bandaraya Wi-Fi tidak lama lagi bagi membolehkan rakyat menggunakan internet tanpa wayar selaras dengan arus pembangunan IT dan maklumat tanpa sempadan.
Memanglah penggunaan internet sekarang ini sudah menjadi suatu alat keperluan dan bukan lagi dianggap alat kemewahan, terutama apabila ramai kanak-kanak sekolah, terutama di peringkat menengah atas sudah mula menggunakan kemudahan itu untuk kepentingan pembelajaran mereka.
Sebelum ini, kebanyakan daripada kita menganggapkan kemudahan itu sebagai alat kemewahan sebagaimana peringkat awal perkembangan telefon talian tetap yang jarang terdapat di kampung-kampung. Kini boleh dikatakan setiap rumah memiliki telefon talian tetap atau sekurang-kurangnnya sebuah telefon mudah alih.
“Tetapi apa yang saya bimbangkan kepesatan penggunaan internet ini disalahgunakan oleh anak-anak muda kita dengan melayari laman web yang tidak berfaedah, seperti gambar-gambar yang tidak senonoh,” Pak Man memperlihatkan keraguannya dan cuba ajak berbincang mengenai isu penyalahgunaan kemudahan itu.
“Itulah sebabnya kita kena semai benih-benih keimanan dalam jiwa setiap pengguna supaya terbuka pintu hatinnya menggunakan peralatan itu dengan cara berfaedah. Bila hati sudah disemai dengan nilai-nilai keimanan dan ketaqwaan, dengan sendirinya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan itu. Sebab kita diberi pilihan, sama ada mahu kepada baik atau buruk. Dengan kata mudah, sebab itu Tuhan sediakan syurga dan neraka kepada manusia.
“Dalam internet ini ada pelbagai bahan sama ada baik atau buruk. Jika mahu baik, maka baiklah jadinya. Macamlah kita diberi pilihan membeli barangan di sebuah kedai yang menjual pelbagai barang bercampur, termasuk yang tidak halal di sisi Islam. Jika kita mahu yang halal, kita pasti memilih barangan yang halal.
Oleh kerana peralatan teknologi ini direka oleh orang bukan Islam, mereka tidak mengasingkan produknya untuk orang beriman dengan orang tidak beriman (Saya sengaja tidak menggunakan orang Islam dan bukan Islam, kerana orang Islam tidak semestinnya beriman) Mungkin suatu hari nanti, apabila kita menguasai bidang ini, kita boleh melaksanakan perkara itu,” saya berhujah panjang lebar seperti pendakwah bebas pula lagaknya.
Bercakap soal itu teringat saya kata-kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa jika hati manusia disemai nilai-nilai murni dengan iman dan taqwa, ia mudah dibentuk dan tidak mungkin melakukan perkara munkar yang dilarang Allah dan inilah yang menjadi dasar perjuangan parti yang diterajuinya.
Menurutnya, apabila hati sudah disemai dengan nilai-nilai keimanan dan ketaqwaan, manusia tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini oleh agama, seperti rasuah, mencuri, dan ini sekali gus menyenangkan tugas pihak berkuasa, termasuk polis, BPR dan sebagainya menjalankan tugas.
Beliau pernah berpendapat, bahawa tindakan dan penguatkuasaan sahaja tidak mampu menghapuskan gejala tidak sihat dalam agama, tanpa disemai dengan iman dan taqwa.
Sebagai orang Islam saya menyokong dan bersetuju benar dengan kenyataan Nik Aziz itu, bukan melihat atas sifat beliau sebagai Mursyidul Am Pas, tetapi melihat atas sifat seorang Tok Guru yang menerajui sebuah kerajaan yang berasaskan konsep membangun bersama Islam. Dan hujah demikian tidak pernah didengari dari mana-mana pemimpin parti politik lain sebelum ini.
Saya sebenarnya bukan ahli politik dan mengagotai mana-mana parti siasah, tetapi bercakap atas prinsip kebenaran sebagaimana yang menjadi pegangan saya menerusi mukaddimah dalam laman blog saya itu.
Saya juga berpegang kepada kata-katanya ketika dalam satu majlis parti ketika bertugas sebagai wartawan dahulu iaitu kita tidak boleh menggunakan istilah “tepuk dada tanya selera”. Sebaliknya ia ditukar kepada “tepuk dada tanya iman”, kerana imanlah yang menentukan segala kebaikan. Dan inilah yang menjadi dalil apabila saya berhujah dengan rakan-rakan.Wallahu A’lam.
TAMAT

Friday, November 14, 2008

Sembang petang:DALAM KEPAHITAN ADA MANISNNYA…


DALAM kekalutan fikiran lantaran sedikit masalah keluarga, saya menerima berita yang mengembirakan apabila cita-cita saya untuk memiliki permit penerbitan akhbar sendiri akhirnnya tercapai.
Ini kerana , surat yang menyatakan kelulusan permohonan bersekali dengan sijilnya sampai di rumah ketika saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menziarah keluarga.
Berita gembira itu disampaikan anak bongsu saya yang sedang menghadapi peperiksaan SPM tahun ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) Kota Bharu.
Bukan mahu banggakan diri atau angkat ekor. Anak bongsu saya itu sebenarnya salah seorang top ten dalam kelasnya dan setiap kali peperiksaan dalam kelas dan percubaan dia selalu mendapat madel dari Pengetua.
Sebaik menerima berita menggembirakan itu, hati saya berdetik mahu bertindak sesuatu sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan saya mendapat permit penerbitan akhbar itu.
Tindakan pertama saya ialah berpuasa sunat sehari sebagai tanda kesyukuran terhadap kejayaan itu.
Saya berfikir, kejayaan ini mungkin berkat dari usaha dan doa ikhlas saya untuk mendpatkan permit sendiri akibat dianiayai oleh keadaan ketika bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan akhbar mingguan yang menamatkan perkhidmatan semua kakitangannya termasuk saya kerana menghadapi krisis dengan pemilik permit akhbar berkenaan.
Selepas itu secara senyap-senyap saya berazam untuk membuka syarikat penerbitan dan memiliki permit sendiri di samping sentiasa berdoa terutama ketika beribadah sepanjang bulan Ramadhan lalu, paling terasa taqarrub dengan Allah ialah pada malam ke-27, iaitu malam yang disebut-sebut malaikat yang membawa rahmat Malam Lailatul Qadr akan turun.
Sayapun hairan, dalam mana saya tidak begitu tergolong sebagai orang yang kuat beribadah sebelum ini, tiba-tiba menjadi berubah apabila tibanya bulan Ramadhan tahun ini. Ini jelas berbeza apabila setiap malam saya penuhi ibadah dengan menunaikan solat berjemaah dan solat sunat Terawih di samping khusyuk berdoa sambil menangis sehingga ke malam akhir Ramadhan.
Perbezaan yang agak ketara pada Ramadhan tahun ini ialah saya bermurah hati untuk menolong kerajaan negeri secara sukarela menerusi MPKB-BRI dengan membuat buletin sempena program Ihya’ Ramadhan yang dikendalikan majlis perbandaran itu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).
Saya sendiri mengambil gambar dan menulis bahan-bahan dalam buletin yang dinamakan “Buletin Qaryah Ramadhan” 12 muka surat itu.
Apa yang saya dapat rasai nikmat menyiapkan bulletin dan solat sunat terawih di Qaryah Ramadhan itu ialah dapat berjemaah dengan dua imam yang dibawa khas dari Mesir, menyebabkan saya begitu khusyuk mengerjakan solat di situ.
Malah saya sanggup bangun jam 3 pagi untuk berjemaah Qiamullail berimamkan warga Mesir itu sehingga ke malam ke-27 Ramadhan itu.
Saya begitu terasa nikmat beribadah sepanjang malam di Qaryah itu seolah-olah saya bersolat di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Mungkin saya mendapat hidayah iman yang melimpah ruah. Jiwa menjadi tenteram dan hati menjadi tenang walaupun saya dalam keadaan apa yang dikatakan dalam permasalahan keluarga.
Lebih membanggakan lagi, apabila saya berbincang mengenai agama dengan pendakwah bebas terkenal di Lembah Klang, Dr Abdullah Yasin, ketika beliau mengadakan majlis ilmunya di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Kuala Lumpur (kebetulan ketika menziarah keluarga hari itu).
Beliau berpendapat di antara nikmat yang diperolehi oleh orang-orang beriman ialah mendapat limpahan rahmat iman kesan daripada Malam Lailatul Qadr. Beliau menyifatkan, perubahan yang berlaku ke atas saya sebagai limpahan dari Rahmat malam yang dikatakan lebih baik daripada 1,000 malam itu. Allahu Akbar. Sekali lagi saya mengucap syukur sambil bulu roma saya tegak berdiri seolah-olah sentuhan malaikat pembawa rahmat malam itu. Ya Rabbi.

“BASO AYAM GILA SSAKOK”


“Baso ayam gila ssakok(tabiat ayam gilakan sarang tempat bertelur walaupun sudah bertelur)", bentak seorang penyokong tegar sebuah parti pembangkang ketika bersembang mengenai suasana politik Umno semasa sebagai tanda memprotes sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kenyataannya sejak kebelakangan ini.
“Kenapa bila di luar gelanggang baru berkokok?” tanya rakannya yang sedang menikmati nasi berlauk pagi dan kopi o selepas kuliah subuh di sebuah surau hari itu.
Daripada nada perbualan mereka ternyata tidak puas hati dengan sikap bekas Perdana Menteri itu yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi suasana politik dalaman Umno dan negara.
Mereka juga menyifatkan kenyataan Mahathir seperti membuka pekung di dada sendiri, atau meludah ke langit merencik ke muka sendiri.
Mungkin ramai yang bersetuju dengan pendapat penyokong parti pembangkang itu yang tidak bersetuju dengan sikap bekas Perdana Menteri itu, seolah-olah menunjukkan beliaulah pemimpin yang bersih dalam segenap segi ketika merajui kepemimpinan negara.
Beliau harus faham, bahawa pemimpin Umno yang ada hari ini adalah golongan pelapis yang mewarisi kepimpinannya. Jika baik ditunjukkan sewaktu menerajui kepimpinan parti dan kerajaan dahulu, maka baiklah pemimpin pelapis yang diwarisinya. Sedangkan sikapnya sekarang, apabila beliau melepaskan jawatan dan berada di luar gelanggang baru Nampak segala keburukan dalam parti dan kerajaan.
Mungkin inilah ramai pemerhati politik berpendapat, kenyataan-kenyataan Mahathir cuba campur tangan dalam pentadbiran negara menjadi faktor penyumbang kepada kekalutan dalam politik dan negara sekarang.
“Lebih baik dia (Mahathir) diam lagi selamat,” kata seorang lagi penyokong parti pembangkang yang tegar dalam kumpulan itu.
Di sini, penulis dapat memahami bahawa suara-suara sumbang yang membenci sikap Mahathir bukan sahaja lahir dari penyokong Umno sendiri, malah oleh penyokong parti pembangkang.
Ini bermakna, kebencian mereka itu bukan atas sifat bersimpati kepada parti Umno, tetapi bersimpati kepada nasib politik orang Melayu yang bermusuhan sesama sendiri. Di manakah semangat kebangsaan dan ketuanan orang Melayu yang dilaung-laungkan pemimpinnya selama ini jika semangat ini tidak dipertahankan?
Nabib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga calon Timbalan Presiden dalam kenyatannya semalam menyatakan beliau malu dengan kenyataan Mahathir bahawa pemimpin Umno yang terbabit dalam politik wang dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ini kerana, kenyataan bekas Perdana Menteri itu bermakna beliau kecewa tentang apa yang berlaku dalam Umno dari kempen yang dijalankan dan amalan politik wang.
“Saya tak nak bercakap banyak pasal tu sebab saya berasa malu pasal mendedahkan kelemahan parti saya sendiri hingga media berasa "megah" melaporkan hal-hal yang tidak baik bagi parti saya," katanya dipetik daripada laporan Bernama hari ini.
Terdahulu itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Mahathir supaya jangan celupar membuat kenyataan berhubung tuduhan isu rasuah di kalangan calon yang bertanding dalam pemilihan parti Mac depan.
Menurut Nazri, tuduhan guna duit,adalah tuduhan yang serius dan tuduhan mengatakan seorang calon yang hendak bertanding terlibat dalam rasuah adalah serius.
Bagi penulis orang Melayu tidak harus bangga jika mereka menang sorak kerana ramai penyokongnya, sedangkan semangat perjuangan dan negerinya masih dijajah.
Mereka jangan jadi seperti dalam hikayat Melayu lama yang mengaitkan nasib malang Pak Kadok menerusi alunan lagu sinisnya: “Aduhai malagnya nasib Pak Kadok,menang sorak kampung tergadai”.

Thursday, November 13, 2008

Sembang Petang: KENAPA EJAAN JAWI-RUMI TIDAK BOLEH DISERAGAM?

TERJAGA dari lena selepas solat Zohor tadi, saya teringat seorang pendakwah bebas yang menasihatkan jemaah yang menyertai majlis ilmunya supaya berhati-hati dengan sebuatan bahasa Arab (bahasa Al-Quran) yang ditulis dalam ejaan rumi kerana jika tersilap ia bukan saja boleh mengelirukan, malah ia boleh memberi makna yang berbeza.
Menurut pendakwah berkenaan, Dr Abdullah Yasin, contoh yang yang mudah, perkataan “dhalalah” dalam bahasa Arab bermakna “sesat” tetapi ia memberi makna yang jauh berbeza jika dieja dengan tulisan rumi moden iaitu “dalalah” yang membawa makna “petunjuk” atau “dalil” dalam bahasa Melayu.
Isu itu berbangkit apabila Dr Abdullah dalam ceramahnya menyampaikan tajuk mengenai iradah kawniyyah (kehendak kejadian) dengan iradah syariyyah (kehendak Allah).
Saya pernah mendengar ialah perkataan “Kadhi” iaitu bermakna penjawat awam yang bertanggung jawab dengan hal ehwal agama Islam, berbanding dengan ejaan “Kadi” yang memberi makna pengutip bola golf. Kedua-dua perkataan ini tidak menunjukkan perbezaan jika dieja dengan ejaan rumi baru, tetapi ia amat jauh perbezaan jika ia dieja dalam tulisan jawi atau sebutan Arab.
Saya teringat kepada peranan akhbar media dan pihak yangb bertanggungjawab mengenai ejaan, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Mengapa mereka tidak boleh mencari kata sepakat dalam hal ini? Kemana perginnya peranan mereka dalam hal ini, hal bahasa dan persuratan kalau ingin mendaulatkan bahasa Melayu dan ejaan rumi. Kenapa perkara kecil tetapi member kesan besar ini tidak boleh diatasi?
Ketika saya bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan akhbar sebagai wartawan, pernah membangkitkan isu yang sama dan menulis artikel dengan menggunakan ejaan lama, termasuk perkataan “Kadi” tadi dengan ejaan lama (kadhi), tetapi ditegur pihak atasan kononnya pihak akhbar menggunapakai ejaan baru yang diiktiraf oleh DBP. Sebagai kakitangan di peringkat bawah (wartawan) saya tidak boleh igui lebih-lebih nanti digelar “lawan taukeh”. Mahu tidak mahu terpaksa ikut, walaupun ternyata mereka yang salah dan kita yang benar.
Berbicara soal isu itu, saya sekali lagi teringat kepada prinsip dan pegangan falsafah hidup saya iaitu perjuangan saya di atas kebenaran iaitu berpegang kepada ayat yang berbunyi “Qulilhaq walauqana murra” yang bermaksud: “Berkata benarlah (kamu) walaupun ia pahit”.
Saya terfikir, sejauh mana kita boleh menegakkan kebenaran dan berpegang kepada prinsip kita selagi kita bekerja dengan orang lain. Kita kena tanya siapa kita?
Inilah persoalan yang berbalut dalam fikiran saya, yang menyebabkan kita tidak boleh bersuara jika kita tidak ada kuasa. Cuma melalui luahan ini sajalah yang dapat disampaikan. Wallahu A’lam.

Wednesday, November 12, 2008

Sembang petang: LIMPAHAN RAHMAT MALAM LAILATUL QADR MEMBAWA KESEDARAN IMAN

Semalam saya menghubungi seorang penceramah bebas terkenal yang sering mengendalikan majlis ilmunnya di lembah klang, termasuk di Kelab Golf JPA Petaling Jaya menerusi email bertanyakan sama ada kesedaran dan kecenderungan saya yang membuak-buak kepada penghayatan agama Islam sekarang selepas menghayati ibadah sepanjang Ramadhan lalu adalah kesan limpahan rahmat daripada Malam Lalatul Qadr.
Penceramah terbabit ialah Dr Abdullah Yasin dari kepulauan Riau, Indonesia dan pernah menuntut di Universiti Islam Madinah dan beberapa negara lain sehingga mendapat Phd.
Menurut beliau, kelebihan saya mendapat limpahan rahmat Malam Lailatul Qadr itu kerana Allah memberi hidayah dan nikmat kekayaan iman yang lebih baik daripada kekayaan harta benda dan wang ringgit. Ini kerana kekayaan hidayah iman jarang diperolehi makhluknya, sedangkan nikmat kekayaan harta boleh dirasai semua manusia, termasuk firaun dan namrud tetapi ia tidak menjajikan syurga. Malah nikmat kekayaan itu boleh dilihat menjadi porak peranda di dunia lagi.
Beliau memberi contoh kelebihan hidayah iman yang dianugerahkan Tuhan ke atas muazim Nabi Muhammad saw, Bilal bin Rabah, yang miskin berasal dari keturunan hina di Afrika, tetapi hatinya kaya dengan iman. Malah, baginda Nabi Muhammad saw sendiri mengisyaratkan beliau bakal menjadi penghuni syurga. Ini bertepatan dengan sabdaNya “Bukan yang dikatakan kaya itu memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi kaya sebenar adalah kaya hati (HR Bukhari Muslim). Iman tempatnya di dalam hati yang paling tinggi nilainnya.
“Jadi amugerah iman di malam Lailatul Qadr itu suatu nikmat yang luar biasa,” kata Dr Abdullah.

Tuesday, November 11, 2008

WANITA UMNO MESTI CKEKALKAN PENDIRIAN


Membaca laporan berita dalam portal Utusan online pagi ini, hati penulis rasa sejuk apabila Wanita Umno mengambil keputusan mengekalkan pendirian bahawa pelan peralihan kuasa tetap pada Jun tahun depan, walaupun kedua-dua tokoh wanita, Rafidah Aziz dan Shahrizat Jalil masing-masing layak bertanding jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan Mac depan.
Keptusan itu diambil dalam mesyuarat lima jam semalam juga turut memutuskan bahawa jawatan Naib Ketua yang disandang oleh Shahrizat tidak dipertandingkan menjelang tempoh peralihan kuasa itu.
Apa yang diharapkan agar keputusan yang diambil pada mesyuarat itu akan kekal kerana kita tidak mahu ada lagi suara-suara sumbang untuk mengubah ketetapan itu, iaitu mengubah fikiran bagi membolehkan jawatan Ketua dan Naib sayap kiri Umno itu akan dipertandingkan.
Maklumlah, di zaman politik kepartian yang kian mencabar ini sebarang kemungkinan boleh berlaku, malah ada perkara mustahil dan tidak pernah terfikirpun se elum ini boleh terjadi. Dengan kata mudah, tadbir boleh mengatasi taqdir.
Dalam keputusan pemulihan bahagian-bahagian di seluruh negara, Rafidah memperolehi 117 pencalonan, manakala Shahrizah mendapat 73 pencalonan. Keadaan ini sekali gus memperlihatkan akar umbi masih memerlukan Shahrizat bertanding jawatan ketua Wanita meskipun pucuk pimpinan tertinggi sayap wanita itu sudahpun memutusan pelan peralihan kuasa Jun tahun depan.
Beraasaskan kepada ini juga memperlihatkan ada yang tersirat di sebalik yang tersurat yang lahir dari suarasa ahli Wanita di peringkat akar umbi yang mahu jawatan nombor satu sayap kiri Umno itu dipertandingkan.
Dalam hubungan ini Wanita Umno lebih arif membayangkan segalannya. Penulis setakat melihat dari maka kasar berasaskan sinerio politik semasa yang dilalui Umno sekarang ini.
Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat semalam, Rafidah mengucapkan terima kasih kepada 117 bahagian yang mencalonkannya dan sekali gus menyokong pelan peralihan kuasa yang dicadangkan.
Pada masa sama Ketua Wanita itu juga meragui sikap ahli yang mahu jawatan Ketua dipertandingkan walaupun rangka pelan peralihan kuasa sudah dipersetujui bahawa Shahrizat memegang jawatan Ketua.
“Sekirannya mereka mencalonkan orang lain bererti mereka bukan saja tidak menerima pelan peralihan (kuasa) malah turut tidak menerima Shahrizat,” kata Rafidah.
Terdahulu itu, Shahrizat dalam kenyataannya meminta Rafidah mempertimbangkan supaya pelan peralihan kuasaitu diselaraskan dengan pelan peralihan kuasa Umno induk iaitu dari Jun kepada Mac, selari dengan jadual pemilihan parti.
Kedua-dua kenyataan pemimpin wanita itu memperlihatkan wujud senario baru dalam Wanita yang bakal merobah percaturan politik dalaman Umno yang merupakan bintik-bintik hitam yang mewarnai hasrat ahli diperingkat akar umbi.
Apa yang diharapkan seperti kata orang-orang tua, biarlah panas sampai ke petang, jangan pula hujan di tengah hari.

Monday, November 10, 2008

SEMBANG PAGI: SURAU HANYA UNTUK ORANG PENCEN?

SELAMA dua hari bertandang ke rumah anak saudara di USJ5 Subang Jaya, banyak memberi pengalaman dan kesedaran bagi saya yang kian melangkah ke kategori warga mas selepas empat tahun bergelar ayam pencen.
Pengalaman dan pengajaran yang nyata ialah apabila saya menunaikan solat Subuh dua hari berturut-turut di Surau Al Hidayah bersama hanya lima ahli jemaah, terdiri daripada imam, bilal, seorang lagi yang tidak dikenali , saya dan suami kepada anak saudara saya, bekas pegawai kanan kerajaan yang kebetulan telah bersara wajib 15 tahun lalu.
Tidak ada seorangpun jemaah wanita yang turut bersolat Subuh, walaupun ruang solat wanita luas hampir meyamai keluasan ruang solat lelaki.
Surau itu sebenarnya lengkap dengan kemudahan peralatan canggih, seperti pendingin hawa, permaidani, alat pembesar suara, kipas dan beberapa papan kenyataan putih untuk catatan aktiviti surau yang terletak berhadapan rumah anak buah saya itu.
Apa yang terdetik disanubari saya ialah walau secanggih manapun sesbuah surau itu, namun jika tidak diamarahkan maka ia seolah-olah tidak berfungsi sebagai rumah ibadat untuk orang Islam.
Saya difahamkan bangunan surau itu diwakafkan oleh pamaju perumahan di situ, manakala peralatannya yang disebutkan tadi, didermakan oleh penghuni perumahan yang kebanyakannya terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan dan swasta atau individu yang pemurah.
Saya juga difahamkan, surau itu tidak aktif untuk solat berjemaah selain Subuh, kerana ketika waktu lain mungkin penghuninya berada di tempat kerja masing-masing.
Apa yang menghairankan saya, walaupun penghuni kawasan perumahan itu terdiri ramai orang Islam, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang berjemaah ada waktu Subuh.
Pada benak saya terlintas bahawa benarlah kata-kata sesetengah orang bahawa surau dan masjid adalah tempat orang-orang pencen.
Mungin keadaan itu berbeza dengan suasana di kampung-kampung di mana ramai kalangan anak muda menjadi ahli jemaah, lagipun ada galakan daripada pihak kerajaan yang mewujudkan pelbagai program untuk mendekatkan anak-anak muda atau remaja dengan masjid, seperti menerusi program rakan masjid, usrah anjuran belia, parti politik dan NGO.
Ini perlu bagi mengelakkan masjid yang dibina dengan kos bernilai beratus ribu dan berjuta-juta ringgit menjadi gajah putih atau bahan hiasan untuk tontonan umum.
TAMAT

Sunday, November 9, 2008

SEMBANG-SEMBANG TENGAH MALAM: KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK UMPAMA BAHANA BANJIR

KETIKA membeli tiket bas ekspres untuk ke Kuala Lumpur dalam keadaan tergesa-gesa, saya terkejut apabila tambang bas ekspres dinaikkan dari RM32 kepada RM42.90
“Dah lama dah Encik, tambang naik, sebelum Aidilfitri lalu,” kata wanita muda penjual tiket di kaunter tiket Stesten Bas Ekspres di Jalan Hamzah Kota Bharu.
Mahu tidak mahu saya terpaksa akur dengan keterangan gadis itu dan tidak berani menyoal lebih lanjut kerana nampak sangat saya lama tidak naik bas ekspres.
Memanglah, kalau tidak kerana terdesak dan terpaksa juga turun ke KL, saya tidak akan mengambil tiket secara tergesa-gesa pagi itu, iaitu pada hari yang sama saya hendak bertolak.
Itupun nasib baik tempat duduk dalam bas itu masih kosong empat seat, itupun di bahagian belakang tingkat bawah bas ekspres double dicker itu.
Kata penjual tiket itu, kenaikan tambang itu adalah secaj 30% yang dikenakan syarikat pengangkutan awam itu setelah diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Pengangkutan (LPKP) kesan kenaikan harga minyak tempoh hari.
Dalam hati saya terdetik dan teringat kata-kata seorang pemimpin politik dalam satu majlis ceramah perdana, bahawa harga harga barang sukar turun, walaupun harga minyak sudah diturunkan beberapa kali ibarat bahana kesan banjir, di mana sampah sarap akan tetap melekat pada tempat tinggi, seperti atas bumbung bangunan walaupun air air banjir sudah surut.
Saya sokong kenyataan itu, walaupun idea itu dicetuskan oleh pemimpin sebuah parti pembangkang yang lazimnya membangkang apa sahaja Kerajaan buat walaupun ianya baik.
Malah sayapun menggunakan hujah yang sama apabila berbual dan mencelah pendapat umum mengenai isu kenaikan harga barang kesan kenaikan harga minyak sebelum ini.
Memang, harga barang atau bayaran perkhidmatan susah untuk diturunkan walaupun harga minyak sudah beberapa kali turun.
Malah saya sendiri pernah mencadangkan dalam tulisan saya sebelum ini supaya kerajaan mencari kaedah yang berkesan bagi memastikan peniaga menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak yang dialami dunia sekarang.
Saya tidak tahu sejauh mana berkesannya saranan saya dalam surat kepada Pengarang yang disiarkan dalam portal Bernama Online dua minggu lalu (sila semak muka surat 2 laman portal itu). Luahan saya itu meminta kerajaan mencari suatu kaedah terbaik supaya peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak di pasaran dunia sekarang.
Saya juga pernah mendengar dan membaca kenyataan beberapa menteri berkaitan merayu peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak, tetapi sehingga ini seruan itu tidak member sebarang kesan kepada peniaga dan pengguna, kerana rata-rata peniaga masih belum berbuat demikian.
Saya tidak tahu apa lagi kaedah yang hendak dilaksanakan kerajaan dalam menangani masalah ini.
Bagi saya, ia tidak akan berkesan selagi pengguna tidak menggunakan kuasanya, kerana kuasa membeli terletak kepada pengguna, jika pengguna tidak membeli barang sudah tentu peniaga tidak akan menjual barang dengan harga mahal. Itulah sebaik-baik cara untuk mengajar peniaga dalam keadaan dan situasi begini.
Tetapi persoalannya, berapa kerat pengguna boleh berbuat demikian? Bagi mereka yang berada dan tidak berkira dengan masalah itu, mereka tetap akan membelinya dan pada masa sama, peniaga akan akan insaf terhadap sikapnya yang sentiasa mengaut keuntungan.
Sebab itu, ketika harga minyak petrol meningkat saya pernah berhujah bahawa walaupun minyak petrol naik sehingga RM10 seleterpun, pemilik kenderaan tetap mengisi minyak dalam tangki kenderaan mereka untuk kegunaan sama ada untuk ke pejabat, ke kebun untuk menorah getah atau ke sekolah bagi pelajar dan guru.
Cuma rakyat hanya boleh bersuara menyatakan rasa tidak puas hati melalui wakil rakyat mereka, terutama pemimpin parti pembangkang yang sememangnnya tidak diendahkan oleh pihak penyokong kerajaan.
Saya cuma teringat akan nasib malang Pak Lah, di mana ketika krisis keyakinan kepimpinannya melanda beliau adalah sewaktu harga minyak di pasaran dunia melambung naik dan mahu tidak mahu kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak di pasaran tempatan.
Dan apabila keadaan harga minyak turun dan kekalutan reda sedikit, beliau sudah merangka pelan peralihan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib, Mac depan.

KENYATAAN TERBARU PAK LAH MENCUIT PERASAAN


KENYATAAN terbaru, Pak Lah bahawa Umno tidak akan menjadi sebuah parti yang Berjaya dalam perjuangannya jika pemimpinnya tidak dibarisi pemimpin yang ikhlas, berwibawa dan berintegriti mencuit hati penulis.
Itulah hakikat sebenar kedudukan Umno hari ini dan kenyataan Pak Lah itu jika tidak diambil indah, dilihat ia akan merosakkan masa depan parti itu sendiri.
Persoalannya alangkah eloknya jika kenyataan ini dikeluarkan dan dihayati oleh ahli Umno sebelum kedudukan parti itu tercalar dan dicemari oleh gelodak politik dan krisis keyakinan kepimpinan parti s elepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Sekarang nasi sudah menjadi bubur, semuannya sudah terlambat dan segala pekikan Pak Lah mungkin tidak didengari lagi oleh ahli Umno yang pekak dek gendang dan nobat yang dipalu oleh pengikutnya sebagai mengiringi turunnya Pak Lah dari takhta kepimpinan Umno menjelang peralihan kuasa Mac depan, genap setahun selepas pilihan raya umum itu.
Kenyataan Pak Lah itu mencerminkan kenyataan seorang yang bermuhasabah diri dan sedar terhadap kesilapan yang lalu.
Sebagai ahli Umno yang insaf dan setia, iannya masih belum terlambat untuk mereka membaiki segala kesilapan itu, kerana ibarat kata orang jika sesat di hujung jalan, kenalah balik ke pangkal jalan. Bagi mereka yang insaf harus menerima kakikat ini, kerana laut mana yang tidak bergelombang dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Kata-kata Pak Lah bahawa Umno tidak akan menikmati kejayaan dalam perjuangannya jika pemimpinnya terdiri daripada orang yang tidak ikhlas berjuang, integritinya dicurigai dan pribadinya yang lemah, lebih mahal dan berbisa daripada slogan di zaman kebangkitannya 2004 lalu iaitu “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”, yang terpampang di papan-papan tanda institusi-intitusi kerajaan dan sekolah.
Ambillah kata-kata Pak Lah dalam kenyataan terbaru itu sebagai azimat untuk kegunaan ahli Umno untuk masa depan orang Melayu dan anak cucu mereka. Jangan hanya kita asyik berpegang kepada kata-kata Melayu tak akan hilang di dunia, sedangan integriti orang Melayu sendiri dipersoalkan.
Di manakah letaknya kredibaliti orang Melayu jika mereka asyik bercakaran sesama sendiri akibat perebutan kuasa melalui jawatan dalam parti?
Alangkah malangnnya apabila kita mendengar kekecohan berlaku di sana sini dalam persidangan pemilihan parti sama ada di peringkat cawangan dan bahagian.
Sebelum ini kita hanya mendengar insiden ini berlaku di kalangan penyokong parti komponen dalam BN, seperti MIC dan MCA. Sekarang ini ia menjangkiti ahli parti yang menjadi tulang belakang pemerintah. Sungguh malang, Inilah yang dikatakan orang bukan salah ibu yang mengandung, tetapi salah nasib menimpa diri.
Kita tidak mahu menjadi nasib Pak Kadok dalam hikayat Melayu lama apabila ayamnya kalah dalam sabungan “Aduhai malangnya nasib Pak Kadok, menang sorak kampong tergadai”. Kita tidak mahu nasib orang Melayu menjadi seperti nasib Pak Kadok yang malang itu.
TAMAT

Laporan berita terdahulu: Umno Tidak Akan Berjaya Jika Pemimpinnya Tidak Ikhlas Berjuang

KEPALA BATAS, 9 Nov (Bernama) -- Umno tidak akan menjadi sebuah parti yang berjaya dalam perjuangannya jika kepimpinannya tidak dibarisi oleh pemimpin yang ikhlas, berwibawa dan berintegriti, kata Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Beliau berkata, Umno tidak akan dapat mengecapi kemajuan dan menghadapi cabaran masa depan seperti yang diharapkan jika ada pemimpinnya yang tercemar integritinya, peribadi yang lemah dan tidak mempunyai hala tuju."Umno tidak akan menikmati kejayaan dalam perjuangannya jika pemimpinnya terdiri daripada orang tidak ikhlas berjuang, integritinya dicurigai dan peribadi yang lemah."Apa yang kita perlukan ialah kepimpinan yang bertanggungjawab, boleh mengelola dan menguruskan parti supaya ia menjadi lebih kuat dan maju," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di Pusat Budi Penyayang di sini, Ahad.Oleh itu, beliau menasihatkan anggota parti supaya membuat pilihan dengan berhemah dan tidak hanya memilih pemimpin untuk mengisi jawatan tertentu di peringkat nasional.Abdullah, yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas berkata, semua anggota parti perlu menyedari bahawa pemilihan pucuk pimpinan bukan setakat mengisi jawatan tertentu malahan lebih penting lagi memacu parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang."Pemilihan ini bukan setakat untuk kemenangan diri bagi calon yang bertanding atau rakan-rakan mereka tetapi Umno mahu mencari kemenangan untuk parti secara keseluruhannya," katanya.Beliau berkata, mereka yang menjadi perwakilan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan calon yang dipilih mempunyai nilai-nilai yang diperlukan untuk menerajui parti itu."Kalau ini berlaku, semua akan jadi baik. Baik Umno maka baiklah rakyat Malaysia kerana Umno memperjuangkan semua rakyat berbilang bangsa,"katanya.Beliau juga berharap tempoh lebih tiga bulan menjelang pemilihan parti Mac ini tidak berterusan dicemari dengan politik wang, perbalahan antara calon dan sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan imej parti."Kita fahami bahawa pemilihan ini merupakan amalan demokrasi dan banyak yang telah diperkatakan tentang pemilihan dan ada yang mengaitkannya dengan politik wang, dan adu domba antara calon."Apapun, kita semua kena ingat apa matlamat perjuangan parti ini dan berusaha untuk mengukuh dan memperkasakannya," katanya.-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan berita melalui perkhidmatan Newswire.
Kembali Ke Atas
KEPALA BATAS, 9 Nov (Bernama) -- Umno tidak akan menjadi sebuah parti yang berjaya dalam perjuangannya jika kepimpinannya tidak dibarisi oleh pemimpin yang ikhlas, berwibawa dan berintegriti, kata Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Beliau berkata, Umno tidak akan dapat mengecapi kemajuan dan menghadapi cabaran masa depan seperti yang diharapkan jika ada pemimpinnya yang tercemar integritinya, peribadi yang lemah dan tidak mempunyai hala tuju."Umno tidak akan menikmati kejayaan dalam perjuangannya jika pemimpinnya terdiri daripada orang tidak ikhlas berjuang, integritinya dicurigai dan peribadi yang lemah."Apa yang kita perlukan ialah kepimpinan yang bertanggungjawab, boleh mengelola dan menguruskan parti supaya ia menjadi lebih kuat dan maju," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di Pusat Budi Penyayang di sini, Ahad.Oleh itu, beliau menasihatkan anggota parti supaya membuat pilihan dengan berhemah dan tidak hanya memilih pemimpin untuk mengisi jawatan tertentu di peringkat nasional.Abdullah, yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas berkata, semua anggota parti perlu menyedari bahawa pemilihan pucuk pimpinan bukan setakat mengisi jawatan tertentu malahan lebih penting lagi memacu parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang."Pemilihan ini bukan setakat untuk kemenangan diri bagi calon yang bertanding atau rakan-rakan mereka tetapi Umno mahu mencari kemenangan untuk parti secara keseluruhannya," katanya.Beliau berkata, mereka yang menjadi perwakilan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan calon yang dipilih mempunyai nilai-nilai yang diperlukan untuk menerajui parti itu."Kalau ini berlaku, semua akan jadi baik. Baik Umno maka baiklah rakyat Malaysia kerana Umno memperjuangkan semua rakyat berbilang bangsa,"katanya.Beliau juga berharap tempoh lebih tiga bulan menjelang pemilihan parti Mac ini tidak berterusan dicemari dengan politik wang, perbalahan antara calon dan sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan imej parti."Kita fahami bahawa pemilihan ini merupakan amalan demokrasi dan banyak yang telah diperkatakan tentang pemilihan dan ada yang mengaitkannya dengan politik wang, dan adu domba antara calon."Apapun, kita semua kena ingat apa matlamat perjuangan parti ini dan berusaha untuk mengukuh dan memperkasakannya," katanya.-- BERNAMA

Thursday, November 6, 2008

Sembang Pagi: FATWA BERSUMPAH: KENAPA SEKARANG BARU DIKELUARKAN?


KENYATAAN menteri bertanggunjawab mengenai hal ehwal agama, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa atau garis panduan mengenai kaedah bersumpah mengikut kehendak Islam sebenarnya mengembirakan umat Islam terbanyak.
Ini kerana ia boleh mengelakkan kekeliruan di kalangan mereka mengenai kaedah bersumpah sama ada apa yang dilakukan sebelum ini menepati kehendak Islam atau sebaliknya.
Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Majlis Fatwa Kebangsaan sedang meneliti segala hukum berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama.
“Setelah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Fiqah Islam dimuktamad, garis panduan akan dikeluarkan,” katanya yang dipetik laporan Bernama yang disiarkan dalam Mstar Online pagi tadi.
Persoalannya, kenapa baru sekarang kaedah itu hendak dicari setelah rata-rata umat Islam menghadapi kemelut dan kekalutan mengenai isu bersumpah berhubung kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, kemana perginya para alim ulama yang diiktiraf kerajaan, termasuk mufti-mufti, sehingga sanggup membiarkan umat Islam kalut dan tidak ketentuan arah dalam memperkatakan isu itu. Apakah ketika itu, semua alim ulama yang dilantik dan dibayar gaji oleh kerajaan sedang tidur dan asyik dibuai mimpi indah sehingga tidak tidak ada yang terjaga dan tersedar untuk mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang dilakukan oleh umat Islam dalam menghadapi kemelut (sumpah) itu tidak menepati hukum Islam sebanarnya. Saya percaya tidak semua alim ulama dan para mufti yang terlena tidur dan dibuai mimpi indah
Tetapi persoalannya kenapa mereka sanggup membiarkan keadaan itu berlaku. Penulis teringat suatu sewaktu menadah kitab (mendengar kuliah agama) di masjid, seorang tok guru berkata, antara sifat orang muslim sejati ialah “amal maaruf nahyi munkar” iaitu melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan kaedah untuk mencegah kemungkaran itu ada bebrapa cara, iaitu pertama dengan cara menegur dengan perbuatan (dengan tangan); kedua dengan mulut iaitu menerangkan mengenai sesuatu kemangkaran itu dengan lidah dan ketiga menegur dalam hati, dan kaedah ketiga iaitu menegur dalam hati menurut tok guru adalah selemah-lemah iman. Apakah alim ulama kita sanggup dikategorikan dalam katagori terakhir itu, sedangkan mereka lebih arif mengenai perkara itu.
Di sini timbul persoalan. Apakah alim ulama negara ini ketika kemelut melanda umat Islam berhubung isu bersumpah itu sampai kemungcaknya dikunci mulut-mulut mereka untuk berkata sesuatu yang benar kerana dibayangi oleh ketakutan periuk nasi mereka terjejas atau kerusi empuk yang mereka duduki akan panas jika bercakap atau menyentuh perkara itu?
Kenapa sekarang, pihak berwajib di Jabatan Perdana Menteri baru sekarang mengeluarkan idea untuk mengeluarkan fatwa berhubung isu bersumpah atau bermubahalah itu sedangkan semua sudah berlalu.
Ini kerana Mohd Saiful Azlan yang mendakwa diliwat Anwar sudahpun melakukan upacara bersumpah, diikuti
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berhubung isu pembunuhan wanita Moggolia, Altantuya Sharibuu, dan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Razali atas kepentingan masing-masing. Cuma Anwar yang menghadapi tuduhan liwat itu tidak berbuat demikian. Mengapa ini harus terjadi?
Kenapa para alim ulama tidak menyekat jika perbuatan bersumpah itu diragui tidak menepati kehendak Islam, sedangkan tindakan sesetengah pihak itu sebelum itu sudah meuwar-uwarkan kepada umum kononnya untuk bersumpah secara Islam?
Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ia sudah terlambat. Inilah malang bagi umat Islam. Ibarat kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur atau sudah terantuk baru tengadah. Jika ia dikaitkan dengan isu politik.Sekarang semuannya sudah terlambat.
Keputusan pilihan raya sudah berlalu, menyaksikan satu fenomena baru di mana kemenangan memihak kepada mereka yang tidak bersumpah, iaitu Anwar, Keputusan pilihan raya itu juga menyaksikan perubahan besar dalam kerajaan di mana lima negeri dimenangi Kerajaan Pakatan Rakyat, termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Kelantan tidak diambil kira, kerana satu-satunnya negeri di bawah Pas sejak 18 tahun lalu.
TAMAT





Wednesday, November 5, 2008

SEMBANG-SEMBANG PETANG:ALLAH DI PIHAK YANG BENAR


SELEPAS keluar dari sebuah premis membuat kad bisnes di Pasaraya Billion Kota Bharu, pagi tadi, saya terekejut kerana spek mata untuk rabun dekat dan rabun jauh yang saya gunakan setiap hari sudah hilang. Puas saya mencari, meraba-raba di celah-celah pintu kereta, bawah tempat duduk dan dalam kotak deskboard kereta Produa Kelisa Limited Adition saya. Namun tidak jumpa. Dalam hati berkecamuk dan berperang dengan fi kiran bahawa saya terpaksa akan menghabiskan wang lagi sekurang-kurangnya RM500 untuk membeli spek baru bagi membolehkan saya membaca atau menulis. Jika tak ada itu, saya akan menjadi orang kurang upaya (OKU) kerana tidak boleh menulis dan membaca tanpa spek. Mata saya kurang jelas terutama sejak menggunakan komputer dan internet. Saya lebih banyak guna komputer riba dan ia seolah-olah menjadi teman hidup kedua saya selepas isteri. Tanpa alat itu, kehidupan saya lumpuh dan terputus hubungan dengan dunia luar. Maklumlah, sejak kebelakangan ini saya lebih banyak menggunakan internet untuk berinteraksi dengan rakan-rakan melalui email, sama ada untuk bertanya khabar atau mengendalikan satu-satu projek yang dirancang berkait kerjaya saya.Saya dengan bantuan rakan yang saya anggap anak angkat saya menelefon bertanyakan pemilik premis tempat saya membuat kad bisnes atas pasaraya itu, tetapi beliau menjawab tak ada di tempatnya dan mengesahkan bahawa sewaktu saya keluar premisnya tadi saya sudah memakai spek itu. Isys…macam mana boleh jadi begitu. Dalam fikiran saya teringat, itulah kalau pakai spek secara sekejap-sekajap, patutnnya pakai secara pemernant. Bagi saya sengaja buat spek untuk pakai sewaktu membaca atau menulis. Saya tak suka pakai 24 jam walaupun ia boleh digunakan untuk 'multi quoted' rabun jauh dan rabun dekat sebab ia membebankan saya. Lagipun saya sengaja menempah spek itu di kedai dengan menggunakan cermin plastik dan bingkai besi ringan supaya tidak berasa beban apabila memakainya. Selain tidak mudah pecah jika terjatuh atau terpijak, ia senang sama ada untuk dibawa atau disimpan dalam poket seluar atau baju.
Setelah menenangkan fikiran dengan mengenakan abc di warung Taman Indera, tidak jauh dari pasar raya itu, kami bergegas semula ke premis membuat kad bisnes untuk mencari kalau-kalau spek itu tertinggal di situ atau terjatuh ketika dalam perjalanan ke tempat letak kereta di hadapan pintu masuk utama Pasaraya Billion itu.
Sebaik tiba di hadapan pintu masuk utama pasaraya itu, dari jauh saya nampak spek saya terletak di atas tar di bawah sebuah kereta Kancil di petak tempat letak kereta saya di hadapan pintu masuk pasaraya itu. Keadaan spek itu yang berada berhampiran tayar kereta kancil itu tidak terusik, malah mungkin tidak terpijak oleh kaki pemandu sama ada ketika keluar atau mengunci keretanya. Delam fikiran saya, mengucapkan syukur kepada Tuhan, rezeki saya masih ada. Tuhan tahu niat saya suci dan ikhlas supaya saya dapat semula spek itu. Walaupun hargannya tidak seberapa, tetapi musim meleset ini, perkara-perkara kecil begitupun boleh membebankan. Sayapun terfikir dalam hati, insiden itu ada pengajaran di sebaliknya bahawa jika sudah ada rezeki tidak kemana-mana. Tuhan akan menolong asalkan kita niat jujur dan ikhlas. Saya juga teringat kata-kata bahawa Tuhan tetap di pihak yang benar dan segala geri dan ketentuan itu sudah ditetapkan oleh qada’ dan qadar Allah belaka! Wallahu A'lam.

NASIB MALANG UMNO BERTIMPA-TIMPA



ENTAH apalah nasib malang yang bertimpa-timpa ke atas Umno selepas mengalami badi kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, bermula krisis keyakinan terhadap kekemimpinan Pak Lah hingga menyebabkan Presiden Umno itu terpaksa menyerahkan mandat kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib menerusi pelan peralihihan kuasa Mac depan, hinggalah kepada trend tuduh menuduh dan dakwa mendakwa berlakunya politik wang di kalangan mereka. Terbaru, Tengku Razaleigh yang dipetik dalam berita terkini Mstar Online hari ini mendakwa ada kalangan bahagian meminta wang ganjaran sehingga RM2 juta untuk pencalonan merebut jawatan tertinggi dalam parti Mac depan. Beliau mendedahkan perkara itu setelah kegagalannya mendapat undi pencalonan yang mencukpi untuk melayakkannya bertanding merebut jawaran Presiden parti pada perhimpunan itu. Sehingga semalam, Tengku Razaleigh hanya memperoleh satu pencalonan, itupun daripada bahagiannya sendirinya di Gua Musang. Serentak itu, Datuk Seri Najib yang mendapat penclonan 141 pencalonan daripada bahagian yang sudah selesai mengadakan persidangannya diisytiharkan menang tanpa bertanding. Manakala Tengku Razaleigh terkial-kial dengan hanya mendapat satu pencalonan. Lenih melucukan lagi apabila bahagian yang diketuai anak raja itu turut mencalonkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad dicalonkan Timbalan Presiden Umno walaupun menteri itu sendiri tidak bersedia untuk merebut jawatan itu. Tindakan Umno bahagian itu mengejutkan pemerhati politik, sementelah Datuk Shahrir sendiri. Entah apalah mimpi siang hari atau relevannya perwakilan Umno bahagian Gua Musang berbuat demikian.Tidak ramai pemerhati politik yang mampu `membaca’ kewajaran Umno bahagian itu berbuat demikian. Namun, umum mengetahui bahawa Tengku Razaleigh sekali lagi akan kecundang sekirannya beliau berhasrat melawan taukeh dalam pemilihan parti kelak., sekiranya system kouta yang menentukan kelayakan seseorang yang ingin bertanding masih menjadi amalan dan digunapakai dalam perlembagaan Umno. Ramai yang beranggapan, keadaan itu boleh berubah sekiranya perlembagaan Umno dipinda dan sistem kouta dihapuskan bagi membolehkan akar umbi membuat pilihan calon yang mereka suka untuk menerajui kepimpinan Umno. Selagi perkara itu tidak berlaku dan menjadi realiti, selama itulah Tengku Razaleigh tidak perlu menaruh harapan untuk memimpin Umno. Pertanyaan tiumbul apakah beliau tidak memikirkan risiko yang akan dialaminya jika beliau terui berdegil dengan keputusannya. Atau beliau terlalu mendengar atau mengikut kata-kata pengikut yang berkepentingan diri untuk mencari `samah serial’ dalam politik Umno. Kita sedia maklum, `jong cerek’ di keliling pinggang pemimpin Umno itu sentiasa merangka pelan dan peta lakaran perjalanan anak raja itu dalam politik Umno, menyebabkan beliau tidak pernah kenal serik dan jemu dengan kekecewaan dan kekalahan, walaupun malang terus bertimpa-timpa. TAMAT