Sunday, December 28, 2008

Siapa Makan Cili: PAS DIPERSALAHKAN BANGKIT ISU HUDUD?



MEMBACA laman blog Sayuti Omar pagi ini, ternyata isu pelaksanaan hokum hudup tidak wajar dijadikan isu politik oleh mana-mana parti, khasnya Pas dan Umno, terutama dalam menghadapi demam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Hasil pengamatan perbincangan Sayuti dengan pensyarah Fakulti Undang-Undang UIAM, Prof Abdul Aziz Bari, yang disiarkan dalam laman blog Merah Tinta itu, ternyata selama ini peminpin-pemimpin politik hanya diperkotak-katikkan oleh isu itu, kerana apa yang penulis faham Pas tidak mampu dan boleh melaksanakan lagi hukum hudud kerana belum tiba masannya lagi.
Ini kerana, menurut Sayuti, berdasarkan temubual dengan Abdul Aziz, Pas belum mempunyai prasarana yang mencukupi untuk melaksanakan hukum itu walaupun berjaya memerintah negara ini.
Pihak berkenaan sendiri tidak menjelaskan apakah persediaan prasarana yang dimaksudkan itu, menyebabkan hukum hudud itu tidak lagi sesuai dilaksanakan ketika ini.
Sedangkan Pas sebelum ini menyalahkan Kerajaan Pusat tidak memberi laluan, iaitu meminda perelembagaan bagi membolehkan hukum hudup dilaksanakan, kerana bidang kuasa meminda perlembagaan terletak di tangan Kerajaan Pusat.
Penulis juga yang turut menyaksikan forum Wacana Tranformasi Politik di Malaysia yang disertai Abdul Aziz sebagai penalis, teringat bahawa penalis itu sendiri seolah-olah mempersalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak `memberi laluan’ kepada Pas bagi membolehkannya melaksanakan hukum hudud.
Lantaran hujah Abdul Aziz inilah menyebabkan hadirin yang menyaksikan forum itu, terutama penyong fanatik Pas bersorak menyokong hujah itu sambil melaungkan “Allahu Akbar”, seolah-olah menggambarkan ia suatu kemenangan bagi Pas. Mungkin kerana itu ada seorang penonton sanggup menendang kerusi yang diduduki oleh rakan saya Ramli Abdul Halim patah menyebabkan rakan ia terjatuh.
Daripada pengamatan penulis melihat seolah-olah penyokong-penyokong parti politik sekarang permainkan oleh pemimpin-pemimpinnya yang membincangkan isu yang tidak boleh dilaksana atau praktikkan dan ini merupakaqn suatu kerugian kepada semua pihak.
Turut menjadi penalis dalam wacana yang dimoderatorkan oleh Penganalisis Politik, Prof Madya Mohd Agus Yusoff, ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Persoalannya, kenapa dalam Wacana itu Abdul Aziz tidak menjelaskan perkara sebenar mengenai isu itu supaya jangan biarkan mereka terus berada dalam kesesatan dan kejahilan undang-undang.
Penulis berpendapat, bahawa menerangkan sesuatu isu dengan tidak jelas dan tidak habis, kerana ada muslihat politik, dan kepentingan peribadi akan menyebabkan sesetengah masyarakat yang tidak memahami sesuatu bidang itu akan terus berada dalam kesesatan dan kegelapan. Dan sampai bila perkara ini hendak kita biarkan?
Mungkin kerana itulah (barangkali) Abdul Aziz meminta agar hukum hudud jangan lagi dimomokkan dan menganggapkannya sebagai satu sistem yang kejam dan zalim.
Menurutnya masyarakat juga sudah faham mengenai hudud dan hukum hudud ini bukan perkara baru bahlah telah lama diperkatakan.
Memang kita sedia maklum, hukum hudud bukanlah hak mana-mana parti politik, sama ada Pas atau Umno, sebaliknya hak semua umat Islam yang percaya kepada agama Islam dan sebagai khalifah di muka bumi bumi ini kita bertanggungjawab melaksanakan amanah Tuhan tanpa mengira daripada mana-mana fahaman politik dan bangsa.
Jadi tidak timbul hudud itu hak Pas dan jangan ada mana-mana parti politik lain menentang jika ada pihak yang ingin melaksanakannya.
Tinggal lagi, ketika ini masyarakat umum diperkotak-katikkan oleh pemimpin politik dalam mempersoalkan isu hukum hudud itu, terutama menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Penulis mempersoalkan kenapa Pas sebelum ini meuwar-uwarkan untuk melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka sedar yang mereka tidak boleh melaksanakan undang-undang syariah itu dalam keadaan sekarang.
Ini memberi peluang mengharu-birukan perpaduan di kalangan orang Islam sehingga ada pihak bukan Islam, seperti dari parti politik DAP, MCA dan MIC turut mempersoalkan isu berkaitan agama Islam itu
Persoalannya, apakah ini semata-mata untuk kepentingan poilitik dan memancing undi menjelang pilihan raya setiap lima tahun sekali?

Sunday, December 21, 2008

WACANA TRANFOMASI MEDAN PERCAMBAHAN MINDA POLITIK





TEKA-TEKI sanggupkah pemimpin Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berada di atas pentas politik bersama Naib Presiden Pas, Dato’ Husam Musa, terjawab apabila beliau muncul sebagai salah seorang ahli panel forum Wacana Tranfomasi Politik Malaysia, di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, malam tadi.
Malah, melihat kepada odeon dan sambutan hadirin lebih 5,000 itupun sudah cukup memperlihatkan suatu tranfomasi masa depan politik yang sihat yang dibawa oleh kepemimpinan muda.
Kebanyakan hadirin yang terdiri dari penyokong parti pakatan rakyat menyendatkan lagi Dewan Utama Balai Islam itu hingga melimpah ke luar dewan dan terpaksa menonton melalui skrin besar yang disediakan urusetia.
Turut menjadi panelis ialah pakar undang-undang dari UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan Prof Madya Mohd Agus Yusoff sebagai moderator.
Majlis menjadi hangat apabila ribuan penonton yang dipercayai penyokong fanatik kedua-dua parti Pas dan Umno melaungkan takbir ketika panalis melontarkan hujah-hujah yang mencuit hati mereka, malah ada yang bersorak semacam boo panelis apabila hujah yang disampaikan tidak secocok dengan mereka.
Inilah antara suasana yang dianggap tidak menyenangkan dan boleh menjejaskan matlamat sebenar forum itu diadakan, untuk faedah kedua-dua pihak Pas dan Umno.
Soal siapa yang lebih mendapat manfaat atau `mealage’ daripada forum itu bukan menjadi persoalan, yang penting ia banyak memberi faedah kepada penonton yang memenuhi ruang lokasi program itu diadakan.
Tahniah diucapkan kepada moderator wacana, Prof Madya Mohd Agus yang berjaya mengawal emosi penyokong kedua-dua parti yang hadir hangat apabila panelis diberi peluang menjawab soalan daripada penonton dan beliau sendiri.
Peluang dan ruang yang disediakan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UKN) menganjurkan forum itu amat menepati kehendak masa di mana khalayak ingin mendapat penerangan jelas mengenai tranformasi yang dihadapi parti-parti politik negara sekarang kesan thunami politik selepas pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) Mac lalu.
Malah, tajuk forum itu sendiri memberi makna yang mendalam tentang masa depan arah tuju politik orang Melayu, khasnya umat Islam negara ini.
Kebanyakan ahli panel boleh dikatakan berjaya memberi kesedaran kepada penonton sehingga masa mencemburui mereka kerana tidak sempat mengemukakan soalan lebih banyak ketika sesi soal jawab diberikan moderator.
Penulis hanya mengambil satu contoh hujah Husam ketika menjawab soalan moderator Mohd Agus, bahawa Pas akan tetap laksanakan hokum Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara dalam pilihan raya akan datang.
Menurut Ahli Exco Kanan kerajaan negeri itu, tugas untuk melaksanakan undang-undang hudup tidak seharusnnya dipikul oleh Pas sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul semua orang Islam dan pemimpinnya.
Pendapat beliau disokong oleh Prof Aziz bahawa menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.
Sekalung penghargaan diberikan kepada Prof Mohd Agus, Dato’ Husam dan Dr Aziz Bari serta tabik spring kepada Ahli Parlimen Renbau itu kerana sudi hadir dan berjaya menghidupkan wacana yang mampu menjana pemikiran politik yang kritis di kalangan ribuan khalayak penonton yang hadir.
Soal siapa yang menang dan kalah bukan menjadi perhitungan, yang penting ia menjadi titik tolak ialah forum itu sendiri sebagai suatu tranformasi keterbukaan politik kedua-dua parti yang menjadi musuh tradisi sejak sekian lama, selepas Pas ditubuhkan dari serpihan Umno, yang diasaskan di kalangan ulama parti domenan orang Melayu ketika itu (1951).





Friday, December 19, 2008

WACANA TRANFOMASI POLITIK MALAYSIA UJI KETOKOHAN HERO MUDA POLITIK




WACANA Tranformasi Politik di Malaysia yang akan disertai Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden Pas, Dato’ Husam Musa, di Kota Bharu, dijangka menarik perhatian umum, terutama pemerhati politik.
Ia akan berlangsung di Dewan Besar Kompleks Balai Islam, jam 8.30 malam esok.
Inilah pertama kali forum yang mengketemukan pemimpin parti pembangkang dengan Pas di atas satu pentas dan dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKNK), sebuah agensi kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh anggota Exco Dr Mohd Fadzli Dato’ Hassan.
Apa yang jelas menarik perhatian ialah apabila Khairy sedia menerima jemputan kerajaan negeri pimpinan Pas untuk bersemuka dalam satu majlis ilmu politik yang bermakna, terutama ketika Umno dan Pas akan menghadapi suasana pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.
Khairy yang baru dianugerahkan anak kedua hasil perkahwinan dengan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan kesediannya menerima jemputan itu dan sedang berbincang dengan pihak berkenaan mengenai tajuk yang hendak disampaikan pada malam itu.
Penulis angkat tabik kepada Khairy jika beliau sanggup menjadi penalis pada majlis forum itu yang tentunya lebih banyak memberi manfaat kepada Pas yang sengaja mengajak Naib Ketua Pemuda Umno itu berhujah dalam membicarakan isu politik.
Kehadiran Ahli Parlimen Renbau itu membuktikan kenyataannya mempelawa calon yang bertanding pada pemilihan Mac depan untuk berdebat bagi menyatakan pendirian dan sikap masing-masing dalam perjuangan parti, menjadi realiti walaupun bersama parti lawan Pas.
Walaupun Wacana yang dianjurkan UPKNK ini akan memberi bonus dan sokongan moral yang lebih kepada Pas, namun ia memperlihatkan kegentlemenan Umno dalam menghadapi parti lawan di saat-saat mereka sendiri menghadapi isu politik dalaman.
Ketika menghadiri majlis ilmu kuliah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Dataran Ilmu pagi tadi, penulis terdengar suara-suara sumbang dari penyokong Pas bahawa tindakan Khairy menerima jemputan Pas itu sebagai tanda junjung sireh yang memperteduhkan Naib Ketua Pemuda yang juga calon Pemuda Umno itu semakin layu dan condong ke arah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini kerana mereka berpendapat, tempat beliau berteduh, iaitu mentuannya sendiri, Pak Lah akan melepaskan jawatan itu selepas tempoh peralihan kuasa berkuatkuasa Mac depan.
Apa yang diharapkan segala perancangan pihak penganjur forum itu, yang akan dipengerusikan oleh Prof Mohd Agus Yusoff, menjadi kenyataan dan membawa manfaat kepada masyarakat umum, khasnya para hadirin pada malam esok.
Selain Husam, turut menjadi penalis ialah penasihat undang-undang perlembagaan Malaysia, Prof Abdul Aziz Bari.
Semuga, akan sama-samalah kita hayati dengan penuh khusyuk dan insaf. InsyaAllah.

Thursday, December 18, 2008

PEMANDU BERHATI MULIA


SEWAKTU dalam perjalanan pulang dari pejabat, penulis terpegum apabila terpandang seorang pemandu kereta membuang pasu bunga yang pecah di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultanah Zainab/Jalan Hamzah, Kota Bharu, tanpa menghiraukan orang ramai dan pemandu lain yang turut memerhatikannya.
Sambil memasang lampu isyarat kecemasan hazard, pemandu berusia dalam lingkungan 30-an itu tunduk bengah beberapa kali untuk mencampakkan sisa-sisa pecahan pasu bunga tembikai itu ke atas pembahagi jalan bagi mengelakkan ia dirempuh atau dilanggar oleh kenderaan lain. Bagaimanapun, ketika itu lampu isyarat merah tanda arahan berhenti bagi laluannya.
Pasu bunga itu dipercayai terjatuh daripada lori atau apa-apa kenderaan yang membawanya. Sama ada pemandu berkenaan bebuat demikian bagi melancarkan perjalanannya yang dihalang oleh pecahan pasu bunga itu atau sengaja mengambil sikap tanggungjawab sosial kepada masyarakat, penulis tidak pasti. Yang jelas tindakan pemandu itu adalah baik dan amalan yang dituntut oleh agama.
Penulis terfikir, kalau sekadar untuk melepaskan dia melalui jalan yang dihalang oleh pecahan pasu bunga itu, dia boleh mengelakkan dengan mengambil sedikit lencongan, walaupun menggangu kelancaran perjalanan kenderaan lain.
Sedangkan beliau kelihatan berhempas pulas tunduk bangun untuk membuang sisa-sisa pecahan tembikai pasu bunga itu bersekali dengan tanah dan akar bunga. Kebetulannya ketika itu api isyarat merah tanda kenderaan dari searah dengannya dilarang bergerak.
Sikap seperti ini memang jarang dilihat, terutama di Bandar-bandar besar, kerana masing-masing tidak bertanggungjawab dan menyerahkan tugas itu kepada pihak berwajib, iaitu pihak berkuasa kerajaan tempatan atau Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) jika di Bandar Kota Bharu.
Penulis melihat perbuatan pemandu itu secara positif, yang boleh digelar sebagai pemandu berhemah dan berhati mulia yang sanggup mengambil tanggungjawab pihak berkenaan apabila melihat sesuatu masalah untuk kepentingan umum. Kita beranggapan tidak ramai pemandu yang sanggup berbuat demikian, apatah lagi kalau pemandu berkenaan dalam berpakaian kerja di pejabat dan memandu kereta berjenama.
Penulis dapat bayangkan kalau beginilah sikap rakyat kita, akan tercapailah hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berharmoni dan mesra alam seperti yang disarankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar. Bagi pihak masyarakat umum, penulis menghadiahkan sekalung bunga penghargaan dan ucapan tahniah di atas keikhlasan hatinya, semuga Tuhan membalasnya.
TAMAT

Wednesday, December 17, 2008

Siapa Makan Cili: SIAPAKAH BAKAL JADI AL-ZEIDI MALAYSIA?



MUNGKINKAH wartawan atau rakyat Malaysia akan menjadi seperti Muntahdar Al-Zeidi, yang melakar sejarah membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika, J W Bush ketika lawatan perpisahan negarawan tersohor itu ke Baghdad minggu lalu?
Setidak-tidaknya, tindakan nekad wartawan Iraq itu mengajar pemimpin dunia bahawa setiap manusia mempunyai perasaan dan ada kalanya tidak terkawal apabila ia sampai kemuncaknya.
Al-Ziedi bukanlah manusia wartawan yang baru, malah mengikut lakaran sejarahnya ia merupakan wartawan yang pernah ditahan tentera militan Amerika Syarikat ketika Perang Iraq.
Al-Ziedi, 28, mula bertugas di stesen televisyen Al-Baghdadia pada September 2005 selepas lulus daripada Universiti Baghdad dengan ijazah sarjana muda komunikasi.
Lelaki Syiah yang masih bujang itu ditahan pihak berkuasa Iraq dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda.
Tanpa menghitungkan keprofesionalmenya sebagai wartawan, Al-Ziedi sanggup melakukan tindakan di luar batasan etika kewartawan dan kesopanan sejagat. Entahlah kalau insiden itu terjadi di luar petak kewarasan akibat dipengaruhi emosi ketuanan Iraqi yang ada padanya.
Hakikatnya, manusia tidak sunyi daripada dipengaruhi perasaan dan sensisitivi ketuanan warga yang sanggup menerima hukuman akibat mempertahankan hak dan kebebasan di bumi sendiri.
Bukan tidak ada perasaan begitu turut dirasai wartawan Malaysia yang menjadi menjadi warga jati negara apabila ada pemimpin yang bersikap demikian seperti Bush. Tetapi oleh kerana rakyat negara ini mempunyai dan masih memegang nilai-nilai kesopanan dan kesusilaannya, mereka tidak sanggup berbuat demikian.
Justeru, kita tidak pernah menyaksikan kejadian tidak diingini hingga mengorbankan banyak nyawa akibat rusuhan dalam insiden tunjuk perasaan, kalau adapun secara aman. Ini mungkin dihalang beberapa faktor penyebab, termasuk adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diwar-warkan pihak tertentu untuk menghapuskannya.
Cuma kita terpalit sedikit dengan insiden kecil di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disembur bahan pemedih mata setibanya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Kota Bharu untuk menghadiri suatu perhimpunan tidak lama dahulu. Kini kes itu di peringkat pembelaan di mahkamah.
Pemimpin politik Malasysiapun sewajarnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku itu, jangan sampai rakyat naik muak dengan tindak tanduknya sehingga memperlihatkan mereka seolah-olah tidak lut walaupun oleh senapang gajah, kerana walaupun tidak dengan senjata moden, ilmu kebatinan boleh membunuh seseorang dengan senapang senyap, seperti dengan menggunakan buluh rencung.
Bagaimanapun, kita tidak minta semua ini berlaku, malah minta dijauhkan malaikat 40.
Apa yang diharapkan pemimpin negara akan insaf dan peka dengan apa yang berlaku di sekeliling masyarakat kita sekarang ini. Ini kerana, kita boleh menggunakan kuasa yang ada di tangan kita, tetapi mereka yang merasakan tertindas dan teraniaya akan tetap merasai apa yang kita tidak rasa. Malah, Allah tahu apa yang manusia tidak tahu.
Justeru, ada yang berpendapat adalah lebih baik menjadi pemimpin yang disegani daripada pemimpin yang ditakuti. Ini kerana, pemimpin yang ditakuti hanya ketika mereka berkuasa, tetapi seseorang pemimpin yang disegani, masyarakat akan menghormati walaupun mereka sudah tidak berkuasa, malah jika matipun mereka tetap menghormati apa yang ditinggalkannya, termasuk ilmu dan amalannya.
TAMAT

Tuesday, December 16, 2008

Sekilas pandang: TELEFON BIMBIT KINI SUDAH JADI ALATHIBURAN?


Ketika melawat Hong Kong sekitar tahun 1990an, penulis kagum dan terpegum melihat kebanyakan pelajar di sebatang jalan negara itu masing-masing mengengam telefon bimbit dan bercakap sesuatu mungkin dengan ibu bapa atau rakan mereka.
Hati penulis tedetik melihat telatah mereka yang boleh dikatakan mewah kerana memiliki telefon bimbit berbanding dengan pelajar negara kita ketika itu.
Ini kerana penulis sendiri hanya memiliki satu set telefon Nokia yang paling murah untuk kegunaan, itupun kerana tugasan harian.
Kedatangan penulis ke negara di bawah takluk jajahan British ketika itu selama tiga hari adalah atas jemputan Persatuan Pelancongan Hong Kong (HKTA) dan mewakili akhbar Berita Harian.
Kami ditempatkan bersama rakan lelaki dari akhbar lain di sebuah hotel bertaraf lima bintang salah sebuah bandar negera itu.
Selain merasai pengalaman berada dalam sebuah metropolitan ala Cina walaupun untuk beberapa hari, penulis berasa bertuah dapat mengenali negara itu dari dekat dan diberi peluang melawat masjid dan pusat perkembangan tamadun Islam tertua di negara itu.
Bagaimanapun, setelah penulis pulang ke tanah air, beberapa tahun selepas itu kekaguman melihat pelajar masing-masing menggengam telefon bimbit semakin hilang apabila melihat ramai di kalangan rakyat, termasuk pelajar kita juga kebanyakannya sudah mula memiliki telefon bimbit.
Malah, alat komunikasi itu kini sudah menjadi barang keperluan dan bukan lagi mencerminkan kemewahan. Kini kita boleh lihat penjual sayur, ikan, dan tukang pikul atau punggah barang seludup di tepi Sungai Golok, rata-rata sudahpuan memiliki alat itu.
Ini menunjukkan suatu perkembangan yang membanggakan bagi rakyat negara ini yang hidup di alaf moden, di mana telefon sudah menjadi alat keperluan dan bukan lagi menjadi alat mewah.
Malah bagi sesetengah ibu bapa yang berada sengaja membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka dijadikan alat permainan, maklumlah harga barang itu kini semakin murah dan berlambak-lambak di kedai dan laku seperti pisang goring panas. Difahamkan ada di natara telefon yang diberikan kepada anak-anak mereka itu diperolehi secara percuma hasil menyertai pertandingan persahabatan golf antara kelab, atau mendapat hadiah cabutan tiket bertuah.
Bagi anak-anak remaja sama ada lelaki atau wanita, set telefon bimbit kini menjadi alat hiburan dengan memuatturun pelbagai lagu dan gambar yang diakses melalui internet atau MSS di antara rakan mereka.
Apa tidaknya, harga setiap set telefon semakin murah, malah ada yang tidak sampai RM1,000 dengan pelbagai jenama yang canggih, selain yang dijual secara `under water’. Ada antara set telefon bimbit itu yang dimport dari Cina dijual dengan harga murah, walaupun mutunya tidak sama dengan original.
Penggunaan telefon bimbit secara meluas sekarang ini boleh membawa kepada gejala kurang sihat di kalangan kanak-kanak, kerana ada di antara keluarga ketika ini jarang untuk berinteraksi secara berdepan atau bersemuka, kerana mereka lebih banyak berhubung secara sistem pesanan ringkas (SMS). Malah penulis pernah melihat sendiri bagaimana seorang kanak-kanak megarahkan ibubapa membawa masuk akhbar ke dalam bilik tidur untuk dibaca tanpa meminta atau berhubung secara lisan.
Inilah padahnya apabila revolusi pemodenan dunia menguasai masyarakat madani sekarang ini, yang mula mengepikan soal-soal nilai murni, akhlak dan rohani. Ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana keadaan yang mengubah segala bentuk budaya dan gaya hidup selaras dengan perkembangan masyarakat global sekarang ini.
Di sebalik keadaan perubahan pemodenan masyarakat ketika ini, penulis rasa teruja apabila mendapat SMS dari anak bongsu yang sedang mengikuti Edu-Camp di Universiti Teknologi Petronas, di Teronok mengucapkan selamat hari jadi ketika penulis sedang bertugas di pejabat.
Tanpa menyedari hari jadi jatuh pada hari itu, penulis dikejutkan dengan panggilan SMS yang dihantar anak bongsu perempuan yang menjadi harapan keluarga dalam pelajaran itu.
Dalam hati penulis berbisik seorang diri, rupa-rupanya arus pemodenan yang diharungi anak-anak di zaman ini mampu memberi rahmat kepada ibu bapa yang kian melupai zaman keperitan dan kepayahan hidup ketika kecil dahulu, di mana menggunakan tin susu dan dawai dengan diregang jarak 100 meter untuk dijadikan alat permainan telefon yang hanya mampu bercakap “helo-helo” saja.
TAMAT

Monday, December 15, 2008

JANGAN POLITIKKAN ISU PEMBELIAN KERETA CAMRY


LANGKAH Kerajaan Negeri Perak membeli kereta Camry sebagai kereta rasmi nampaknya menimblukan pelbagai reaksi bukan saja di kalangan orang ramai, malah pemimpin politik.
Keadaan itu meletakkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam serba salah. Untuk tidak terus menggunakan kereta Nasional Perdana Eksekutif V6, kerajaan terpaksa menghadapi risiko kos penyelengaraan yang tinggi dan jika menggunakan kereta impot itu, dikatakan tidak bersemangat petriotik.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.Reaksi yang tidak menyenangkan itu timbul apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari berkata, walaupun kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana Tinggi, pembelian kereta tersebut menyebabkan mata wang negara mengalir dalam negeri.
Persoalan yang timbul ialah apakah kita sanggup membazirkan wang banyak untuk menjaga kepentingan yang kecil daripada kita melakukan penjimatan untuk kepentingan rakyat dan wang negara, malah Islam sendiri menentang pembaziran dan orang yang membazir disifatkan sebagai saudara syaitan.
Begitu juga dalam menjaga semangat petriotik, apakah kita sanggup mendewa-dewakan semangat petriotik jika kantung kita kekeringan dan tidak berisi untuk mempertahankan tenaga dan kuasa kita dalam menghadapi sebarang bentuk serangan dan cabaran?
Mungkin ramai di antara kita tidak boleh menerima pepatah Melayu yang menyebut hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang lebih baik di negeri sendiri. Apakah kita sanggup berhadapan dengan kesengsaraan di sesuatu tempat itu demi mempertahankannya sedangkan ada tempat lain yang boleh memberi kebahagian kepada kita. Justeru, Tuhan suruh kita berikhtiar demi mengejar kebahagian dunia dan kebahagian di akhirat. Sebab itu ada di antara masyarakat kita mengamalkan sikap suka berhijrah.
Isu penukaran pembelian kereta kerajaan negeri Perak, nampaknya cuba disokong oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan di Penang, apabila kerajaan negeri itu juga bercadang untuk membeli kereta Camry untuk menggantingkan kereta Proton Perdana Eksekutif.
Ini dinyatakan Ketua Menterinya, Lim Guang Eng dalam kenyataan terbarunya semalam sebagai menyokong dan mengikut langkah Kerajaan Perak.
“Yang pastinnya kami tidak akan membeli Proton Perdana, kami akan menukar kepada kereta yang lebih jimat dan ekonomi apabila tiba masanya,” katanya.
Ketua Menteri itu berkata, pihaknnya ingin memastikan kerajaan negeri memperoleh nilai sebenar bagi setiap pembelian dibuat.
“Toyota Camry adalah pilihan tetapi apabila tiba masa untuk menukar kereta kami akan mendapatkan kereta yang paling ekonomikal dan syarikat mana yang boleh memberi pilihan terbaik,” kata beliau sambil menyifatkan kereta nasional sebagai teruk.
Ini kerana, tambahnya, selain perkhidmatan yang tidak memuaskan, kos penyelenggaraan sebuah sebuah kereta Perdana V6 mencecah kos RM30,000 setahun.
Sementara itu, Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula menyalahkan Kerajaan Pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota Exco kerajaan dan pegawai kanannya.
Beliau berkta, keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry, berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif sebagai kenderaan rasmi.
Dalam menangani persoalan kereta nasional dan kereta import ini, kita tidak mahu ada pihak yang sengaja menjadikannya sebagai isu politik kepartian yang melihat iannya atas dasar perbezaan fahaman politik dan bukan atas dasar kewajaran dan kerelevanannya.
TAMAT








Saturday, December 13, 2008

Siapa makan cili: KERENAH BIROKRASI PUNCA BAYARAN KERAJAAN LAMBAT


SEWAKTU bersungut mengenai bayaran bagi suatu projek yang dijalankan atas nama sebuah agensi kerajaan negeri, seorang teman memberi jawapan selamba “Biasalah duit kerajaan, lambat dapat. Entah bila, LO saya bulan April dulupun belum keluar semetelah cek bayarannya….”.
Berdasarkan jawapan selamba teman peniaga itu tadi, ternyatalah apa yang dikatakan ramai bahawa setiap bayaran untuk kerja-kerja projek sama ada secara kontrak atau rundingan atas nama kerajaan lambat untuk diselesaikan.
Pendek kata, kalau si pekerja itu tidak ada pendapatan sampingan lain akan mati kebuluran untuk menunggu bayaran daripada pihak berkenaan.
Kelambatan inilah mungkin yang menyebabkan sesetengah pekerja atau penerima kontrak sengaja meletakkan harga atau sebut harga (kotesyen) tinggi terhadap satu-satu kerja yang diperolehi daripada kerajaan.
Kita sebagai pengguna harus mencari jawapan apakah isu atau perkara ini tidak boleh diatasi. Apakah kita terpaksa menerima jawapan seperti itu “Biasalah kalau duit kerajaan. Lambat…”.
Kita harus tanya apakah kerajaan tidak mempunyai kakitangan untuk menguruskan pembayaran itu cepat, sebagaimana kaedah pembayaran yang dibuat oleh pihak swasta atau syarikat individu lain. Misalnya, hari ini kita tuntut, esok atau lusa kita akan dapat bayarannya.
Apakah ini kerenah birokrasi kakitangan kerajaan yang tidak boleh diatasi atau memang sengaja kerajaan mencari alasan untuk melambat-lambatkan sesuatu bayaran itu.
Bagi saya, isu kelambatan bayaran cek atau tunai daripada kerajaan inilah menjadi faktor penyumbang utama menyebabkan ramai kontraktor atau mereka yang berurusan dengan agensi kerajaan meletakkan harga yang tinggi sebagai `denda’ kelambatan pihak berkenaan menjelaskan bayaran.
Saya pernah terdengar, ada pihak kontraktor sengaja buat muka manis atau buat baik dengan pegawai atau kerani yang menjaga LO dan membuat bayaran, dengan berbelanja makan dan minum dengan harapan supaya tuntutan mereka dapat dipercepat dan dipermudahkan. Bukankah ini tidak dinamakan “rasuah”? Dan bukankah amalan rasuah itu diharamkan oleh Islam sama ada penerima atau pemberi, sama-sama berdosa.
Ketika berbaik-baik dengan seorang kakitangan TNB dahulu, saya diberitahu bahawa dia pernah menerima beribu-ribu ringgit wang daripada pihak kontraktor yang mengendalikan kerja-kerja kontrak supaya meluluskan kerja-kerja mereka.
Inilah antara pendapatan sampingan yang mereka terima selain gaji yang diterima daripada majikan setiap bulan. “Sebab itu boleh kahwin dua, pakai kereta dua dan rumah sewa dua. Kalau tidak mana boleh hidup di Kota Raya ni beb, sebab itu ada orang kata, sejahat-jahat ibu tiri, jahat lagi bila kita berada di ibu kota!”, kata teman baru yang dikenali ketika sama-sama bertugas di ibu kota kira-kira enam tahun lalu.
Hati kecil penulis berdetik, sampai bilakah unsur-unsur ini dapat dihapuskan dalam amalan harian masyarakat kita bernama Melayu dan Islam ini. Tidak adakah makanisma atau formula yang boleh digunakan dan mampu menangani permasalahan ini?
Bagi penerima sogokan wang daripada sumber yang tidak halal ini patut sedar bahawa hasil yang mereka dapat untuk disuapkan kepada anak isteri dan keluarga tidak akan menjadi darah daging kerana dikutuk oleh malaikat ‘atid’ yang menulis setiap amalan jahat seseorang untuk dihisab di padang mahsyar kelak.
TAMAT

SEJUK HATI MENDENGAR KENYATAAN ALI RUSTAM


TERKEJUT dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datk Seri Mohd Ali Rustam, apabila membuka portal Mstar Online malam ini, yang memetik laporan Bernama beliau sebagai berkata, kerajaan negeri Melaka hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan April 2000 yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.
Kenyataan itu sekali gus memperlihatkan bahawa suatu gencatan senjata diumumkan oleh ketua kerajaan negeri di perintah BN terhadap negeri di bawah pentadbiran Pas.
Ia amat disambut baik oleh rakyat kedua-dua negeri itu yang selama ini, sejak tahun 2000 diputuskan tali silaturahim oleh politik kepartian.Mungkin tidak ramai yang sedar adanya arahan seperti itu jika tiada laporan yang dikeluarkan oleh Bernama itu.
Sikap gentlemen yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Bandar Bersejarah Melaka itu amat dipuji kerana telah membuka minda kakitangan kerajaan negeri daripada kepompong fahaman sempit yang dipisahkan oleh pemerintah akibat perbezaan politik kepartian. Syabas diucapkan.
Apa yang lebih menarik perhatian lagi apabila Mohd Ali menyatakan larangan itu ditarik balik berikutan beliau berpuas hati dengan sikap pemimpin PAS yang tidak lagi menuduh anggota Umno sebagai tidak Islam.
"Bermula hari ini agensi kerajaan negeri Melaka boleh mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan tanpa sebarang masalah dan berpuas hati tidak ada lagi kenyataan orang Umno tidak Islam.
"Bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka sendiri telah datang ke sini hari ini, sebelum ini ada kita ada datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini.
Tanpa mempersoalkan kenyataan itu ikhlas atau tidak, namun ia suatu petanda bahawa hubungan baik antara kedua-dua kerajaan negeri itu akan terjalin mulai detik ini, ketika kerajaan negeri Melaka mengadakan promosi pelancongan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Mungkin juga ramai yang mempersoalkan, jika tidak kerana kenyataan Ketua Menteri itu, ramai rakyat Melaka melawat negeri ini secara t dak rasmi sebagai pelancong terutama setiap kali musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu sama ada secara rombongan atau individu. Kerana banyak bas yang berlambangkan logo dan plat pendaftaran negeri Melaka terletak di petak tempat letak kereta, terutama di hadapan Istana Balai Besar, Kota Bharu, satu-satunnya kawasan tumpuan pelancong kerana ia lebih dikenali sebagai zon budaya bagi negeri Kelantan.
Kawasan itu juga terletaknya bangunan bersejarah, seperti Istana Balai Besar sendiri, Masjid Negeri (Masjid Muhammadi), Muzium Diraja, Muzium Perang Dunia Kedua dan Bank Pitis. Sekitar lokasi ini merupakan produk pelancongan utama negeri ini selain Pantai Cahaya Bulan (PCB), Zon Perdagangan Bebas Cuki Pengkalan Kubur di Tumpat dan Rantau Panjang dan rumah berhala Tok Kong Tidur, duduk dan berdiri di sepanjang perjalanan di kedua-dua jajahan itu.
Baguslah, dalam soal mempromosikan produk pelancongan itu, kedua-dua negeri berkenaan mengepikan sentiment politik kepartian yang tidak menguntungkan. Sebaliknya sama-sama mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan kualiti dalam industri pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) yang diadakan Kerajaan Pusat setiap tahun.
Kita harap tidak tidak timbul isu sedikit masa dahulu di mana ada Menteri atau pemimpin politik Umno yang sengaja memberi gambaran buruk kepada rakyat luar Kelantan dan pelabur asing terhadap negeri ini supaya tidak datang ke Kelantan, kononnya ia mundur dan tiada kemajuan dan mengenakan syarat-syarat ketat kepada pelabur yang ingin menanam modal di negeri ini.
Isu ini sebenarnya timbul ketika kerajaan negeri mula mengambil alih teraju pentadbiran daripada BN selepas pilihan raya umum 1990.
Apa yang diharapkan isu-isu begini tidak akan berbangkit lagi apabila kedua-dua pihak kerajaan negeri itu masing-masing menghulur tanda menyambungkan silaturahim secara rasmi seperti yang dinyatakan Ketua Menteri Melaka itu. Agar ia nanti mampu menamatkan sengketa yang tidak berkesudahan walaupun di luar petak kempen pilihan raya.
Lagipun sikap Mohd Ali itu patut dipuji sesuai dengan kedudukannya sebagai calon jawatan nombor dua dalam Umno pada pemilihan parti Mac ini, yang sekali gus diharap mampu menjadi faktor penyumbang menyejutkan hati perwakilan dari Kelantan yang memang mempunyai semangat kenegerian walaupun fahaman politik berbeza.
TAMAT


Thursday, December 11, 2008

"IKAN KERING JADI RAJA?"

SUDAH berbuih mulut penulis mencadangkan supaya kerajaan mencari satu kaedah yang sesuai bagi membolehkan peniaga menurunkan harga barangan, terutama barang keperluan dapur yang tidak berubah, malah semakin naik walaupun harga minyak sudah turun beberapa kali hingga ke tahap yang minimum sekarang ini.
Pada 3 Disember lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter, di mana petrol RON97 dijual pada harga RM1.90 seliter daripada RM2 seliter dan RON92 kepada RM1.80 seliter daripada RM1.90 seliter manakala diesel dijual pada harga RM1.80 seliter daripada RM1.90 seliter.
Ini merupakan kali ke enam kerajaan menurunkan
harga minyak sejak Ogos. Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November. Alasan peniaga terpaksa menaikkan harga barangan adalah disebabkan kenaikan harga minyak kini sudah tidak boleh relevan lagi, kerana kerajaan sudah menurunkan harga minyak pada tahap yang minimum selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran global.
Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad dalam kenyataan terbaru membayangkan harga runcit minyak di pam mungkin turun lagi berikutan perurunan bahan api itu di peringkat global.
Bagaimanapun, makanisma penurunan harga itu tidak dapat diumumkan lagi sebelum ianya diputuskan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mekanisma bagi melaksanakan sistem apungan atau harga lantai bagi petrol dan diesel akan dibawa ke kabinet sebelum diputuskan.
Perkembangan terbaru ini memang membanggakan kita sebagai pengguna yang setiap hari berhadapan kerana kerenah peniaga yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan tanpa memikirkan kebajikan pengguna.
Sikap peniaga yang tidak berperi-kemanusiaan ini harus diajar supaya mereka insaf dan sedar terhadap tindak tanduk mereka yang bersikap tamak dan mengejar keuntungan tanpa memikirkan masalah pengguna, kesan daripada fenomena kenaikan harga barang dan inflasi yang sedang melanda negara sekarang.
Peniaga seharusnnya patut turut bermuhasabah diri dan meletakkan diri mereka seketika sebagai pengguna yang sudah tentu dapat merasakan apa yang dirasakan oleh pengguna.
Penulis merasakan ketika ini ramai peniaga yang tidak bertanggungjawab merasa seronok dengan keadaan yang berlaku sekarang kerana dapat mengaut keuntungan yang lebih, tanpa memikirkan mereka adalah pencekik darah pengguna.
“Sampai bila harga barang turun, sedangkan harga minyak sudahpun turun beberapa kali,” keluh seorang suri rumah ketika membeli belah di Pasar Besar Siti Khadijah, satu-satunya pasar utama di Kelantan.
Penulis teringat, pasar itu sengaja diubah nama daripada Pasar Pusat Buluh Kubu oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai memberi gambaran pasar yang melambangkan peniaga mengamalkan sunah Nabi dalam perniagaannya. Apa lagi apabila majoriti peniaga di situ dimenopoli oleh golongan wanita berbanding peniaga lelaki.
Berasaskan kepada matlamat penukaran nama pasar oleh pimpinan ulama itu, adalah diharapkan peniaga juga boleh menyemai sifat-sifat yang dimiliki oleh Sayidatina Siti Khadijah dalam aspek perniagaan, seperti tidak mengambil untung secara berlebihan dan tidak sah; bertimbang rasa terhadap pembeli atau pengguna, selain melafazkan akad jual beli sewaktu berurusan dengan pelanggan.
Ini kerana ia merupakan cirri-ciri bermuamalat mengikut cara Islam.
Kesan kenaikan harga barang yang tidak terkawal sekarang ini penulis terdengar suara-suara sumbang dan keluhan daripada pengguna, khasnya suri rumah bahawa untuk mebeli ikan keringpun sekarang ini mereka terpaksa sediakan wang sekurang-kurangnya RM20 apatah lagi untuk mebeli ikan segar/basah, terutama kepala ikan.
“Sekarang ikan kering pelata dah jadi raja,” kata seorang surirumah sambil membimbit raga melalui lorong peniaga di Pasar Siti Khadijah suatu hari.
Menurutnya, sebelum ini orang tidak pandang kepada ikan pelata atau tamban sisik apatah lagi jika ianya dijadikan ikan kering, kerana ikan itu tidak mempunyai isi yang tebal dan bertulang. Kanak-kanak dan orang muda memang tidak sukakannya.
Tetapi kadar harga ikan kering jenis itu kini melambung naik hingga ke RM10 atau RM15 sekilo. Ini belum dibandingkan dengan harga ikan talang atau gelama sungai kering yang merupakan ikan kegemaran kalangan kenamaan, berada dan mewah.
Penulis teringat, mungkin berpunca daripada itulah yang dikatakan oleh surirumah berkenaan bahawa ikan kering jadi raja sekarang ini.
Setakat ini, penulis tidak nampak bagaimanapun kerajaan mampu mencari kaedah yang berkesan untuk menggalakkan supaya peniaga menurunkan harga barangan keperluan harian selaras dengan penurunan harga minyak yang kini sudah enam kali dilaksanakan kerajaan.
Pihak berkenaan seharusnnya tidak jemu dan bosan untuk mencari kaedah atau pendekatan yang sesuai dalam menangani isu itu supaya masalah yang membebankan pengguna ini tidak akan berlajutan atau tidak berkesudahan walaupun ia memakan masa bertahun-tahun lamanya.
Rakyat atau pengguna mungkin tidak boleh mengambil sikap memulau daripada barangan, kerana ia merupakan barangan perlu selagi keluarga mereka ningin bernafas dan hidup.
Mereka mungkin tidak sampai ke peringkat ingin memprotes secara berbogel seperti yang akan dilakukan oleh kumpulan apa yang dinamakan Gerakan Refomis Rakyat Malaysia (Refomasi) membantah pihak berkuasa kerajaan negeri itu menaikan kadar sewa Program Rumah Rakyat (PPR).
Walaupun tindakan kumpulan itu tidak logik dan tidak masuk akal, tetapi ia jelas menggambarkan rasa tidak puas hati segelintir masyarakat terhadap pihak berkenaan yang tidak mengindahkan rayuan dan sungutan terhadap nasib mereka yang merasai tertindas dan teraniaya oleh keadaan.
Justeru, kerajaan perlu mengambil langkah segera dalam mencari penyelasaian dan mengatasi masalah yang dihadapi rakyat, sebelum ia menjadi barah yang tidak dapat diubati, kerana seperti diperkatakan umum bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya.
TAMAT



Tuesday, December 9, 2008

FATWA: "KENYATAAN RAJA MUDA PERAK LEBIH ADVAND"


KENYATAAN terbaru Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah berhubung isu fatwa menimbulkan tanda tanya samada ia lebih berupa amaran kepada pihak berwajib di negeri itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu atau mempetikaikan keputusan Majlis Fatwa dalam membuat keputusan mengenainya.
Dari segi lain, kenyataan itu memperlihatkan bahawa Raja atau Sultan sesebuah negeri mempunyai kuasa dalam menentukan sesuatu fatwa sebelum ianya dikeluar atau dikuatkuasakan, kerana mereka adalah ketua agama sesebuah negeri.
Kenyataan itu juga sebagai amaran keras kepada pegawai dan kakitangan berkaitan hal-ehwal agama di negeri itu, termasuk Menteri Besar sendiri supaya berhati-hati dan merujuk kepada pihak istitusi berkenaan nterlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu fatwa.
Dr Raja Nazrin ketika bertitah di istiadat perasmian Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke-164 di Ipoh semalam, mengingatkan Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak agar tidak membuat sebarang kenyataan mengenai isu agama Islam sebelum mendapat perkenan daripada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Baginda bertitah sebarang perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada baginda (Raja Dr Nazrin) selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak untuk dipersembah bagi mendapat perkenan Sultan Perak sebelum sebarang kenyataan mengenainnya dikeluarkan.
“Beta juga mengingatkan kepada Memanda Menteri Besar, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan, Pengarah serta kakitangan Jabatan Agama Isalam Perak untuk terlebih dahulu merujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Ialam dan Adat Melayu Perak, untuk diangkat sembah mendapatkan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebelum membuat apa-apa kenyataan awam dan kenyataan media bagi apa juga perkara yang jelas terletak di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan,” titah baginda yang dipetik laporan Bernama, hari ini (9 Disember 2008).
Dr Raja Nazrin juga menegaskan selain sebarang keputusan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, proses permulaan untuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa juga hendaklah terlebih dahulu dirujuk untuk mendapat perkenan daripada Raja-Raja.
Tanpa menyebut hubung kaitnya dengan isu semasa, kenyataan Raja Muda Perak itu mungkin merujuk kepada isu pengharaman senaman yoga yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana beberapa negeri sudah turut mewartakan pengharamannya daripada diamalkan umat Islam di negeri-negeri berkenaan.
Selain Sarawak antara negeri yang telah bersetuju untuk melaksanakan fatwa tersebut ialah Melaka manakala negeri-negeri lain, seperti Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Perak dan Selangor dilaporkan sedang meneliti fatwa berkenaan.
Selain Sarawak antara negeri yang telah bersetuju untuk melaksanakan fatwa tersebut ialah Melaka, manakala negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Perak dan Selangor dilaporkan sedang meneliti fatwa teresebut.
Majlis Fatwa Kebangsaan mendapati senaman yoga mengandungi undur-unsur agama tertentu, mentera dan pemujaan yang bertentangan dengan Islam.
Kenyataan Dr Raja Nazrin itu dilihat lebih advand dalam memperkatakan isu itu berbanding dengan pemimpin lain, sama ada tidak mahu berhadapan dengan kenyataan atau tidak berani kerana takut dikatakan lebih advand daripada pemimpin lain.
Penulis tidak tahu maksud sebenar Raja Muda Perak bertitah demikian, tetapi daripada apa yang tersurat itu mungkin ada yang `tersirat' di sebalik kenyataannya itu.TAMAT

Saturday, December 6, 2008

Sekilas pandang: MEROBEK PENGALAMAN SEBAGAI WARTAWAN


KALI pertama diberi peluang menyampaikan ceramah di Kursus Asas Penulisan Berita, anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri menggamik rasa seronok sehingga masa yang diberi 1 jam 30 minit tidak cukup sehingga melangkau ke slot penceramah lain.
Inilah kali ketiga diberi peluang menyampaikan ceramah secara rasmi oleh pihak penganjur. Yang terbaru ini agak grand sedikit kerana majlis diadakan di dewan agak besar Perdana Resort, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan dianjurkan Kerajaan Negeri.
Kali pertama di dewan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, Jalan Kadir Adabi Kota Bharu, tiga tahun lalu disertai oleh kira-kira 50 peminat sasatera yang mula berjinak-jinak mahu menceburi bidang penulisan berita dan rencana.Ia dianjurkan oleh Persatuan Penulis Kelantan (PPK) yang saya sendiri menjadi ahli.
Kali kedua d i bangunan Perpustakaan Islam Az-Zahra, Jalan Merican Kota Bharu, disertai individu yang berminat untuk menjadi wartawan tetap dan sambilan dengan akhbar Mingguan Wasilah, di mana saya sendiri dilantik sebagai Pengarangnya. Ia dianjurkan pihak Kelantan Reserch of Institut Strategict (Kris).
Ketidakcukupan masa yang diperuntukkan itu terasa disebabkan saya membuat `homework’ dengan merangka kertas kerja atau `talking point’ yang hendak disampaikan kepada peserta hari itu. Saya diberi tajuk asas-asas penulisan berita dan merupakan slot pertama dalam kursus selama dua hari itu.
Banyak apa yang saya perkatakan dalam ceramah itu berkisar tentang pengalaman ketika bertugas sebagai wartawan sejak dari mula menjadi penulis sambilan (stringer) seawal 70-an sehinggalah ke jawatan apa yang dinamakan Wartawan Eksekutif dan Ketua Biro Berita Harian sebelum bersara pertengahan Disember 2004.
Keseronokan itu juga mungkin berkat doa yang saya baca sebelum memulakan ceramah supaya Allah membuka pintu hati saya yang ikhlas ingin berkhidmat sesama manusia yang ingin mengikut jejak langkah saya sebagai wartawan, atau setidak-tidaknnya mengenali latar belakang dari dekat apa yang dimaksudkan dengan manusia yang dinamakan wartawan atau pemberita ini.
Tektik penyampaian ceramah kali ini juga saya ubah berbanding sebelum ini, di mana saya memberi peluang kepada peserta bertanya atau berbincang selepas selesai satu-satu tajuk kecil dalam kertas kerja atau `talking points’ itu, yang sebelum ini saya tidak rangka kemas. Apa lagi, saya gunakan segala kepakaran yang ada pada saya sebagai orang lama dalam bidang penulisan ini, walaupun kebanyakan point saya beredasarkan pengalaman sendiri dan sedikit sahaja berdasarkan teori yang diperolehi daripada mengikuti kursus anjuran majikan.
Saya sedar ada antara point yang saya perkatakan itu menyentuh polisi syarikat majikan tempat kerja dahulu dan cuba menyelami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat oleh etika kewartawanan ketika bertugas di penerbitan akhbar arus perdana. Memang tidak dapat dinafikan setiap penerbitan yang dikawal oleh kerajaan mesti memain peranan menjadi organ parti pemerintah sebagaimana akhbar yang diterbitkan oleh parti pembangkang juga, contohnya Harakah.
Saya sedar apa yang saya perkatakan dalam ceramah itu lebih memperlihatkan kesedaran diri untuk menjadi penulis pendakwah yang sudah insaf dalam warna-warna kehidupan yang tidak berpandu kepada arah tuju akhirat. Ini kerana setiap sen wang gaji yang diberikan majikan dan dinikmati selama ini adalah halal di sisi agama supaya mendapat keberkatakan dunia dan akhirat. Kerana saya sedar jika wang yang diperolehi daripada sumber yang tidak halal tidak akan menjadi darah daging untuk diri dan keluarga dan tidak diberkati, malah akan menerima musibah suatu hari nanti.
Kedasaran ini juga mungkin terbit berkat daripada saya begitu menghayati ibadah saya sepanjang Ramadhan lalu, di mana saya juga turut terbabit menerbitkan bulletin khas “Qaryah Ramadhan” anjuran kerajaan negeri. Seperti yang saya perkatakan dalam blog sebelum ini bahawa penghayatan ibadah saya sepanjang Ramadhan lalu banyak memberi rahmat iman di mana saya berpegang kepada kenyataan seorang pendakwah bebas, Dr Abdullah Yasin, yang menyifatkan tindak tanduk saya ketika ini mempunyi ciri-ciri kesan limpahan rahmat yang diturunkan malaikat pada malam 27 Ramadhan itu iaitu suatu malam yang lebih baik daripada 1,000 malam.
Jadi, bertolak pada hakikat inilah, saya lebih memberi tumpuan ceramah itu kepada penerapan nilai-nilai rohani dan secara kebetulan peserta pula terdiri daripada mereka yang dihantar oleh penyelia-penyelia DUN yang mewakili parti pemerintah kerajaan negeri, walaupun saya sendiri bukannya menjadi ahli parti berkenaan. TAMAT

Thursday, December 4, 2008

PEMILIHAN CALON PAS: HARAP TIADA PERTEMBUNGAN



WALAUPUN Pas belum membuat kenyataan rasmi mengenai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, namun kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah petunjuak awal ke arah pemilihan calon Pasn sebenar yang bakal diletakkan di kawasan itu.
Nik Aziz dalam kenyataannya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim, hari ini (3 Disember) awal-awal lagi membayangkan hasratnya untuk meletakkan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai calon dalam pilihan raya buat kali kedua selepas tewas pada pilihan raya umum ke-12 lalu, menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail.
Katanya, secara peribadi beliau mahukan Mohamad Sabu dipilih sekali lagi sebagai calon kawasan itu.
“Memandang Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk tidak mencalonkannya sekali lagi dalam pilihan raya kecil kali ini.
“Kalau boleh saya nak begitu (kekal calon) sebab di Parlimen kena ada orang seperti Mohamad Sabu kerana lidah lantang, isu yang ditonjolnya bukan dibuat-buat, tapi reality.
Beliau mengakui, walaupun beliau sudah lama menjadi penceramah, tetapi lidahnya tidak sehebat Mohamad Sabu, ini berlaku kerana manusia mempunyai kelebihan masing-masing.
“Saya ada cara saya sendiri, tapi di Parlimen ni baik ada Mat Sabu,” katanya yang dipetik Harakah Daily petang ini.
Walaupun kenyataan Nik Aziz itu lahir dari isi hatinya secara peribadi, tetapi itu suatu petunjuk kepada parti itu dalam membuat pemilihan dan keputusan adalah terletak di tangan pucuk pimpinan parti.
Apa yang diharapkan ianya tidak menimbulkan pertembungan pendapat antara pemimpin walaupun pucuk pimpinan parti mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pemilihan.
Yang jelas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus membuat pertimbangan adil dalam hal ini, walaupun saranan Nik Aziz itu sebagai pendapat peribadinya ia adalah keluar dari mulut Musrsyidul Am sendiri yang wajar dihormati.
Nik Aziz juga mengakui bahawa itu adalah cadangan beliau, Pas Pusat belum lagi bermesyuarat dalam memutuskan perkara itu.
“Itu (cadangan memilih Mohamad Sabu) hanya pandangan peribadi saya, keputusan hanya ditentukan dalam mesyuarat Pas Pusat nanti,” katanya.
Dalam hubungan ini, Pas harus mengambil kira dalam banyak perkara, bukan saja populariti calon itu sendiri, tetapi mood pengundi berdasarkan keadaan semasa. Apakah calon itu mampu menarik pengundi dalam pilihan raya kecil kali ini berbanding pilihan raya umum lalu yang menyaksikan calon BN, Allahyarham Datuk Razali memperolehi kelebihan undi 628 sahaja mengalahkan Mohamad Sabu yang mendapat 31,934 undi dan calon bebas, Maimun Yusoff (685 undi).
Pada pilihan raya itu, Razali yang memperolehi 32,562 undi dilantik Timbalan Menteri Pel;ajaran adalah penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu setelah memenangi pilihan raya umum 2004.
Umum mengetahui, dalam pemilihan calon ini, Umno atau BN menghadapi masalah yang sama untuk menentukannya, kerana mereka mempunyai petunjuk-petunjuk sendiri, sama ada daripada bahagian, Badan Perhubungan Umno Negeri dan Pusat.
Berdasarkan kenyataan Sdr Sayuti Omar dalam bloknya, antara nama yang disebut-sebut sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen itu nanti selain Mohamad Sabu ialah Syed Azman Syed Ahmad, seorang tokoh muda Pas.
Persoalan timbul apakah PKR bersetuju memberi laluan kepada Pas untuk meletakkan calonnya, sedangkan parti itu juga mempunyai pengaruh yang tidak kurang kuatnya di kawasan Parlimen itu.
Bagaimanapun, daripada kenyataan Setiausaha Agung Keadilan, Azmin Ali, awal-awal lagi menyatakan pihaknya tidak akan meletakkan calon dari parti itu, sebaliknya menyerahkan kawasan itu kepada Pas.
Justeru, apa sahaja kaedah untuk memenangi kawasan berkenaan, parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, terutama Pas dan PKR harus mencari pendekatan bersepadu dalam usaha berkempen bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu, yang akan menyaksikan semangat kesetiaan kawan yang jitu.
Bagi BN pula, sekurang-kurangnya ada dua calon yang disebut-sebut bakal diletakkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu, iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu sendiri, merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan pilihan kedua Bendahari Umno Negeri, Datuk Roslan Awang Chik.
Apapun, keputusan sebenar calon BN hanya akan ditentukan dalam mesyuarat Pengurusan atas persetujuan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat ini.
Ia terpulang kepada kebijaksanaan percaturan politik yang bakal dibuat oleh kedua-dua parti yang disifatkan sebarang akrab dalam Pakatan Rakyat itu.TAMAT

Monday, December 1, 2008

Sembang petang: "MPKB-BRI MUNGKIR JANJI"?

KETIKA saya dipanggil untuk menyertai majlis perbincangan mengenai kaedah pembayaran tunggakan cukai bandar atau cukai pintu Majlis Perbandaran Kota Bharu-Badaraya Islam (MPK-BRI) saya membuat akujanji untuk menjelaskan tunggakan bayaran itu secara ansuran.
Bagaimanapun, sebelum akujanji itu dibuat di hadapan sekurang-kurangnya 20 pasang mata terdiri ahli majlis mesyuarat dan pegawai kanannya, pihak berkenaan memberi jaminan akan menyediakan semua kemudahan yang dipohon oleh saya sebagai pembayar cukai.
Mereka memerhati rayuan dan hujah-hujah mengapa saya tidak membayar cukai bandar mengikut sewajarnya menyebabkan ia tertunggak bebarapa tahun yang berjumlah kira-kira RM2,000.
Secara emosi saya menjawab kerana manusia ini bergantung kepada mood untuk menunaikan tanggungjawabnya memandangkan MPKB-BRI tidak menyediakan kemudahan sewajarnya kepada saya dan kami yang tinggal di kawasan pinggir bandar, yang terpaksa membayar cukai sebagai penduduk lain yang menikmati kemudahan secukupnya. Saya berigui, apakah patut saya membayar cukai sedangkan saya tidak mendapat kemudahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan itu, seperti sistem mengangkut sampah, perparitan, lampu dan jalan.
Adalah dirasakan tidak adil jika kita yang tinggal di kawasan pinggir bandar dinafikan hak untuk menikmati kemudahan itu berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar, terutama di kawasan jalan protokol, juga terpaksa membayar cukai sbagaimana mereka yang tinggal di pusat bandar.
Sekali fakir, apakah kita menolong membayar cukai bagi pihak penduduk yang tinggal di pusat bandar setiap tahun sdangkan kita tidak dapat menikmati kemudahan itu?
Itulah yang menyebabkan saya memberi alasan “tak ada mood” untuk menjelaskan bayaran cukai bandar menyebabkan ia tertunggak beberapa tahun.
Pada majlis perbincangan itu, saya secara emosi mempersoalkan kepada ahli majlis mesyuarat MPKB-BRI yang hadir hari itu, apakah pihak berkenaan tida ketemui sepotong ayat al-Quran atau hadis yang menggalakkan pemilik premis bangunan di kawasan bandar menjelaskan cukai bandar atau cukai pintu, sebagai kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) memetik sepotong ayat dari surat Al-Baqarah bahawa “Hutang Wajib Dibayar Walaupun tidak dituntut”.
Tujuan saya membangkit isu itu supaya pihak pengguna/penghuni dan pihak MPKB-BRI masing-masing bertanggungjawab sebelum menuntut hak masing-masing. Mereka tidak boleh membuat tuntutan sebelah pihak saja tanpa mengambil kira pihak yang kena tuntut.
Sebenarnya rayuan saya supaya MPKB-BRI menyediakan kemudahan secukupnya kepada penduduk pernah dibuat beberapa kali sama ada melalui surat atas nama individu dan secara berkumpulan, tetapi sehingga ini belum ditunaikan.
Malah, saya sudahpun membayar wang pendahuluan RM1,000 kepada MPKB sebelum mendapat sijil CF sebagai sumbangan pemilik premis untuk membiayai pembinaan longkang untuk mengalirkan air ke longkang besar bagi mengelakkan banjir kilat. Namun longkang atau parit yang dimaksudkan belum dibina hingga hari ini walaupun rumah saya kini berusia lebih 15 tahun.

Saya membangkitkan perkara itu kepada 20 pasang mata ahli majlis yang menyertai majlis perbincangan di Dewan Bunga Raya Kompleks MPKB-BRI hari itu.
Untuk menunjukkan kesungguhan pihaknya melayani kehendak pelanggan atau pemilik kediaman, seorang ahli majlis terus mengarahkan pegawai yang bertugas di bagian infrustru ktur meninjau keadaan apa yang didakwa oleh saya bahawa tidak ada kemudahan secukupnya di kawasan saya itu. Malah, pegawai terbabit meminta saya menunjukkan kawasan dimaksudkan ketika saya masih berada di kompleks MPKB hari itu.
Tetapi malangnya, sehingga hari ini kemudahan yang dijanjikan tidak lagi disediakan menyebabkan saya sekali lagi gagal mematuhi akujanji dan membayar cukai Bandar secara ansuran. Saya hanya mampu membayar selama dua bulan berturut-turut.

Saya hendak lihat sampai bila MPKB mahu menyediakan kemudahan yang sepatutnya ada di kawasan itu untuk kemudahan kami nikmati sebagai mana pembayar cukai lain. Saya berazam dalam hati, selagi pihak berkenaan gagal memenuhi tuntutan saya sebagai warga kota yang patut menikmati kemudahan tinggal dalam kawasan bandar, selama itulah saya tidak akan memenuhi akujanji yang saya tandatangani ketika rundingan membayar cukai secara ansuran itu. Ini kerana pihak berkuasa tempatan itu sengaja mungkir janji, yang hanya bersikap olok-olok cakna kepada warga kota pembayar cukai ketika kempen memungut cukai dilaksanakan di kawasan itu, sedangkan mereka mungkir janji. Malah MPKB-BRI sendiri sepatutnya turut menandatangani surat akujanji sebelum penghuni berbuat demikian, jangan hanya sebelah pihak saja berbuat demikian, kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Dalam hati saya tertanya-tanya apakah hukumnya orang yang memungkiri janji? Justeru saya berpendapat dan berpegang kepada peribahasa orang tua-tua bahawa jika lembu berpegang pada tali, manusia berpegang kepada janji. Saya cuba mengubaisuai peribahasa itu, bahawa jika lembu berpegang pada tali, maka manusia atau orang Islam berpegang kepada imam, kerana janji kini jarang boleh dipegang, ramai manusia yang bergelar Islam tidak tepat dengan janjinya.

Prinsip itu saya bersandarkan kepada kenyataan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (MB Kelantan) bahawa tidak semua orang Islam itu beriman atau mukmin. Ramai umat Islam yang bersembahyang sehingga hitam dahi, tetapi tidak istiqamah dengan imannya.
Sebagai sebuah agensi kerajaan yang mempunyai Bahagian Pembangunan Agama Islamnya sendiri, pihak berkenaan harus mengambil iktibar di sebalik apa yang menjadi keluhan dan luahan rasa warga bandar dalam menangani isu tunggakan cukai yang membebankan kedua-dua pihak sesuai dengan piagam pelanggan yang diuar-uarkannya. TAMAT