Sunday, December 21, 2008

WACANA TRANFOMASI MEDAN PERCAMBAHAN MINDA POLITIK





TEKA-TEKI sanggupkah pemimpin Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berada di atas pentas politik bersama Naib Presiden Pas, Dato’ Husam Musa, terjawab apabila beliau muncul sebagai salah seorang ahli panel forum Wacana Tranfomasi Politik Malaysia, di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, malam tadi.
Malah, melihat kepada odeon dan sambutan hadirin lebih 5,000 itupun sudah cukup memperlihatkan suatu tranfomasi masa depan politik yang sihat yang dibawa oleh kepemimpinan muda.
Kebanyakan hadirin yang terdiri dari penyokong parti pakatan rakyat menyendatkan lagi Dewan Utama Balai Islam itu hingga melimpah ke luar dewan dan terpaksa menonton melalui skrin besar yang disediakan urusetia.
Turut menjadi panelis ialah pakar undang-undang dari UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan Prof Madya Mohd Agus Yusoff sebagai moderator.
Majlis menjadi hangat apabila ribuan penonton yang dipercayai penyokong fanatik kedua-dua parti Pas dan Umno melaungkan takbir ketika panalis melontarkan hujah-hujah yang mencuit hati mereka, malah ada yang bersorak semacam boo panelis apabila hujah yang disampaikan tidak secocok dengan mereka.
Inilah antara suasana yang dianggap tidak menyenangkan dan boleh menjejaskan matlamat sebenar forum itu diadakan, untuk faedah kedua-dua pihak Pas dan Umno.
Soal siapa yang lebih mendapat manfaat atau `mealage’ daripada forum itu bukan menjadi persoalan, yang penting ia banyak memberi faedah kepada penonton yang memenuhi ruang lokasi program itu diadakan.
Tahniah diucapkan kepada moderator wacana, Prof Madya Mohd Agus yang berjaya mengawal emosi penyokong kedua-dua parti yang hadir hangat apabila panelis diberi peluang menjawab soalan daripada penonton dan beliau sendiri.
Peluang dan ruang yang disediakan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UKN) menganjurkan forum itu amat menepati kehendak masa di mana khalayak ingin mendapat penerangan jelas mengenai tranformasi yang dihadapi parti-parti politik negara sekarang kesan thunami politik selepas pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) Mac lalu.
Malah, tajuk forum itu sendiri memberi makna yang mendalam tentang masa depan arah tuju politik orang Melayu, khasnya umat Islam negara ini.
Kebanyakan ahli panel boleh dikatakan berjaya memberi kesedaran kepada penonton sehingga masa mencemburui mereka kerana tidak sempat mengemukakan soalan lebih banyak ketika sesi soal jawab diberikan moderator.
Penulis hanya mengambil satu contoh hujah Husam ketika menjawab soalan moderator Mohd Agus, bahawa Pas akan tetap laksanakan hokum Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara dalam pilihan raya akan datang.
Menurut Ahli Exco Kanan kerajaan negeri itu, tugas untuk melaksanakan undang-undang hudup tidak seharusnnya dipikul oleh Pas sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul semua orang Islam dan pemimpinnya.
Pendapat beliau disokong oleh Prof Aziz bahawa menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.
Sekalung penghargaan diberikan kepada Prof Mohd Agus, Dato’ Husam dan Dr Aziz Bari serta tabik spring kepada Ahli Parlimen Renbau itu kerana sudi hadir dan berjaya menghidupkan wacana yang mampu menjana pemikiran politik yang kritis di kalangan ribuan khalayak penonton yang hadir.
Soal siapa yang menang dan kalah bukan menjadi perhitungan, yang penting ia menjadi titik tolak ialah forum itu sendiri sebagai suatu tranformasi keterbukaan politik kedua-dua parti yang menjadi musuh tradisi sejak sekian lama, selepas Pas ditubuhkan dari serpihan Umno, yang diasaskan di kalangan ulama parti domenan orang Melayu ketika itu (1951).





1 comment:

Anonymous said...

mat telipot..

alhamdulillah..sekurang2nya walaupun tak dapat gambaran yang jelas tentang apa yang yang diperdebatkan dalam majlis debat semalam tp saya dapat jugak sedikit info dari blog pakcik ni.. tapi dari pengamatan saya semalam,semacam semenantu paklah itu tidak brapa pandai dalam bab2 menghormati org yang lbih tua seperti mencelah dan memotong percakapan yb husam musa.. semoga debat semalam dapat membuka minda rakyat tentang keadaan sebenar iklim politik dimalaysia..