Sunday, February 22, 2009

ADI JAGAT MENDERHAKA KEPADA RAJA?





TIDAK sampai setahun menduduki kerusi panas Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas, setelah memenangani pilihan raya umum ke-12 Mac, Datuk Ibrahim dilihat sudah menunjukkan belangnnya seolah-olah cuba melawan tauke.
Tidak senang duduk di kerusi empuknya, Ibrahim cuba menggeletek mana-mana pihak yang baginnya tidak disenangi walaupun dia tahu orang yang digeleteknya itu pernah menyuap nasi dan menghidupkannya yang terkapai-kapai hampir lemas di tengah laut akibat ombak dan badai politik yang melanda kencang di kawasan itu.
Tabiat pemimpin yang tidak boleh duduk diam, Ibrahim tetap menyuarakan pendapatnya yang sesekali dilihat mengkritik atau menghentam pihak tertentu, termasuk Pas sendiri yang pernah menolongnya dalam pilihan raya ke-12 dengan memberi laluan mudah bertanding menggunakan simbol Pas dan sekali gus menyokongnya bagi memastikan beliau menang dengan majoriti agak selesa.
Justeru Pas boleh mendakwa kemenangan Ibrahim itu adalah atas ihsannya memberi laluan dengan Pas tidak meletakkan calonnya pada pilihan raya itu.
Ini diperakukan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau sendiri yang memujuk Pas kawasan Pasir Mas supaya memberi peluang kepada Ibrahim bertanding menentang calon BN di kawasan itu dan sekali gus tidak meletakkan calonnya.
Kemenangan Ibrahim dalam pilihan raya itu mendorong ahli parlimen itu mendabik dada kononnya beliau masih boleh menjadi hero dan disukai rakyat di kawasan itu, yang dilihat seolah-olah tidak mensyukuri bahawa kemenangan itu atas pertolongan Pas. Lalulah beliau sedikit demi sedikit mengeletek pinggang pemimpin parti itu dengan menkritik mana-mana gelagat pemimpin terbabit yang tidak sedap pada pandangan matanya sama ada secara tertutup atau terbuka. Ini menyebabkan ada pihak tertentu dalam Pas tidak senang dengan tindakannya yang mentakrif jebat menderhaka kepada raja.
Ketika mewawancara dengan Nik Aziz bersama beberapa penulis lain, Mursyidul Am Pas berkata keputusan meminta Ibrahim meletakkan jawatan adalah keputusan parti dan bukan dibuat oleh orang perseorangan dalam Pas kerana mendakwa tidak senang dengan kelantangan ahli parlimen itu menghentam Pas dari belakang.
Penulis cuba mengajukan persoalan kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, apakah teguran dan kritikan Ibrahim itu menunjukkan Pas tidak boleh dikritik atau ditegur apabila dilihat tidak kena dengan pendapat seseorang pemimpin lain, lalu pemimpin bertaraf ulama itu menjawab, ini bukan bermakna Pas tidak boleh ditegur. Sepatutnnya orang yang layak menegur ialah rakyat, bukan pemimpin parti, dan mereka tidak boleh memperkatakan sesuka hati sehingga boleh merosakkan hubungan dalaman parti.
Seorang rakan penulis yang komen tentang pendirian Nik Aziz itu mempersoalkan bahawa tindakan Pas itu seolah-olah mencerminkan parti itupun dua kali lima dengan Umno, iaitu tidak boleh ditegur dan dikritik, semuannya kena akur dengan keputusan parti atau pemimpin atasan walaupun ia ternyata tidak betul. Penulis terkedu untuk menjawab komen rakan itu menyebabkan persoalan itu tergantung di situ.
Penulis terdetik, sebagai pemimpin Ibrahim tidak boleh duduk diam. Dia akan bersuara dan terus bersuara selagi masih boleh bersuara atas platform sebagai wakil rakyat bebas walaupun beliau digelar dengan pelbagai nama jolokan, termasuk “adi jagat”, “katak lompat”.
Siapa yang tidak kenal dengan Ibrahim yang pernah menjadi hero sewaku usaha menggulingkan kerajaan Pas Kelantan pada 1977 sehingga tertubuhnya apa yang dinamakan parti Berjasa, Hamim yang lahir daripada serpihan Pas. Ini menyebabkan kerajaan campuran Berjasa -BN.
Ibrahim juga terkenal pemimpin yang berjuang atau sayap penting kepada Parti Melayu Swemangat 46 (S46) bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah yang kini disifatkan seolah-olah ular air dalam Umno. Beliau lebih dahulu menyertai semula Umno berbanding Tengku Razaleigh setelah parti itu dibubarkan pada 1988.
Di sini kita dapat lihat siapa lebih licit dalam politik, sama ada Ibrahim atau Tengku Razaleigh atau luncu-kuncunnya termasuk Menteri Penerangan sendiri, Datuk Mohd Shabry Chik, iaitu orang kanan Tengku Razaleihj ketika itu.
Justeru ada sesetengah pemerhati yang berpendapat Ibrahim sepatutnnya bermuhasabah diri di mana beliau telah menempuh banyak onak dan duri dalam hidup berpolitik tidak mahu mencari risiko sehingga menjejaskan ketenangannya dalam politik.
Tetapi manusia seperti beliau tidak mudah mengaku kalah dan senyap atas sikapnya semula jadinnya sebagai pembela rakyat dengan menerajui beberapa pertubuhan sukarela termasuk Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Pertubuhan Peribumi PERKASA Malaysia (Perkasa).
Umum akan mengetahui sejauh mana arus politik yang akan membawanya, sama ada hanyut bersama arus atau terlekat di celaj-celah dahan mati yang hanyut. Sama-sama kita saksikan nanti.

Wednesday, February 18, 2009

Sembang seawal pagi: DUNIA POLITIK DI MALAYSIA SEKARANG MAKIN KOTOR?




“Apa nak jadi dengan dunia politik di Malaysia sekarang?”, keluh seorang ahli jemaah masjid berhampiran rumah penulis selepas solat subuh pagi tadi.
Keluhan itu merujuk kepada berita yang berkaitan laporan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjang, Elizabeth Wong yang terpaksa meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun berikutan gambar bogelnya diedarkan di internet dan MMS
Memanglah penulis merasakan adalah tidak adil seseorang penjawat awam terpaksa meletakkan jawatan semata-mata kerana tidak tahan dengan kerenah dan fitnah yang beliau sendiri tidak redha.
Siapakah yang sanggup meredakan jika segala kesilapan yang dilakukan sebelum ini, ketika belum menjadi selebriti, tiba-tiba didedahkan umum apabila beliau berada di puncak populariti. Ini suatu malapetaka yang amat buruk dan suatu kutukan yang amat besar harus dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawan melakukan penyebaran itu atas niat curang untuk mengaibkan atas kepentingan tertentu, termasuk berkait isu politik yang sedang memuncak melanda negara sekarang.
Mungkin kerana itulah, Wanita MCA, walaupun tidak sealiran politik dengan Wong, bangkit menyuarakan kutukan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penyebaran gambar itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula walaupun tidak mahu campur tangan dalam isu itu berkata: “Kalau mahu dipersoalkan (isu itu) kenapa di Malaysia selalu timbul masalah moral. Kita tidak boleh salahkan orang itu sahaja.
“Macam doktor kata di Kelantan ini banyak orang sakit darah tinggi, buah pinggang. Kita tak boleh nak salahkan orang itu saja, sebaliknya kena juga salahkan kepada cara hidangan makanan, cara suasana setempat, cara itu dan cara ini,” jelas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas itu.
Kenyataan sinis beliau itu jika ditilek mempunyai pengertian yang mendalam, yang boleh dilihat jawapannya itu dari sudut politik dan agama.
Kenyataan tokoh politik bertaraf ulama itu lebih kurang sama dengan jawapan apabila penulis memintanya komen mengenai tindakan Sultan Perak tidak membubarkan DUN negeri itu apabila Pakatan Rakyat gagal mengekalkan majoriti dalam kerusi DUN itu setelah tiga Adunnya keluar parti itu.
Beliau tidak menyalahkan tindakan Sultan kerana bertindak demikian, kerana beliau tahu Sultan mempunyai kuasa dan haknya. Apa yang dipersoalkan punca bermulannya kisah kenapa menyebabkan terpaksa Sultan bertindak demikian.
Katanya, kenapa beberapa Adun yang “hilang” beberapa hari, tiba-tiba muncul bersama orang politik Barisan Nasional, termasuk Datuk Seri Najib sebelum kerajaan Pakatan yang dibentuk 8 Mac tahun lalu digulingkan BN dalam masa yang singkat.
Beliau mengesyaki ini ada perancangan jahat oleh pihak tertentu, lantas menuduh Umno atau BN yang mendalangi itu semua.
Justeru itu, beliau menyifatkan Umno tidak boleh diharap, katanya “Usahkan nak jaga Islam, nak jaga demokrasipun tidak boleh (diharap).
Berbalik isu pengedaran gambar bogel Adun Bukit Lanjang itu, kita turut mempersoalkan kenapa isu itu timbul di saat kekalutan politik di Perak selepas BN berjaya menggulingkan kerajaan Pakatan, dan kali ini ia turut berlaku di negeri yang diperintah Pakatan di Selangor. Apakah ini nasib malang yang ditentukan oleh kadha' dan Qadr Allah atau perancangan pihak tertentu untuk menggulingkan kuasa yang ada demi untuk berkuasa tanpa memperakukan kerajaan yang dipilih rakyat tetapi atas kuasa teknikal undang-undang untuk menghalalkan cara?

Sunday, February 15, 2009

Sembang sebelum subuh: NIK AZIZ ELERGIK UNTUK KOMEN BERSABIT RAJA










“Ambo (saya) sore, kalu bab (menyentuh) soal Raja, tak nak ulas. Tak apalah…, malah kalu sabit Sultan Kelantan sendiripun ambo tak nak komen,”kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memulakan telahan ketika penulis menemuinya semalam untuk mendapatkan komennya mengenai kenyataan terbaru Sultan Selangor terhadap isu berkaitan kemelut politik negeri Perak.
Dari situ nampaklah tokoh politik bertaraf ulama itu tidak mahu melibatkan diri dalam kancah perang mulut antara institusi istana dengan pemimpin politik.
Mungkin atas sikap itulah Nik Aziz mampu mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan lebih 18 tahun atas tiket Pas walaupun menghadapi pelbagai ranjau dan duri ketika mula-mula mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum 1990, di mana beliau menghadapi cabaran paling getir apabila berhadapan dengan kemelut istana dengan kerajaan negeri ketika itu.
Pihak istana pun mungkin faham dengan sikap Nik Aziz, walaupun Menteri Besar itu jarang solat sunat Aidilfitri atau solat Aidiladha setiap tahun bersama Sultan sebaliknnya lebih suka solat bersama keluarga dan rakyat di masjid di hadapan kediaman pribadinnya di Kampung Pulau Melaka. Inilah antara keunikan yang terdapat pada pemimpin politik ini.
Penulis akur dengan tindakan Nik Aziz yang enggan mengulas mengenai kenyataan terbaru Sultan Selangor itu dan sambil tangan memegang buku nota penulis menambah:
“Tidak tok guru, walau apapun Tok Guru cakap saya akan masukkan juga, walaupun ia positif atau negatif (untuk media)…Tak apalah, tapi bagaimana dengan tindakan Karpal Singh akhir-akhir ini yang mengeluarkan kenyataan menyinggung istana, seperti mahu menyaman Sultan Perak?”
Sambil berjalan, Nik Aziz berpaling semula: “Itu dia orang punya pasal (tidak boleh diambil kira) kerana itu pandangan peribadinnya dan bukan mencerminkan keputusan Pakatan. Dia orang tua, malah orang-orang muda dalam DAP sendiripun tak pedulikannya. Kita menghormatinnya kerana dia orang tua, macamlah kita mengajar kanak-kanak menghormati orang tua, kesian dia…”
“Melihat kepada kenyataan Karpal itu (yang bertindak sendiri), apakah ia boleh menjejaskan hubungan parti ikatan Pakatan Rakyat Tok Guru?” celah penulis cuba mencari jawapan untuk dijadikan bahan tulisan atau laporan.
Beliau lantas menafikan kenyataan Karpal berhubung isu kemelut politik Perak itu boleh menjejaskan parti Pakatan.
Nik Aziz memanjangkan komennya,: "Apa yang menbulkan persoalan bagi saya, kenapa masa Barisan Nasional (BN) atau Umno kalah di Terengganu (pilihan raya kecil) baru-baru ini dan Pakatan menang di lima negeri senyap saja, orang tak sibuk, sedangkan bila BN merampas kerajaan Perak dari Pakatan, orang jadi kecoh. Begitu juga tiga wakil rakyat pakatan yang hilang (dikurung) di Perak baru-baru ini tiba-tiba muncul bersama pemimpin BN, terutama Datuk Najib sendiri kenapa ini berlaku?
“Tapi benda ni tok guru dah sebut sebelum ini,” jawab penulis mengiyakan telahannya, walaupun tahu ia merupakan persoalan yang sama dibangkitkan kepada penulis sebelum ini.
“Taka apa…. Tulislah,” jawab Nik Aziz sambil memberi salam permisi dan melangkah naik ke rumahnya.




Saturday, February 14, 2009

Sembang pagi: KAKITANGAN AWAM HARUS ISTIQAMAH



Membaca laman web Mstar Online sebelum subuh tadi, penulis berasa terpanggil untuk turut mengambil bahagian berbicara dalam laporan bertajuk: Kakitangan awam neutral - Ketua Pengarah”.
Tajuk itu memberi kefahaman kepada penulis bahawa setiap kakitangan harus bersikap terbuka dan bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana parti politik, termasuk parti pemerintah dalam menjalankan tugas dan amanah mereka.
Mahu tidak mahu, kakitangan awam perlu patuh kepada kenyataan daripada ketua mereka, iaitu Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam. Laporan yang dipetik daripada Bernama itu, jelas memperlihatkan kakitangan jabatan mesti bersikap neutral dalam apa saja tindak tanduk, terutama dalam mengendalikan urusan dalam pilihan raya atau sebarang perkara berkaitan kepentingan masyarakat yang berbilang anutan agama, bangsa dan fahaman politik.
Dalam hubungan ini penulis ingin menambah, kenyataan itu jelas mencerminkan ketelusan kakitangan kerajaan dalam mengendalikan tugas dan tidak ada pihak yang boleh menafikan kenyataan itu.
Cuma apa yang penulis ingin tekankan, kakitangan terbabit hendaklah istiqamah dengan apa yang dinyatakan oleh ketuanya itu dan tidak seperti lalang yang boleh condong bila-bila masa walaupun tanpa ribut, apatah lagi thunami yang melanda negara.
Kenyataan omen Ismail itu dibuat berikutan dakwaan parti-parti politik tertentu yang kakitangan kerajaan bersikap memihak terutama di negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Penulis terfikir pokok tidak akan bergoyang jika tidak ada angin ataupun sekurang-kurangnnya polok itu terkena tempisan angin yang lalu bersama laluan kenderaan kerajaan atau pasukan keselamatan yang bersimpang siur terutama sewaktu kempen pilihan raya sedang memuncak, sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Yang jelas, teknik menghalalkan cara banyak boleh dilakukan oleh kerajaan dalam menyalahgunakan kenderaan, kakitangan dan harta kerajaan, berbanding dengan parti pembangkang, kecuali di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang terbabit.
Ini memang diakui oleh banyak pihak, contohnya kerajaan boleh menggunakan kakitangan dan kenderaan kerajaan untuk sesuatu evan yang berkait dengan kementerian atau jabatan tertentu dalam kempen pilihan raya dan contoh yang paling rapat ialah Jabatan Penerangan, Jabatan Pelajaran dan sebagainnya, walaupun pihak berkenaan menafikannya.
Namun bagi mengelakkan apa sahaja prasangka buruk dari pihak pembangkang pegawai dan kakitangan awam hendaklah istiqamah dalam menjaga kepentingan semua pihak dan tidak hanya bermusim sama ada di luar atau dalam musim pilihan raya.




Thursday, February 12, 2009

Sembang pagi: PEMELUT POLITIK PERAK MEMENINGKAN RAKYAT




Tanpa memperhitungkan siapa yang benar dan siapa yang salah dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Perak, secara mudahnya, ketika ini penulis merasakan apa yang menjadi tanda rakyat biasa ialah mana satu kerajaan yang hendak diiktiraf. Begitu juga kalau dalam satu keluarga dan bapa adalah ketua keluarganya, mana satu anak akan mengikut perintahnya.
Mengikut laporan Bernama dalam portal Mstar Online pagi ini, memetik Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan beberapa exconya dilarang masuk kompleks SUK pejabat pentadbiran MB dan pada masa sama beliau masih tinggal di kediaman rasmi MB dengan kawalan sepatutnnya sebagai penjawat kerajaan nombor satu dalam negeri. Beliau juga bertegas akan terus tinggal di situ dan mengadakan mesyuarat Exco serta menjadikan kediaman itu sebagai tempat bertemu rakyat yang memerlukan khidmatnnya.
Bagi jawapan kerajaan negeri di bawah pakatan lain, terutama Kelantan yang diterajui Pas tidak mengiktiraf kerajaan baru di bawah BN dan sebarang urusan rasmi G-G dengan negeri Perak akan menggunakan kerajaan lama Pakatan di bawah pimpinan Nizar.
Sekarang persoalan undang-undang dan perlembagaan negeri perlu memainkan peranan untuk mengesahkan isu ini supaya ia tidak terus menghantui rakyat terbanyak. Suatu pengisytiharan umum harus dibuat sama ada oleh Sultan atau Yang Dipertuan Agong dalam menentukan mana satu kerajaan yang sah mengikut perlembagaan yang patut dipatuhi oleh rakyat. Selagi ia tidak dilakukan selama itulah rakyat akan tertanya-tanya dan pening untuk memikirkannya.
Jangan biarkan kekalutan dalam politik di Perak itu menjejaskan pemikiran rakyat sehingga ia boleh menjejaskan tumpuan mereka untuk hidup dalam keadaan aman, tenteram dan sejahtera dalam negara tercinta.Wallahu A’lam.

Monday, February 9, 2009

Isu Semasa: SENJATA 16/9 ANWAR MAKAN TUAN




Ketika kemelut politik Perak belum selesai, parti ikatan Pakatan Rakyat (PR) nampaknya bertelagah sesama sendiri apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang itu.
Gesaan itu sekali gus dilihat sebagai mementom baru ke arah tanda-tanda keretakan parti gandingan yang bakal menerajui pemerintahan negara seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar pada 16 September tahun lalu, yang mana sehingga ini belum menjadi kenyataan.
Impian Anwar itu yang disebut senjata “16/9” memakan dirinya, apabila Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil alih teraju pentadbiran salah satu dari lima negeri di bawah PR, iaitu Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu keluar parti dan berhasrat menyertai BN.
Ini merupakan isyarat jelas bahawa ikatan parti itu longgar dan menunggu masa akan terlerai atau setidak-tidaknya akan menjadi kusut masai.
Karpal dalam kenyataan pada sidang media di Pulau Pinang semalam, mendakwa Ketua Umum Pakatan itu yang mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan 'keharmonian' dalam Pakatan Rakyat.
"Beliau (Anwar) telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.
"Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin," kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor.
Beliau menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.
Anwar dikecam kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).
"Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," katanya.
Dilihat kepada kenyataan Karpal itu, Anwar didakwa harus bertanggungjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini.
Selain itu beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.
Dilahat kepada kenyataan-kenyataan Pengerusi DAP itu, ternyata kini Anwar dipersalahkan dan inilah mungkin yang mencetuskan idea penulis untuk menterjemahkan senjata 16/9 yang Anwar gunakan untuk mengguling kerajaan persekutuan pada 16 Ogos lalu sebagai “senjata makan tuan”.
Mahu tidak mahu Ketua Umum PKR itu harus menerima hakikat ini. Justeru itu ada pihak berpendapat, tidak hairanlah jika BN atau Umno merampas kembali kerajaan Pakatan di negeri Perak, melalui cara itu, kerana sebelum ini Anwar juga akan menggunakan taktik yang sama untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan yang mendewa-dewakan slogan “Dari Permatang Pauh ke Putrajaya”.
Dalam soal ini siapa yang menjadi kenyataan dan siapa yang masih tinggal dalam impian yang tinggal dalam seribu satu macam imigenasi politik?
Yang pasti, parti yang tidak menguar-uarkan taktik itu merampas kembali senjata yang dipegang parti lawan, menyebabkannya terkebil-kebil, malah bertelagah sesama sendiri yang jika tidak dibendung segera ia akan membawa kepada apa yang dikata orang seperti “retak menunggu belah”.
.




Saturday, February 7, 2009

Santai pagi: PENANGAN KEMELUT POLITIK DI PERAK


Sebaik selesai bersalaman dengan jemaah lain selepas solat subuh di masjid berhampiran rumah tadi, penulis sempat mengambil bahagian bersembang mengenai isu kemelut politik di Perak, dengan niat untuk merapatkan hubungan antara jiran dan ahli Jemaah.
Bagaimanapun penulis tidak sempat menghabiskan sembang politik kampung kerana perut meragam menyebabkan terpaksa berundur lebih awal.
Pagi ini, penulis tidak mahu berbincang soal kemelut politik di Perak yang penuh dengan komplikasi undang-undang dan teknikal , tetapi apa yang sedikit berdetik di hati ialah selipar berstatus selipar masuk bilik air yang penulis pakai yang diletakkan di pintu masuk utama masjid itu sudah hilang.
Bebebarapa pasang selipar lagi masih ada dipercayai milik jemaah lain. Untuk menggunakan selipar itu penulis rasa bersalah dan dianggap mencuri hak orang, menyebabkan penulis menunggu beberapa ketika untuk menentukan sama ada selipar lebih yang ada di situ dikhuatiri tertukar dengan selipar penulis.
Tetapi setelah perbincangan politik kampung itu selesai, semua selipar yang berada di tangga pintu masuk utama masjid itu bertuan menyebabkan penulis dapat mengesahkan bahawa selipar yang penulis pakai itu disalah ambil oleh jemaah yang pulang lebih awal.
Untuk pulang ke rumah berjalan kaki ayam di atas jalan berturap tar rasannya terbeban juga kerana sakit kaki, maklumlah jarak antara masjid dengan rumah penulis kira-kira 100 meter dan tidak sanggup berjalan kaki ayam di atas jalan berturut tar yang sudah pecah dan berlopak itu.
Penulis cuba mendapat kepastian dengan seorang jemaah lain terhadap selipar yang hampir sama warna dengan selipar yang hilang itu, tetapi ahli jemaah terbabit mengaku seliparnya.
Penulis terfikir jemaah yang terpakai selipar bilik air itu bukan berniat mencuri, tetapi tersalah ambil. Peliknya kenapa jemaah yang terambil selipar itu tidak pastikan dahulu itu bukan haknya walaupun mereka itu hendak pulang cepat atau mengejar masa. Sepaututnya kita diajar lebih berhemah dalam sesuatu perkara, terutama apabila kita datang ke masjid untuk beribadat kepada Allah dan gunakanlah kesempatan itu untuk kita mengukuhkan iman kepada Allah supaya mendapat hidayah dan keberkatanNya.
Dalam hati penulis juga terdektik, bahawa berapa ramai orang yang boleh bersabar dengan tidak mengambil selipar orang lain, yang bukan haknya, apabila selipar mereka diambil orang walaupun tidak sengaja atau tidak berniat untuk mencuri.
Ringkas ceritannya, penulis terpaksa “meminjam” selipar usang yang mungkin diwakafkan yang diletak di bucu masjid untuk digunakan jemaah ke bilik air bagi membolehkan penulis pulang ke rumah.
Ini bukanlah pertama kali penulis alami, malah ketika solat terawih di Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu dadulupun penulis pernah alami. Tetapi Allah Maha Kaya, Maha Mengetahui niat seseorang itu yang menganurahkan limpahan iman dan petunjuk terhadap penulis ke jalan yang diredai olehNya, dengan segala tindak tanduk penulis kini tetap bersandarkan kepadaNya, iaitu tiada daya upaya bagi makhluk selain kekuasaan Allah. Doa penulis supaya segala amalan itu dapat diistiqamahkan sehingga ke bila-bila masa. InsyaAllah.

Friday, February 6, 2009

Sembang pagi Jumaat: KOMEN NIK AZIZ REDAKAN KETEGANGAN


SEWAKTU ingin menemui Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penulis tidak menduga Menteri Besar Kelantan itu akan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akur kepada keputusan Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran DUN negeri itu dan sekaligus meminta Menteri Besarnnya meletakkan jawatan. Ingatkan jawapannya berbaur negatif, rupanya positif.
“Saya (dalam hati kecil) sebenarnya tak mahu ulas soal yang mengaitkan institusi raja ini, sebab (segala keputusannya) adalah hak dan kuasanya”, itu kata-kata hati Nik Aziz yang dapat dibaca daripasa pengamatan penulis yang mengenalinya begitu lama dalam bidang kewartawan ini.
“Sebenarnya saya akur dengan keputusan itu, itu hak dia. Tetapi persoalannya, kita kena kaji bagaimana bermulannya kisah sehingga Sultan boleh buat keputusan begitu. Kita kena cari dan kaji puncanya kejadian sebelum itu. Mesti ada perancangan pihak tertentu (merujuk kepada empat Adun Pakatan Rakyat Perak yang lompat parti dan hilang itu). Ini suatu perancangan jahat, tak habis-habis nak mengkhianati hak rakyat yang telah membuat keputusan dalam pilihan raya baru-baru ini,” kata Nik Aziz membuka komennya walaupun pada mulannya keberatan.
Penulis sudah dapat mengagak itulah jawapannya apabila diminta pandangan atau follow up berita yang menyentuh institusi raja. Penulis faham benar. Apapun jawapannya, yang disiarkan sepenuhnya dalam Web Bernama seperti yang dilaporkan itu, dapat meredakan sedikit sebanyak ketegangan apa yang disifatkan pergolakan dalam politik negara, khasnya di Perak.
Bagaimanapun, di celah-celah jawapan cool beliau itu terselit suatu amaran keras kepada pemimpin parti politik yang tidak ikhlas dalam perjuangan iaitu mereka yang menafikan hak rakyat sebagai peragut, pencuri politik milik rakyat yang telah membuat keputusan dalam pilihan raya ke-12 lalu, di mana menyerahkan kepada Pakatan mentadbir negeri itu di bawah pimpinan Menteri Besar dari Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
Jika Ketua Pemuda DAP , Loke Siew Fook, menyifatkan mereka yang menolak keputusan rakyat dalam pilihan raya umum lalu sebagai “perompak politik”, maka Nik Aziz pula menyifatkannya sebagai “peragut hak rakyat”. Justeru itu Loke mahu DUN Perak dibubarkan untuk memberi mandat semula kepada rakyat bagi menentukan kerajaan yang mereka mahu.
Nik Aziz pula dalam temubual penulis menuduh dalang yang menumbangkan kerajaan itu sebagai tidak mengamalkan dasar demokrasi yang tulen. Katanya, “usahkan nak jaga Islam, nak jaga demokrasipun tak boleh diharap”.
“Ingat, orang ini zalim, tak kira pangkat, titih. Dan mereka yang zalim akan menerima tindakan (balasan) dari Allah Subhanahu Wataala. Cuba kita tengok, JW Bush, seorang pemimpin kuasa besar dunia boleh jatuh bersama parti demokratnya dan diaibkan pula oleh seorang wartawan dengan menerima balingan kasut”
Hati penulis terdetik, inilah mesej yang hendak disampaikan Mursyidul Am Pas itu tentang apa yang menjadi dendam kesumatnya untuk menjelaskan kepada umum berhubung dengan isu politik mutakhir ini.
Tetapi cara pendekatan yang Nik Aziz sampaikan kepada penulis berhubung isu itu amat sederhana dan berkesan dan patutlah ramai beranggapan cara MB Kelantan berpolitik lain dari yang lain, malah ada yang menyebut Nik Aziz bijak berpolitik tidak seperti sesetengah pemimpin Pas lain. Inilah kelebihan yang ada pada pemimpin politik bergelar ulama ini dan tidak hairanlah juga mengapa ramai kalangan cendikiawan dan kakitangan kanan kerajaan memenuhi ruang tapak kuliahnya di Dataran Ilmu (depan ibu pejabat Pas Negeri) setiap pagi Jumaat walaupun dalam keadaan tersorot-sorot.
Mungkin dengan kelebihan yang ada padanya itulah menyebabkan Nik Aziz berjaya melakar sejarah dapat mentadbir negeri Kelantan sehingga lebih 18 tahun, mengatasi rekod kerajaan negeri sebelum ini yang diperintah oleh BN atau Perikatan. Allahu Akbar.

Thursday, February 5, 2009

Sembang pagi: WAJARKAH ADUN LOMPAT PARTI KEKAL DALAM KERAJAAN











Buka laman web Bernama selepas subuh tadi, penulis terpandang tajuk utama yang memperihalkan Perdana Menteri menyebut BN Sedia Tubuh Kerajaan Baru Di Perak, hati penulis terdetik untuk berbincang mengenai scenario politik di negeri itu.
Kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu merujuk kepada tiga anggota ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mengisytiharkan keluar daripada parti Pakatan Rakyat (PK) dan berhasrat menyertai Umno.
Kenyataan itu sekali gus menggambarkan BN boleh membentuk kerajaan baru di Perak kerana mempunyai mejoriti kerusi yang lebih berbanding kerajaan PK yang dibentuk secara sah selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu.
Penulis tidak bercadang untuk membicarakan soal peruntukan undang-undang atau perlembagaan berhubung perkara itu, tetapi apa yang menimbulkan persoalan, apakah wajar wakil rakyat terbabit, yang sudah keluar daripada parti yang mereka dokong sebelum dipilih sebagai wakil rakyat, wajar kekal dalam kerajaan.
Atau apakah mereka tidak sanggup lagi berkhidmat sebagai wakil rakyat setelah mandate yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya itu dicabuli kerana ada kepentingan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Negeri Sembilan, Jenic Lee Ying Ha, dari DAP dalam sidang akhbar kemasukan 500 ahli MCA ke dalam parti itu semalam, berkata tindakan anggota DUN Perak yang keluar parti PR sebagai tidak bertanggungjawab dan mencabul amanah rakyat.
Mereka harus sedar mereka dapat menduduki kerusi DUN itu dalam pilihan raya lalu bukan atas tiket Bebas tetapi atas tiket PR. Mwereka diamanahkan oleh rakyat di kawasan terbabit untuk menjaga kepentingan mereka.
Jenet Lee menyatakan PR tidak akan menerima semula wakil rakyat yang berpaling tadah untuk menyertai semula PR kerana mereka disifatkan tidak berpendirian.
“Kita tak boleh terima budaya lompat parti seperti katak itu,” katanya.
Sebelum ini penulis pernah mendengar kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyebut haram seseorang wakil rakyat yang lompat parti makan duit hasil makan gaji sebagai wakil rakyat. Ini kerana kemenangan mereka dalam pilihan raya sebelum ini adalah atas kehendak rakyat atau pemilih.
Rakyat akan kecewa jika calon atau wakil rakyat yang menang itu bertukar parti sedangkan mereka dipilih atas dasar parti yang mereka sokong.
Bagaimanapun, mengikut pendapat umum, politik tidak mustahil dan boleh berubah bila-bila masa, terutama jika politik mempunyai kepentingan dan kebendaan.
Bertolak kepada kenyataan itu, pemimpin veteran Umno, Tan Sri Hussein Ahmad pula berpendapat kebanyakan ahli Umno sekarang tidak mempunyai semangat perjuangan yang tulen. Justeru itu, beliau berkata tidak ramai pemimpin politik Umno yang berkualiti tetapi berkuantiti
Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook ketika menyentuh isu pergolakan politik negeri P{erak pula berkata, kerajaan negeri perlu membubarkan DUN negeri ini bagi memberi mandat kepada rakyat untuk menentukan semula kerajaan yang mereka pilih
Katanya, itu adalah antara cara yang paling baik untuk menyelesaikan isu kegawatan politik negeri itu sehingga menyebabkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah terpaksa mengambil masa untuk membuat keputusan dalam isu pembubaran DUN ekoran sinareo politik negeri itu mutakhir ini.