Saturday, February 7, 2009

Santai pagi: PENANGAN KEMELUT POLITIK DI PERAK


Sebaik selesai bersalaman dengan jemaah lain selepas solat subuh di masjid berhampiran rumah tadi, penulis sempat mengambil bahagian bersembang mengenai isu kemelut politik di Perak, dengan niat untuk merapatkan hubungan antara jiran dan ahli Jemaah.
Bagaimanapun penulis tidak sempat menghabiskan sembang politik kampung kerana perut meragam menyebabkan terpaksa berundur lebih awal.
Pagi ini, penulis tidak mahu berbincang soal kemelut politik di Perak yang penuh dengan komplikasi undang-undang dan teknikal , tetapi apa yang sedikit berdetik di hati ialah selipar berstatus selipar masuk bilik air yang penulis pakai yang diletakkan di pintu masuk utama masjid itu sudah hilang.
Bebebarapa pasang selipar lagi masih ada dipercayai milik jemaah lain. Untuk menggunakan selipar itu penulis rasa bersalah dan dianggap mencuri hak orang, menyebabkan penulis menunggu beberapa ketika untuk menentukan sama ada selipar lebih yang ada di situ dikhuatiri tertukar dengan selipar penulis.
Tetapi setelah perbincangan politik kampung itu selesai, semua selipar yang berada di tangga pintu masuk utama masjid itu bertuan menyebabkan penulis dapat mengesahkan bahawa selipar yang penulis pakai itu disalah ambil oleh jemaah yang pulang lebih awal.
Untuk pulang ke rumah berjalan kaki ayam di atas jalan berturap tar rasannya terbeban juga kerana sakit kaki, maklumlah jarak antara masjid dengan rumah penulis kira-kira 100 meter dan tidak sanggup berjalan kaki ayam di atas jalan berturut tar yang sudah pecah dan berlopak itu.
Penulis cuba mendapat kepastian dengan seorang jemaah lain terhadap selipar yang hampir sama warna dengan selipar yang hilang itu, tetapi ahli jemaah terbabit mengaku seliparnya.
Penulis terfikir jemaah yang terpakai selipar bilik air itu bukan berniat mencuri, tetapi tersalah ambil. Peliknya kenapa jemaah yang terambil selipar itu tidak pastikan dahulu itu bukan haknya walaupun mereka itu hendak pulang cepat atau mengejar masa. Sepaututnya kita diajar lebih berhemah dalam sesuatu perkara, terutama apabila kita datang ke masjid untuk beribadat kepada Allah dan gunakanlah kesempatan itu untuk kita mengukuhkan iman kepada Allah supaya mendapat hidayah dan keberkatanNya.
Dalam hati penulis juga terdektik, bahawa berapa ramai orang yang boleh bersabar dengan tidak mengambil selipar orang lain, yang bukan haknya, apabila selipar mereka diambil orang walaupun tidak sengaja atau tidak berniat untuk mencuri.
Ringkas ceritannya, penulis terpaksa “meminjam” selipar usang yang mungkin diwakafkan yang diletak di bucu masjid untuk digunakan jemaah ke bilik air bagi membolehkan penulis pulang ke rumah.
Ini bukanlah pertama kali penulis alami, malah ketika solat terawih di Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu dadulupun penulis pernah alami. Tetapi Allah Maha Kaya, Maha Mengetahui niat seseorang itu yang menganurahkan limpahan iman dan petunjuk terhadap penulis ke jalan yang diredai olehNya, dengan segala tindak tanduk penulis kini tetap bersandarkan kepadaNya, iaitu tiada daya upaya bagi makhluk selain kekuasaan Allah. Doa penulis supaya segala amalan itu dapat diistiqamahkan sehingga ke bila-bila masa. InsyaAllah.

No comments: