Monday, January 12, 2009

Analisis: PAS PERLU PERJELAS PENDIRIAN




KENYATAAN dua pemimpin politik bukan Islam, Karpal Singh dan Datuk Ng Yen Yen mengenai hukum hudud memperlihatkan Pas kini dalam keadaan tertekan. Mereka perlu bertegas dalam menyatakan pendiriannya supaya ia tidak menimbulkan keraguan dan kekeliruan bukan sahaja kepada pemimpin parti lawan, tetapi dalam pakatan sendiri.
Dalam kenyataan terbaru, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu sanggup bekerjasama dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekiranya PAS dan PKR tidak meneruskan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Manakala Naib Presiden MCA, sebelum itu mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas sama ada hasrat untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini boleh menjejaskan bukan Islam di negara ini.
Dalam blok saya yang diposting dua hari lalu, meminta Pas memberi penjelasan sejelas-jelasnnya kepada pemimpin-pemimpin politik dan semua rakyat mengenai hasratnya untuk melaksanakan hukum hudud jika dapat mengambil alih teraju pemerintahan negara ini.
Ini untuk mengelakkan kekeliruan yang timbul di kalangan mereka yang kurang arif mengenai dasar Pas berhubung isu itu.
Ini kerana rakan politiknya, DAP dilihat bermati-matian tidak mahu hukum hudud dilaksanakan di negara ini, malah pernah pemimpin DAP itu mencabar bahawa langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu juga laksana hukum itu.
Setakat ini, kita tidak mendengar penegasan Pas dalam persoalan yang ditimbulkan oleh DAP itu. Sama ada Pas mati akal untuk menjawab atau sengaja menggantung persoalan itu untuk menjaga kepentingan politik tidak dapat diketahui dengan jelas, kerana tidak ada pihak yang cuba mengambil tanggungjawab itu. Sebagai parti Islam dan bertunjangkan al-Quran dan hadis, Pas sepatutnnya tidak melepaskan tanggungjawab menjelaskan persoalan itu kepada rakyat, sama ada orang Islam atau bukan Islam dan berkatakan yang hak dan benar dan tidak menyembunyikan sesuatu yang tidak patut disembunyikan. Ambillah barang seketika maksud al-Quran yang menjadi prinsip hidup penulis, iaitu berkata benarlah (kamu) walaupun ianya pahit. Mengapa kita sanggup membiarkan isu itu berlarutan dan boleh mengelirukan banyak pihak.
TAMAT

1 comment:

Anonymous said...

Penting !!!!! TKO telah di ceroboh
Pengumuman kepada semua pengunjung setia laman web http://www.tranungkite.net , ahli forum, kelab TKO dan sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan laman web ini
Dukacita dimaklumkan bawaha lawan web tersebut telah pun di ceroboh. Buat masa ini , kami tidak mempunyai akses ke lawan web tersebut kerana penceroboh tersebut telah menukarkan password team admin dari memasuki laman web tersebut.
Untuk tindakan susulan, pihak TKO telah membuat satu laman web sementara yang beralamat di http://tranungkite.freehostia.com
dan email team admin yang di gunakan sekarang ialah tranung2009@gmail.com
Di harap pengguna semua bersabar dengan dugaan ini. Semoga sama sama kita berjaya melalui minggu-minggu yang mencabar ini

-WebMaster- TranungKite.net