Tuesday, June 16, 2009

Siapa makan cili: PEMIMPIN POLITIK HARUS CERMAT DALAM KEMPEN











DEMAM kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri sudah bermula walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum memalukan gong tanda bermulannya detik parti yang bertanding boleh memulakan kempen, iaitu bermula pada hari penamaan calon.
Walaupun semua parti politik masih diharamkan berkempen, namun masing-masing bersandarkan kepada pelbagai alasan, seperti mengadakan majlis pelancaran dan perasmian jentera pilihan raya, kursus, khemah kerja dan sebagainya untuk menghalalkan cara. Penulis faham benar keadaan itu, sebab itu kita tidak kisah dengan apa saja kaedah yang digunakan oleh pemimpin politik dalam menangani peraturan pilihan raya sebagaimana dikuatkuasakan oleh SPR. Ini kerana parti pemerintah BN atau Umno boleh bersandarkan kepada jentera kerajaan untuk memulakan kempennya, manakala Pas pula boleh menggunakan flatfom aktiviti agama, setidak-tidaknya melaui program-program agama. Pendek kata 2x5.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah kempen pilihan raya DUN ini semakin panas dengan isu-isu yang begitu lantang diperkatakan oleh kedua-dua belah pihak, malah sekali dengar boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam jika dibiarkan. Terbaru apabila Ketua Pemuda Umno, Annuar Sufian dalam kenyataannya semalam bercadang membuat laporan polis apabila mendapati ceramah pemimpin Pas didakwa boleh menjejaskan keselatan kerana menyebut parti itu sanggup berjuang habis-habisan sehingga bertumpah darah untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Manik Urai 14 Julai ini. Kenyataan begini bagi Pas mungkin tidak memberi apa-apa makna, tapi bagi mereka yang beranggapan negatif ia merupakan semacam ugutan kepada pihak parti lawan. Daripada pengamatan penulis, kata-kata semacam berani mati ini memang menjadi siulan bagi Pas, kerana mereka diajar berjihad dalam apa sahaja tindakan terutama apabila meletakkan parti di atas asas perjuangan Islam dan jika matipun mereka beranggapan mati syahid. Bagi BN atau Umno yang dibayangi ketakutan dan trauma dengan masalah dalaman dan krisis keyakinan terhadap kemenangannya akan merasakan sesuatu yang menjejaskan keyakinan. Lalu kenyataan pemimpin Pas dalam kempennya (berbau mengancam keselamatan) itu dijadikan modal atau isu politik.
Justeru itu, parti yang bertanding harus berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dalam kempen mereka. Kerana jika tersilap langkah ia boleh dijadikan modal politik atau isu bagi pihak lawan.
Mungkin kerana itu, awal-awal lagi Kelab Penyokong Pas (KPP) Kelntan melalui Timbalan Presidennya, Yeap mengeluarkan kenyataan tidak mahu mana-mana pemimpin Pas yang bersetuju dengan idea cadangan pembentukan kerajaan perpaduan daripada mengadakan ceramah dalam masa kempen pilihan raya kecil DUN Manik Urai ini kerana dikhuatiri boleh mengelirukan ahlinya, malah pertubuhan itu sanggup dibubarkan dan berpaling tadah daripada menyokong Pas jika pucuk pimpinan parti itu berbuat demikian.
Kenyataan itu diperkuatkan pula oleh Presiden Persatuan Anak Kelantan di Perantauan Malaysia (Perakam), Che Ariffin Che Mahmud, bahawa pertubuhannya sanggup dibubarkan dan menjadi pertubuhan politik bagi membolehkannya meletakkan calon dalam pilihan raya itu jika Pas bersetuju dengan cadangan idea pembentukan kerajaan Perpaduan itu. Menurut Che Ariffin, sebagai NGO sokongannya terhadap pimpinan kerajaan Pas selama ini bukan atas dasar parti, tetapi atas dasar atau sifat kerajaan negeri kerana ahlinya terdiri daripada anak jati Kelantan yang tinggal di luar negeri ini. Cuma, katanya pertubuhan itu dilihat menyokong Pas secara kebetulan kerana prinsip perjuangan pertubuhan itu selari dengan dasar perjuangan kerajaan negeri pimpinan Pas Kelantan. Sebab itu, katanya, Perakam berdiri teguh di belakang Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mempertahankan pendiriannya tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan itu.
Justeru pemimpin parti politik yang bertanding harus berhati-hati dan cermat dalam mengeluarkan kenyataannya kerana dikhuatiri diambil kesempatan oleh parti lawan dalam demam kempen pilihan raya kecil kali ini yang lebih berupakan pertandingan maruah parti.
Bagi sesetangah pihak untuk merebut hanya satu kerusi bukanlah besar sangat jika tidak kerana untuk menguji maruah. Pas dilihat cuba mempertahankan maruahnya yang menjadi penyandang kawasan itu sejak sekian lama, manakala BN atau Umno pula untuk menunjukkan maruah dan imejnya masih kekal di hati rakyat, khasnya pengundi Kelantan walaupun menempuh pelbagai masalah atau kemelut dalaman parti, terutama selepas berada di bawah kepemimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments: