Saturday, June 13, 2009

Siapa Makan Cili: APABILA NIK AZIZ MELENTING……




SEPANJANG mengenali Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak pernah penulis berhadapan dengannya mengeluarkan kenyataan begitu keras yang menyentuh masalah dalaman parti apabila sekumpulan tiga wartawan tempatan, termasuk penulis bertanyakan mengenai isu kerajaan perpaduan.
Penulis tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah kemuncak daripada segala dendam kesumat beliau terhadap pucuk pimpinan parti yang tidak menghormatinya sebagai orang tua atau bos dalam parti, yang tidak mendengar kata-katanya atau memang sampai masanya beliau menghemburkan sesuatu yang mengejutkan anak-anak buah dalam partinya, penulis tidak faham.
Yang pasti, kenyataan beliau itu merupakan semacam ledakan bom atom yang menggegarkan kota Hiroshima atau Nagasaki ketika perang dunia ke 11 dahulu sehingga negara matahari terbit itu menyerah kalah kepada tentera bersekutu.
Nik Aziz Nik berkata golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".
Kenyataan itu terbit sebaik kami ajukan soalan apakah pandangan terkini beliau mengenai apa yang disebut kerajaan campuran yang pernah disarankan Presiden Pas, Hadi Awang.
Ketika itu beliau baru saja selesai melayani serombongan tetamu guru Kafa dari Jabatan Agama Islam Selangor di kediaman rasminya di JKR 10 pada 11 Jun lalu.
Nampak sangat beliau mengeluarkan kenytaan itu dalam nada marah dan penuh emosi dan apa yang menimbulkan kemusykilan penulis beliau bertanyakan kenapa wartawan Harakah, lidah rasmi Pas tidak ada dalam sidang akhbar itu. Yang ada penulis, wartawan Berita Harian dan New Straits Times. Nampak benarnya Nik Aziz mahu kenyataannya itu disiarkan oleh semua media, bukan saja akhbar arus perdana yang digembar-gemburkan sebagai agen propaganda kerajaan Pusat. Malah beliau melahirkan kekesalan tanpa kehadiran wakil Harakah itu.
Penulis tidak perlu ulas banyak intipati luahan kenyataan Nik Aziz mengikut kaca mata penulis, tetapi lebih baik disiarkan sepenuhnya rakaman wawancara wartawan dengan beliau mengenai isu itu, supaya masyarakat umum boleh menilai sendiri
Inilah rakaman sepanuhnya wawancara kami:
Wartawan: Apa pandangan terbaru Tok Guru berhubung isu kerajaan perpaduan seperti saranan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang?
MB: saya hanya mempertahankan perjanjian lama
Iaitu kita sokong Pakatan Rakyat
Seperti mana keputusan muktamar di Ipoh
tahun lalu. Sokong pakatan rakyat
Kita masuk pilihan raya umum ke-12 baru-baru
ini pun atas dasar pakatan rakyat
Saya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian
keputusan kita
Perjanjian keputusan muktamar Pas
Keputusannya ialah menyokong Pakatan rakyat
Bukannya menyokong untuk mewujudkan
kerajaan perpaduan
Tidak ada
Hak perpaduan ini adalah boneka UMNO
Suara-suara sumbang daripada Pas untuk
mewujudkan kerajaan perpaduan ini adalah
boneka UMNO
Daripada Pas, kalau ada dengar suara-suara
sumbang ini adalah diilhamkan daripada
UMNO
Perpaduan ini kalau dibuat juga adalah boneka
UMNO
Sah, bubuh situ sah
Perjumpaan itu ada untuk kita bincang kerana
keluar dalam muktamar ini perkara-perkara
yang tidak ada dalam agenda

Wartawan: Bukankah ia ada dibincangkan dalam muktamar agung Pas (di KL) baru-baru ini?
Tidak ada dalam ucapan dasar pun
Itu dibuat lepas daripada sidang
Wartawan: Apakah ia akan dapat diselasaikan Tok Guru? Dan apakah ia perlu ada kajian semula mengenainnya?

MB: Insya Allah kita boleh selesai, tak ada apa insya allah selesai
Bagi saya tak perlu langsung buat kajian semula untuk pakatan kerana Pas tidak pernah langsung buat kerajaan perpaduan
Cakap-cakap untuk kerajaan perpaduan ini bukan
datang dari Pas tetapi datang dari orang-orang
Pas Maka tak perlu Pas buat kajian
Saya sendiri tetap di atas keputusan lama
Keputusan yang kami buat di muktamar Ipoh tahun lepas.
Saya sendiri sebut benda ini boneka UMNO
Orang lain nak terima atau tidak, suku fasal.
Tapi saya yakin orang ini boneka UMNO
Untuk memecah belahkan Pas yang menjadi
halangan kepada UMNO
Untuk selesaikannya, insya allah masa depan,
kita tak nak sebut lagi
Sudah ada usaha, tentu
Wartawan: Tapi isu timbul ini timbul oleh Presiden Pas (Abdul Hadi) sendiri?
MB: masalah kerajaan perpaduan ini adalah daripada Presiden sendiri – tak apalah, itu masalah orang perseorangan
Presiden-presiden ini ketua kepada pertubuhan dan pertubuhan tidak buat keputusan
Itu kenyataan peribadi
Saya nasihat kepada semua orang Pas jangan bimbang
Dan semua orang Pas khasnya Pakatan jangan bimbang perkara ini
Khasnya dalam Pas telah wujud Allahyarham Datuk Asri pernah keluar daripada Pas
Pas masih hidup tak ada apa, Hassan Adli, Nakhaie Ahmad
Pas masih hidup dan bertambah
Kalau dulu orang Melayu sahaja yang sokong Pas sekarang ini Cina dan India ada kelab penyokong Pas
Pemuda menyokong Pas? – Bukan Pemuda tapi
orang tertentu
Pemuda lain, orang tertentu lain
Dalam Pas sekarang ini seolah-olah wujud dua kelompok pendirian – memanglah UMNO begitu UMNO nak benar jadi begitu
Saya tahu alhamdulillah maklumat sampai kepada saya
Wartawan: Kenyataan terbaru daripada Datuk Mustafa Ali melarang pemimpin Pas dan Pakatan daripada memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan itu. Apa komen Tok Guru?
MB: Tutup mulut – tutup tu kerana apa? Tutup kerana apa soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas
Dia sudah berasa benda itu bahaya bagi dia, maka dia minta tutup
Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut
Dalam demokrasi tidak ada
Demokrasi tak ada tutup mulut
Dalam Islam juga tak ada tutup mulut
Islam tidak pernah nabi Muhamad tutup mulut orang
Tidak boleh
Kerana semua soalan ada jawapan
Yang menimbulkan kecelaruan tu siapa dia, orang Pas atau orang perpaduan
Dia sedar yang menimbulkan kecelaruan itu pada dia bukan dari Pas
Daripada orang tertentu yang menjadi boneka UMNO
Itu jelas daripada saya
Benda tutup mulut ini tidak pernah berlaku sebelum ini
Kenapa sekarang baru berlaku? Ini soalan, tidak pernah berlaku pemimpin Pas mengarahkan orangnya supaya tutup mulut
Sekarang ini baru timbul kerana apa?
Kerana dia sendiri mengeluarkan perkara yang mencelarukan
Itu logik
Kenapa arahan dari orang tertentu dari pusat supaya tutup mulut kenapa
Sedangkan demokrasi suruh buka mulut
Dalam Islam hanya satu benda yang tidak boleh iaitu Zat Allah
Wartawan: Nampaknya lain nada Tok Guru hari ini, semacam marah pulak?
MB: Marah ini Islam suruh, Islam minta manusia ini benci pada kerja-kerja derhaka.
Pada malam selepas sidang akhbar itu, kami sekumpulan wartawan yang setia dan sering menjejakinya cuba menemui selepas majlis penutup tilawah al-Quran di Balai Islam, Lundang tetapi beliau enggan ditemuramah, mungkin moodnya hilang atau tidak “jijak angin” dengan soalan seorang wartawan muka baru yang mengajukan pertanyaan sensitif baginya. Penulis faham benar dengan sikap Tok Guru Nik Aziz.... Wallahu A’lam.



1 comment:

Anonymous said...

Nik Aziz kena jaga mulut.

Kata Presiden, TG Haji Hadi adalah kata keramat dan perlu dibahaskan secara ilmiah.

Yang baik ialah menyeru manusia mentaati perintah Allah. Cadangan kerajaan perpaduan adalah tuntutan agama dan Sunah Nabi.

Kita mesti mencari titik pertemuan bukan membakar jambatan. Membakar jambatan adalah ajaran Syaitan.

ADAM AMIN
Kg Jerlun
Kedah.