Sunday, March 1, 2009

Analisis seblum Subuh:DATUK IBRAHIM BERCERAI TALAK TIGA DENGAN PAS?

Terkejut penulis apabila anggota Parlimen Pasir Mas dari Bebas, Datuk Paduka Ibrahim Ali mengistilahkan dirinya sudah bercerai talak tiga dengan Pas, walaupun kita tidak pernah dengar dari mulut Pas sendiri yang mereka melafazkan talak sama ada secara terbuka atau secara diam-diam.
Bagaimanapun mengikut syariat Islam, talak akan terjatuh tanpa perlu dilafaz secara berdepan dengan pasangan dan iannya boleh terjatuh walaupun dengan menceritakan kepada orang lain atau pihak ketiga.
Kenyataan itu terbit apabila Ibrahim dihujani soalan wartawan apakah beliau sedia kembali ke pangkuan Umno jika diterima semula sebagai ahli parti itu.
“Pas sudah menolak saya, ibarat nasi sudah menjadi bubur, kami sudah bertalak tiga. Dengan Umno, saya akan mendapat pandangan daripada poenyokong-penyokong saya terlebih dahulu, sama ada secara pungutan suara atau sebagainya sebelum membuat keputusan untuk merujuk semula,” katanya pada siding media di Kota Bharu, semalam.
Tanpa menyebut sama ada mahu menerima atau tidak Ibrahim yang juga Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mengucapkan terima kasih di atas kesediaan Umno untuk menerimanya semula dan khidmatnya dalam parti masih diperlukan walaupun pelbagai gelaran dihemburkan kepadannya, termasuk sebagai katak lompat kerana sentiasa bertukar parti.
Beliau bersyukur ramai kalangan pemimpin yang masih mahu menerimannya kecuali Bahagian Gua Musang yang awal-awal lagi menolaknya jika beliau ingin menyertai semula Umno.
Ibrahim menjawab persoalan itu apabila ditanya pemberita dalam sidang media semalam mengenai reaksinya terhadap kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Annuar Musa sebelum ini bahawa Umno sedia berjumpa dengan Ibrahim untuk membincangkan kemungkinan menerimanyha semula menyertai Umno.
Ini berikutan Ibrahim menerima tekanan daripada Pas yang mencabar meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas kerana didakwa menentang arus atau tidak mempunyai semangat `setiakawan’ kerana sering menghemtam Pas secara terbuka sama ada di pentas politik atau di Parlimen.
Sikap terbuka Ibrahim itu mendapat bantahan parti itu menjadi duri dalam daging kepada pemimpin-pemimpin Pas, menyebabkan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, membuat kenyataan meminta ahli parlimen itu melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 lalu atas tiket Pas.
Diakui atau tidak umum mengetahui kemenangan Ibrahim dalam pilihan raya itu atas sokongan di dokongan pengundi-pengundi Pas yang mengundinnya dalam pilihan raya itu, kerana memberi laluan kepadanya untuk bertanding.
Ini diakui sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan beliau bertanggungjawab merestui Ibrahim bertanding atas tiket bebas tetapi menggunakan simbol Pas tanpa meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya itu.
Menurut Nik Aziz, beliau sendiri terpaksa menerima kecaman daripada penyokong Pas kawasan Pasir Mas kerana memberi laluan kepada Ibrahim untuk bertanding tanpa meletakkan calonnya sendiri.
“Saya yang gaya (pujuk) Pas Kawasan Pasir Mas supaya menerima cadangan memberi laluan kepada Ibrahim bertanding dan mengorbankan calon Pas sendiri tidak bertanding pada pilihan raya itu,” katanya ketika memberitahu pemberita.
Bagaimanapun, Ibrahim cuba menunjukkan kelantangannya bersuara sehingga sanggup mengkritik pemimpin-pemimpin Pas dari belakang sama ada secara terbuka di pentas umum atau di Parlimen.
Ibrahim yang memang terkenal sebagai pemimpin politik yang tidak makan saman, lantas bersuara menentang sesiapa sahaja yang pada anggapannya tidak kena, walaupun Umno sendiri meskipun ketika dia berada dalam parti itu.
“Salahkah kalau saya sebagai wakil rakyat dan bersuara bagi pihak rakyat?” tanya beliau ketika mengadakan sidang media di Kota Bharu, semalam.
Dalam siding media itu anggota Bebas itu juga terkilan dengan kenyataan Nik Aziz yang mempersoalkan dirinya yang bebas bersuara tanpa batasan menghemtam Pas dan mengkritik kepimpinan parti itu sambil mengibaratkan lembu juga mesti dijaga dengan tali atau pagar daripada memasuki atau memakan tanaman orang dan manusia juga ada had dan batasannya.
Kata Ibrahim, memanglah kalau lembu mesti dijaga dengan tali kerana haiwan itu tidak mempunyai fikiran dan otak untuk berfikir, tetapi beliau manusia yang masih waras, boleh bercakap dan berbincang dan adakah kerana menyuarakan pandangan dalam sesuatu hal dianggap membelakangkan prinsip setia kawan dalam parti. Malah, katannya dalam Islam sendiri mengajar supaya bercakap benar, menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan dan katanya ini sesuai dengan prinsip yang diamalkan Pas sendiri.
Lagipun, menurut Ibrahim, beliau diminta oleh pemimpin sendiri supaya sedia membetulkan atau menegur mana-mana pemimpin dalam parti Pakatan Rakyat yang tidak betul, termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) karana Pas sendiri tidak berani tegur kerana menjaga semangat ‘setia kawan’ . Dan bagi Ibrahim apakah kerana demi menjaga semangat itu, kita terpaksa mengorbankan kebenaran yang hakiki sehingga menjejaskan imej parti dan menggadai semangat perjuangan untuk kepentingan rakyat terbanyak. Baginya ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Justeru, beliau dicabar supaya meletakkan jawatan dengan pelbagai provokasi dilakukan oleh penyokong-penyokong Pas, termasuk Dewan Pemuda Pas kawasan Pasir Mas yang mengadakan perhimpunan secara aman dengan membentangkan sepanduk supaya beliau meletakkan jawatan yang antara lain bertulis: “Ibrahim Munafik Besar, Kalu Jantan Letak Jawatan”; “Kami Rakyat Pasir Mas Desak Datuk Undur”.
Bagaimanapun, Ibrahim tidak gentar dengan desakan-desakan itu, kerana beliau tahu mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai anggota Dewan tidak boleh bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas seseorang itu mengosongkan kerusinya. Tindakan mengosongkan kerusi ketika ini relevan untuk menguji pengaruhnya sama ada mampu meraih sokongan rakyat, kecuali dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
“Kalau benar-benar ingin menguji pengaruh saya tunggu pilihan raya umum ke-13 nanti. Saya bimbang apa, takut Pas akan kering gusi kerana mendapat majoriti kerusi lebih tipis daripada apa yang pernah diperolehi pada pilihan raya ke-11 2004 dulu di mana parti itu mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding Barisan Nasional (BN).
Menurutnnya, bagi beliau tidak kisah, pernah jatuh bangun dalam politik, sudah menjadi perkara biasa dan pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Berdasarkan kenyataan itu, Ibrahim tidak akan melayan segala ugutan dan cabaran yang dihemburkan oleh penyokong-penyokong Pas kerana menganggapkannya sebagai provokasi untuk menguji ketahanannya menghadapi suasana politik ketika ini, termasuk ketika dua negeri Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor menghadapi kemelut politik yang masih belum menemui garis penamatnya.




1 comment:

Anonymous said...

Datuk Him tak sesuai berada dalam Pas. Beliau bukan PEMIMPI atau PERETORIK, beliau lebih utamakan realiti dalam perjuangan, bercakap dan tindak tanduknya.
Pemain politik taksub tak sukakan beliau tetapi bagi pemain pemain yang realitstik, yang terbuka minda, Datuk Him adalah aset penting bagi persada politik negara.
Saya bukan pembodek, malah saya adalah antara orang yang paling tidak sukakan beliau pada suatu ketika, malah ketika bertugas dengan sebuah akhbar harian bersaiz tabloid, Datuk Him pernah hantar surat saman terhadap saya dan akhbar tempat saya bertugas.
Tetapi melihat kepada kebabilannya, saya mula mengkaji siapa Datuk Him dan saya nampak beliau adalah pejuang yang sanggup hadapi apa sahaja asalkan hasil perjuangannya memberi faedah kepada orang ramai.
Berapa kerap ada ahli politik macam beliau di bumi Malaysia ni, lebih-lebih lagi orang Pas yang anggap hanya jadi orang Pas sahaja baru sempurna Islam, walhal tanggapan sedemikian adalah bercanggah dengan akidah dan juga boleh punahkan akidah.