Tuesday, March 3, 2009

Sembang Seawal pagi:Siapa Makan Cili: PROGRAM PANCING UNDI ATAU KEBAJIKAN RAKYAT





Dengan mengepikan sementara kemelut politik yang kencang melanda negara, terutama negeri di bawah Pakatan Rakyat Perak dan Selangor, seorang jiran yang dianggap sebagai anak angkat penulis merungut dan kesal kerana dia gagal mendapatkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan di bawah program “Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan” (GRBK) akibat kerenah birokasi Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang bertangungjawab meluluskan permohonan bantuan itu.
Menurutnnya, pegawai khas Exco terbabit meminta dia mengisi borang baru permohonan untuk mendapatkan bantuan atas alasan peruntukan untuk program itu kini berkurangan kerana didakwa banyak peruntukan kerajaan digunakan untuk projek lain, termasuk untuk menampung pembiayaan membaik pulih jalan di bawah kerajaan negeri yang rosak akibat musim banjir banjir bermula akhir tahun lalu.
Hati penulis terdetik, apakah itu alasan sebenarnya yang memaksa anak muda yang baru ingin berdikari dan menceburi diri dalam bidang perniagaan patah semangat untuk terus membuat permohonan bantuan menerusi program itu yang dipohon tahun lalu setelah beberapa kali turun naik ke pejabat exco berkenaan.
Walaupun anak muda itu bertikam lidah dengan mengemukakan pelbagai hujah dengan pegawai khas exco terbabit, namun dia terpaksa akur dengan alas an itu. Tetapi ternyata, alasan yang diberikan pegawai terbabit tidak boleh diterima secara professional. Secara rasionalnya, penulis menyamakan seorang pemiutang tidak boleh menjawab dia tidak boleh membayar hutang alasan dia terpaksa berbelanja banyak ketika itu, kerana menghadapi masalah dalaman. Jawapan itu tidak professional. Dengan lain perkataan, soal kerajaan negeri terpaksa berbelanja besar kerana digunakan untuk projek lain tidak berbangkit jika program yang dilaksanakan untuk faedah rakyat itu benar-benar berniat suci untuk menolong rakyat yang memerlukannya. Ini kerana peruntukan projek baru (baiki jalan itu) di bawah kepala lain, manakala program itu di bawah kepala lain.
Peogram “GBRKB” itu difahamkan dilaksanakan tahun lalu sebenarnnya bertujuan untuk menolong rakyat Kelantan yang tidak mempunyai modal pusingan sehingga RM9,0000 (tanpa perlu membayar balik) bagi memulakan perniagaan bagi membolehkan mereka berdikari. Secara kebetulan atau sengaja dirancang ia dimulakan menjelang pilihan raya umum di bawah pengendalian Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan Exco kerajaan negeri, YB Datuk Anuar Tan Abdullah.
Anak angkat penulis itu pernah menemui pegawai terbabit akhir tahun lalu untuk mendapatkan bantuan itu tetapi dinasihatkan sendiri oleh Exco terbabit supaya permohonan itu wajar ditangguhkan ke awal tahun ini kerana boleh digunakan peruntukan tahun baru (2009).
Menurut YB Anuar, anak angkat penulis itu mendakwa, jika mahu juga mendapat bantuan itu boleh tetapi jumlahnya tidaklah sebesar yang dipohon dan untuk menyakinkan memperoleh bantuan lebih besar dia dinasihatkan membuat permohonan awal tahun ini. Anak muda itu akur dengan nasihat YB itu, menyebabkan dia terpaksa mengadap sekali lagi pegawai khas exco terbabit baru-baru ini yang memberi jawatan seperti di atas tadi supaya mengisi borang baru kerana jumlah permohonannya tidak menepati kehendaknya dengan alasan kerajaan terpaksa menanggung beban.
Anak angkat penulis itu mengadu, jika dia tidak kreatif dan mempunyai kerja lain dan semata-mata mengharapkan bantuan kerajaan negeri menerusi program itu nescaya dia akan mati kebuluran. Inilah nasib seorang remaja bersemangat waja dalam bidang usahawan yang patut dicontohi walaupun gagal mendapat bantuan itu namun ia tetap berusaha dalam kerjaya di saat kemelut ekonomi dan politik serta gejala sosial yang meruncing sekarang ini.
Apa yang terdetik di hati penulis, apakah program GRBK itu hanya sebagai lambang atau mata kail yang disankut umpan hidup untuk menarik perhatian si mangsa, khasnya pengundi muda menjelang pilihan raya, atau disebut juga sebagai pancing undi atau gula-gula menjelang pilihan raya atau benar-benar untuk menolong kebajikan rakyat?
Atau apakah peruntukan untuk membiayai program itu disapu bersih oleh kuncu-kuncu atau keluarga pemimpin politik atau setidak-tidaknya pemohon yang mempunyai kabel kuat pemimpin politik kerajaan negeri yang mengendalikan program itu. Wallahu A’lam.
Yang jelas, program itu dilihat lebih kepada usaha menarik golongan usahawan muda atau pengundi muda yang berminat dalam kerjaya perniagaan yang sekali gus aktif dalam politik sesama parti, walaupun anak muda yang menjadi mangsa kerenah biroksi itu juga merupakan seorang aktivif yang pernah menyertai program usrah bersekali dengan pegawai khas exco berkenaan.
Penulis berbisik dengan anak muda itu bahawa sesuatu permohonan untuk mendapat bantuan kerajaan yang tidak mengamalkan ketelusan tidak semudah yang dijangka dan jangan menaruh harapan begitu tinggi seperti kata pepatah: Mengharapkan hujan di langit air di tembayang dicurahkan, jika hujan tak jadi, kita akan merana dan kecewa akhirnya.

2 comments:

Anonymous said...

Setelah membaca apa yang saudara tulis. Saya menyelidikai dan bertanya khabar dimana hujong pangkal cerita dan berita yang saudara tulis ini.

Setelah menemui beberapa orang yang terdapat dalam blog ini. Saya mengambil kesimpulan bahawa saudara menulis dan mengomel kerana kehedak saudara tidak dilayan.

Orang muda yang saudara sebut (anak angkat) sebagaiamana yang diberitahu kepada saya sebenarnya mengemukakan permohonan sebanyak RM7,000 untuk membeli camera bagi kerja-kerja saudara menerbitkan akhbar sendiri. ERA yang masih tersadai tidak ada orang nak joint modal.

Alangkah keseian pada saudara Hj. nasir

Anonymous said...

Penulis Yang Saya Kenali
Berasaskan kepada pengalaman dan semangat pejuangan penulis yang saya kenali sebarang anggapan yang di l;uar petak perhitungannya adalah fitnah dan percayalah al-finatul asyadul minal-qatie yang bermaksud “Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh”Wallahu a’lam